다섯

Estrella terus masuk ke dalam biliknya sebaik sahaja dia tiba di rumah.

Dia mengunci pintu biliknya dan bersandar di pintu biliknya itu.

Fikirannya kini menjadi kusut kerana kemunculan Zenith, bekas teman lelakinya.

Ting!

Satu notifikasi muncul di skrin telefonnya. Estrella terus mengeluarkan telefon pintarnya dan melihat notifikasi tersebut.

Siapa pula yang mesej aku ni, fikir dia.

Estrella melepaskan nafas lega bila dia melihat siapa sang penghantar mesej itu.

Si Arien rupanya yang mesej dia. Estrella fikirkan Zenith yang mesej dia tadi.

Namun Estrella berasa sedikit pelik. Kenapa Arien tiba-tiba sahaja menghantar mesej kepadanya?

Arien's POV

Aku tersenyum apabila mesej aku dibalas oleh Estrella.

Damn it! Asal aku hampir hantar mesej macam itu? Nasib tak sempat hantar. Bongok kau ni Ien.

"Apahal dengan aku ni? Asal aku care pasal dia?" Fikir aku. "Aku suka dia ke?"

Aku terus gelengkan kepala aku. Jangan fikir bukan-bukan, Arien.

Kau kena ingat, Arien. Estrella itu adik Astorius, musuh kau. Takkanlah aku suka adik musuh aku sendiri?

Ting!

Aku kembali melihat skrin telefon aku. Dia balas mesej aku.

"Dia mesti tengah marah aku. How cute." Kata aku sambil ketawa perlahan.

End of Arien's POV

Estrella membaca mesej yang Arien hantar kepadanya tadi. Mahu sahaja dia memaki jejaka itu.

Estrella tidak tahu hendak membalas apa. Dia terkejut apabila Arien memanggilnya Juliet.

Estrella mengabaikan mesej jejaka itu. Dia benar-benar tidak sangka jejaka itu memanggilnya dengan nama sebegitu.

"Asal dia panggil aku macam tu? Juliet? What the heck?" Estrella masih lagi terkejut.

Estrella gelengkan kepalanya. Fokus Estrella, fokus. Abaikan sahaja mesej itu.

Arien's place

"Kau dah kenapa senyum-senyum ni?" Tegur Evan yang kebetulan lalu depan bilik Arien.

"Nothing." Balas Arien bersahaja.

"Kau mesej Ella kan?" Teka Evan. Arien terus memandang kawannya itu. "So betullah kau mesej dia?"

Senyuman mengusik muncul di wajah Evan. Arien memusingkan anak matanya, menyampah.

Macam mana pula Evan boleh tahu Arien menghantar mesej kepada Estrella? Takkanlah Sullivan yang beritahu dia?

"Mana ada." Nafi Arien.

"Yeah right. Mana ada." Evan ketawa mengejek. "Someone is in love with Ella."

"What? Nonsense!" Kata Arien. Tak guna betul si Evan ni.

"Chill bro. I was messing with you a bit." Evan tersenyum puas. "But nothing is wrong if you fall in love with her."

"Stop talking nonsense, Evan." Arien memandang Evan tajam.

Senyuman Evan terus mati apabila Arien memandangnya tajam.

Evan menggaru kepalanya dan terus memohon maaf kepada Arien. Mungkin dia agak keterlaluan kali ini.

Arien mengeluh perlahan dan memicit-micit kepalanya. Dia tidak sepatutnya ambil hati dengan usikan Evan.

"It's okay, Evan. I'm sorry too." Ujar Arien kepada kawannya itu. "Kau pergilah tidur. It's already late."

"Goodnight, Arien." Ucap Evan sebelum dia ke biliknya.

"Goodnight, Evan." Balasnya.

Arien berbaring di katilnya dan mengeluh perlahan. Kenapalah dia ambil hati dengan usikan Evan tadi?

Arien mematikan lampu biliknya dan cuba untuk tidur.

Keesokan harinya

Kecoh di akaun Twitter rasmi Starlight College apabila mereka menerima seorang mahasiswa baharu.

Estrella yang melihat akaun Twitter rasmi kolejnya itu tidak begitu gembira.

Kenapa Zenith tiba-tiba sahaja berpindah ke Starlight College? Apakah kerana Zenith mahukan Estrella semula?

Dia risau jika Zenith akan mengganggunya di kolej. Dia tidak mahu bertemu dengan jejaka yang pernah menyakitinya dahulu.

"Ella? Something wrong?" Tanya Mikayla. Dia perasan yang Estrella tidak senang duduk daripada tadi.

"Nothing, Mikayla." Balas gadis itu sambil tersenyum.

Takkanlah dia mahu memberitahu Mikayla mengenai Zenith? Dia tidak mahu melibatkan sesiapa dalam masalah dia dengan Zenith.

"Are you sure? You doesn't look okay." Kata Mikayla namun Estrella tetap berkata dia okay. "If you say so."

Mikayla's POV

Aku yakin ada sesuatu yang menganggu fikiran Ella. Tapi kenapa dia tidak beritahu aku apa-apa?

Atau ianya berkaitan dengan apa yang Arien beritahu aku sebentar tadi?

Aku mengeluarkan telefon aku dan memeriksa semula mesej aku dengan Arien sebentar tadi.

Zenith Harris, seorang pelajar baharu dari 5 Star University yang baru sahaja berpindah ke Starlight College.

Tapi apa kaitan dia dengan Ella sehinggakan dia cuba sakiti Ella?

