하나

"Estrella! Bangun cepat!" Jerit Astorius dari luar bilik tidur adik perempuannya.

Estrella yang sedang lena dibuai mimpi terbangun daripada lenanya akibat jeritan abangnya itu.

Dengan rambut serabai macam sarang burung, gadis itu pun terus menuju ke pintu biliknya lalu membukanya.

Astorius, abangnya sudah pun berdiri di hadapan pintu biliknya, siap bercekak pinggang lagi. Astorius memandang adiknya dengan riak muka geram.

"Cik Estrella Talia Danica Levine." Disebutnya nama penuh Estrella. "Kamu sedar tak sudah pukul berapa sekarang ni?" Soal Astorius.

"Takkan abang tak reti tengok jam? Sudah pukul 8:15 pagi wahai abangku." Balas Estrella.

"Kalau abang lempang kamu, jangan tanya kenapa." Jeling Astorius, ada sahaja jawapan adiknya itu.

Estrella tersengih sahaja. Bukannya dia takut dengan jelingan abang kesayangannya itu.

Gadis yang berusia 21 tahun itu bertindak menutup pintu biliknya sebelum abangnya menyambung bebelannya itu.

Estrella terus masuk ke dalam bilik mandi untuk bersiap pergi ke kolej.

30 minutes later...

Estrella akhirnya keluar dari bilik mandi.

Estrella's outfit👇🏻

Selepas berpuas hati dengan penampilannya, dia pun terus keluar dari biliknya dan pergi ke dapur.

"Good morning, my beloved brother." Estrella menegur Astorius yang sedang bersarapan.

"Morning too, little one." Balas Astorius. "Breakfast?" Tanyanya namun Estrella gelengkan kepalanya sahaja.

"Ella gerak dulu. Bye abang." Kata Estrella dan Astorius anggukan kepalanya.

"Hati-hati." Pesan Astorius kepada adiknya itu.

Estrella keluar dari rumahnya dan memandu kereta Toyota milik abangnya menuju ke Starlight College.




Starlight College (imagine je la tu Starlight College)

Estrella memarkirkan kereta Toyota yang dipandu olehnya di tempat parkir. Setelah itu, dia pun berjalan masuk ke dalam perkarangan kolej tersebut.

"Ella!" Seseorang memanggil Estrella.

Estrella's POV

"Ella!" Seseorang memanggil aku. Aku menoleh dan nampak kelibat kawan-kawanku.

"Hi semua." Aku menghampiri kawan-kawanku.

Mari aku memperkenalkan kawan-kawan aku.

Ini Maura Aquila, berusia 22 tahun dan merupakan anak tunggal dalam keluarganya.

Aku panggil dia Maura. Maura ni tak single, dia sudah berpunya. Tapi aku sendiri pun tak kenal siapa buah hati dia.

Peranan Maura ni macam mother figure dalam kumpulan kita orang. Maura selalu jaga kita orang yang berperangai macam kanak-kanak riang.

Ivory Adeline, also known as Ivory, dia anak tunggal dalam keluarga dia. Ivory dengan Maura ni sebaya.

Sama macam Maura, Ivory pun sudah berpunya tapi dia tak bagitahu siapa buah hati dia.

Kalau Maura berperanan sebagai emak dalam kumpulan kita orang, Ivory pula berperanan sebagai ayah.

Ivory ni lebih tegas daripada Maura, itu yang menyebabkan dia dipilih as father figure dalam kumpulan kita orang.

Deidamia Ciara Marceline Ian Carlos Elvis Richard Hans, panjang betul nama ayah dia.

Her short name is Ciara, 23 year old. Ciara ni nak kata single, memang single. Tapi dia macam tak single.

Faham? Tak faham? Buat-buat faham.

Ciara ni anak bongsu daripada tiga adik-beradik, dia ada seorang kakak dan seorang abang.

Si cantik ni pula Amara Mikayla Danne, lebih mesra disapa dengan nama Mikayla.

Mikayla ni ada seorang abang kembar bernama Adrian Mikael Danne. Abang kembar Mikayla juga merupakan salah seorang mahasiswa di Starlight College.

Mikayla dengan Ciara sebaya, dan Mikayla ni masih lagi single.

Ada yang berminat nak kenal dengan Mikayla? Bolehlah jumpa abang kembar dia untuk dapatkan restu.

Itzayana Darina Déclassé Hartley, 24 year old and the oldest among us. Students at Starlight College called her as Ayana.

Ayana merupakan anak bongsu perempuan dalam keluarga dia.

Ayana mempunyai seorang abang kembar, seorang kakak perempuan dan tujuh orang abang. Ramai betul adik-beradik dia.

Kakaknya kini menyambung pelajaran di The University of Nottingham Malaysia Campus yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

Ayana ni sama macam Ciara. Nampak macam single tapi tak macam single.

Last but not least, Elhora Lilian Emerson, 20 year old and the youngest in our friends circle. We called her as Lili.

Lili ada seorang abang yang juga merupakan mahasiswa di Starlight College.

Nama abang dia rasanya Sullivan or Ivan for short name. Abang dia single ke taken itu aku tak tahu. Jumpa abang dia pun tak pernah.

Okay, aku pun sudah selesai memperkenalkan kawan-kawan aku.

"Kak Ella lambat sampai harini." Tegur Lili dan aku hanya mampu tersengih sahaja.

"Mesti Ella lambat bangun." Ciara berkata, macam tahu-tahu sahaja aku lambat bangun.

"Astorius mesti terjerit-jerit nak kejutkan Ella." Macam mana si Ayana tahu ni? Dia guna ilmu halus ke apa?

Ayana menepuk lengan aku sambil menjeling ke arahku. Suka hati dia je nak tepuk lengan flawless aku ni.

Kami bertujuh pun bergerak ke kafeteria untuk bersarapan.

Alasan kenapa aku tak bersarapan di rumah tadi? Sebab aku sudah berjanji untuk bersarapan dengan kawan-kawan aku.





Starlight Cafeteria

Kafeteria kolej aku nampak macam set pengambaran filem Harry Potter, bukan?

Reka bentuk kolej ini pun lebih kurang macam Hogwarts. Bolehlah aku acah-acah macam aku berada dekat Hogwarts.

Kami bertujuh pun mengambil tempat duduk masing-masing dan mula menikmati sarapan kami.

End of Estrella's POV

Sedang Estrella dan kawan-kawannya menikmati sarapan mereka, ruangan kafeteria itu mula menjadi riuh dengan jeritan para mahasiswi Starlight College.

"The famous students are here now." Gumam Mikayla.

"Apa yang special sangat pasal tujuh ketul mahasiswa tu? Nak kata handsome, handsome lagi Xiaojun WayV." Kata Ayana.

"Handsome ke dia orang? Biashe-biashe Lili tengok." Sampuk Lili.

Imagine tujuh ketul teruna ni pakai ni gi kolej 👇🏻

"From what I know, those guys are super famous among the female students." Celah Maura. "Tapi dia orang tu kira macam misteri juga. Tak ada sesiapa pun tahu latar belakang family mereka kecuali pihak kolej." Sambung Maura lagi.

"Those female students are all crazy about them due to their handsome face. Kalau dia orang tak handsome, tak ada maknanya semua mahasiswi dekat sini tergila-gilakan mereka." Estrella bersuara.

"Tapi mereka boleh tahan handsome juga." Celah Ivory, menyebabkan kawan-kawannya menoleh ke arahnya. "Tapi handsome lagi pujaan hati Ivory." Ivory tersengih.

Habis sahaja bersarapan, ketujuh-tujuh orang gadis itu pun menuju ke kelas masing-masing.

Arien's POV

Bunyi jeritan para mahasiswi yang berada di kafeteria itu membuat aku dan kawan-kawan aku rasa menyampah.

Apa mereka tak pernah nampak jejaka-jejaka tampan ke selama mereka hidup?

"These girls are so annoying." Bisik Darius kepadaku.

"Where's our Oscar trophy for acting nice to them?" Tanya Ezequiel dalam keadaan separuh berbisik, si bongsu dalam circle kami.

"Ladies, can you guys stop screaming like a bunch of idiots, please?" Davian memandang ke arah para mahasiswi yang berada di kafeteria itu. "Your screams are a bit... deafening." Kata Davian sambil tersenyum palsu.

Mahasiswi-mahasiswi yang menjerit tadi pun terus terdiam mendengar apa yang dikatakan oleh Davian.

Aku dan keenam-enam kawan aku pun terus bergerak meninggalkan kawasan kafeteria itu dan menuju ke kelas masing-masing.

"Arien, kau perasan tak ada sekumpulan gadis yang tidak menjerit bila kita ke kafeteria tadi?" Soal Diaz.

"Mungkin mereka tidak berminat dengan kita." Sampuk Sullivan. "Tapi, boleh tahan lawa juga mahasiswi-mahasiswi yang tak menjerit tadi."

"Haah, lagi-lagi adik kau." Usik Diaz dan Sullivan menjeling ke arah Diaz tajam.

"Adik aku jangan kau mention ye, Diaz? Lebam mata kau kejap lagi." Kata Sullivan, hanya sekadar gurauan dengan Diaz.

"Chill dude. Aku memain je." Kata Diaz sambil ketawa. Suka betul dia mengusik Sullivan.

Ada betul juga apa yang Diaz katakan tadi.

Memang ada sekumpulan mahasiswi yang tidak menunjukkan sebarang reaksi sewaktu aku dan kawan-kawan aku pergi ke kafeteria tadi.

Mereka seolah-olah mengabaikan kewujudan aku dan kawan-kawan aku sahaja tadi.

Aku kenal salah seorang mahasiswi yang Diaz maksudkan tadi. Adik kepada Sullivan ada dalam kumpulan itu. Mungkin itu kawan-kawan kepada adik dia?

Mungkin aku boleh bertanya kepada Sullivan selepas kelas mengenai kawan-kawan kepada adik dia.

End of Arien's POV

Arien, Sullivan dan Diaz pun melangkah masuk ke dalam kelas mereka. Ketiga-tiga mereka mengambil kursus Fine Arts.

Sullivan menyiku lengan Arien lalu menunjuk ke arah salah seorang mahasiswi yang berada di dalam kelas tersebut.

"What?" Soal Arien keliru.

"That girl." Bisik Sullivan sambil menunjuk ke arah Estrella. "She quite pretty, am I right?"

"Average, I guess?" Balas Arien dengan malas.

"Average? Dude, she's pretty." Kata Sullivan.

"So? Nak aku buat apa? Mengorat dengan dia?" Soal Arien dan Sullivan hanya tersengih sahaja.

Profesor Kavindra pun masuk ke dalam kelas dan kelas pun bermula selama satu jam setengah.

Sesekali Arien ada mencuri pandang ke arah Estrella.

"Pretty? She looks like an average girl to me." Gumam Arien.
































ꖛ to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top