Jangan-jangan Zenith berpindah ke sini sebab dia nak dekati Ella?

"Mikayla, jomlah ke kafeteria." Ajak Ella dan aku mengikuti dia ke kafe.


Starlight Cafeteria

Aku dan Ella tiba di kafeteria. Ciara melambaikan tangannya bila dia melihat kelibat kami berdua.

Meja kami tidak jauh daripada meja Arien dan kawan-kawannya duduk. Arien dan kawan-kawannya hanya memandang kami sepintas lalu.

"Ella, Ella okay?" Tegur Ayana.

"Ella okay je." Balas Ella tapi aku tahu dia berbohong.

"Hi girls." Lilian menghampiri sambil tersenyum.

"Hey Lili." Sapa aku. Now, KITSCH kembali lengkap dengan kembalinya Lilian.

"Anyone miss me?" Tanya Lilian.

Apa punya pertanyaan si Lilian ni tanya? Mestilah kami semua rindukan dia!

Aku sempat mengerling ke arah meja yang Arien dan kawan-kawannya duduk.

Ketujuh-tujuh jejaka itu hanya tersenyum kecil apabila mereka melihat susuk tubuh Lilian, terutamanya Sullivan.

End of Mikayla's POV

"Hello honey." Satu suara garau menegur Estrella. "Why did you ignored my messages?"

Gadis itu tidak membalas pertanyaan Zenith.

Jejaka itu diperhatikan oleh kawan-kawan Estrella dengan pandangan tajam.

Kumpulan Arien turut memerhati kelakuan Zenith dari meja mereka. Nampaknya kawan-kawan Arien sudah mengetahui mengenai Zenith.

"Answer me." Zenith menarik kasar lengan Estrella.

"Wow, what you think you doing?" Ivory memandang Zenith. "Tak reti nak berlembut ke?"

"Bukan urusan kau." Balas Zenith. "Ni urusan aku dengan honey aku."

"I'm not your honey, Zenith." Estrella merentap lengannya dari pegangan bekas teman lelakinya itu.

"You are, honey." Mahu sahaja Estrella menendang Zenith sekarang ini.

Estrella hanya memandang Zenith dengan riak muka benci. Kawan-kawannya juga mula tidak selesa dengan sikap Zenith itu.

Di sisi lain, Arien dan kawan-kawannya setia memerhati Zenith yang sedang berkasar dengan Estrella dan kawan-kawan gadis itu.

Davian membisikkan sesuatu ke telinga Darius dan jejaka itu anggukan kepalanya.

Darius dan Sullivan meninggalkan tempat mereka dan menghampiri meja Estrella dan kawan-kawannya itu.

"Dude. Kau ada masalah ke?" Soal Darius ke Zenith.

"Siapa pula kau?" Eh mamat ni. Orang tanya dia, dia tanya orang balik. "Korang ada kaitan dengan honey aku ke?"

"Are you sure that she still yours?" Soal Sullivan. "Sebab from apa yang aku dengan kawan-kawan aku nampak, dia macam tak selesa dengan kau."

"Kenapa kau nak menyibuk?!" Jerkah Zenith.

"Pergh! Mulut dia bau neraka geng." Kata Darius, mengundang gelak-tawa kawan-kawannya.

"Maybe sebab dia tu ahli neraka." Ayana menyampuk.

"Ahli neraka premium." Kata Ayana dan Darius serentak.

"Jaga mulut kau berdua." Zenith menjeling ke arah Ayana dan Darius.

"Lah? Ahli neraka premium ni terasa ke?" Sindir Sullivan.

"Just go away, dude. She isn't yours anymore." Darius berkata.

Zenith hampir sahaja melayangkan penumbuknya ke arah Darius namun dia dihalang oleh Astorius.

Kesemua kawan-kawan Astorius memandang Zenith dengan riak wajah bengang dan benci, terutamanya Astorius.

"Fuck off, Zenith." Kata Astorius lalu menolak Zenith ke belakang.

"Just wait and see. Aku akan dapatkan Ella balik." Kata Zenith bengang.

"Just go and die, will you?" Kata Harvey, menyampah dengan Zenith.

Zenith pun meninggalkan kawasan kafeteria itu dengan perasaan bengang.

Suasana di kafeteria itu jadi sunyi seketika.

Darius dan Sullivan mendiamkan diri sahaja dan hanya memandang ke arah kumpulan Astorius.

"Thanks sebab tolong adik aku." Kata Astorius tiba-tiba.

"Reti ucap terima kasih rupanya kau." Kata Sullivan seakan-akan menyindir.

"Ivan, chill down." Darius menepuk lengan kawannya itu. "Thanks juga sebab tolong hentikan ahli neraka premium tu dari tumbuk aku." Ucap Darius kepada Astorius.

"Ahli neraka premium eh kau panggil dia?" Fareez memandang Darius dan ketawa.

"Mamat tu bukan ahli neraka premium. Dia tu ahli neraka yang terpaling premium." Sampuk Yezekael. "VVVVIP tu."

Arien memanggil Darius dan Sullivan. Kedua-dua mereka terus kembali ke meja mereka.

Darius dan Sullivan tersenyum dan berpuas hati apabila mereka dapat membuat Zenith merasa bengang.

Arien dan Astorius saling berpandangan antara satu sama lain untuk seketika.

Arien hanya menunjukkan riak wajah kosong sahaja manakala Astorius terus mengalihkan pandangannya ke arah adiknya.














































ꖛ to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top