🧟‍♂️sebelas🧟‍♀️

Actually, target keseluruhan chapter cuma 10 ja, tapi ops terlebih pulak 😅

🧟‍♂️🧟‍♀️🧟‍♂️🧟‍♀️

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈


ℨ𝔬𝔪𝔟𝔦 𝔎𝔞𝔪𝔭𝔲𝔫𝔤 ℭ𝔥𝔦𝔞𝔫𝔤𝔨𝔢𝔯𝔦𝔨
ℭ𝔥𝔞𝔭𝔱𝔢𝔯 11


"Siapa sini pandai cakap bahasa zombi?"

"Alah, apa susah? Cakap 'otak, otak' sudahlah, pandai-pandai dia orang faham nanti." selamba badak Hamadi membalas pertanyaan Hassan.

"Okey... Ni siapa yang tolong cakapkan?"

Tidak semena-mena, Taufiq Hidayat menuding telunjuk ke arah satu-satunya gadis di situ.

"Eh apahal pulak?" sudah pastinya Khairun Nisa tercengang disebabkan dirinya tercalon tanpa sedar.

"Abang tahu, K-onn punya penyamaran tak terkantoi waktu curi moto Kawasaki dekat pekan zombi tadi. Itu yang abang pilih K-onn." baru gadis itu mengenali erti penyesalan. Jikalau dia tidak terhegeh-hegeh untuk turut ikut, pasti perkara ini tidak berlaku.

Namun, apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Nak ke tak nak, dia perlu terima seadanya.


━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━

"Otak! Otak!" sekumpulan zombi yang leka berbual-bual mula terdiam sejurus ketua mereka mula tampil di atas pentas berupa pondok kecil.

"Otak? Ottokke? Ottokaji? Otaku? OTAK!"

"OTAK!" kesemua zombi yang berhimpun hadapan pondok itu menyahut penuh lantang akan seruan si ketua yang merupakan ketua kampung itu sendiri.

Dari jauh, Khairun Nisa yang melangkah menghampiri himpunan itu hanya mampu berdekah kecil. Takut gelak sakan macam setan, terkantoi pula penyamarannya.

"Jangan gelaklah!" setelah ditegur sepupunya, Hassan, baru mulut gadis itu kembali terkatup.

Namun, gadis kembali terkekeh-kekeh ketawa lantaran terlihat yang mencuri perhatiannya.

"Eh, Yoongi si kucing Agust D pun jadi zombi jugak ke? Alo comelnya dia pakai hoodie jacket tu."

"Shh, diam!" tegas Hassan menyuruh sepupunya untuk diam seketika.

Setibanya di markas, zombi-zombi menilik penampilan kusut masai mereka berdua, mula mengesyaki sesuatu.

"Otak! Otak! Otak... (Maaf kerana mengganggu tuan-tuan dan puan-puan sekalian, saya nak khabarkan sesuatu, jadi nak pinjam masa sekejap je.

Saya dari perwakilan zombi yang baru dibaham ingin menjemput hadirin semua untuk menikmati jamuan kecil kami di laman depan rumah sana.)" mulut tirih zombi-zombi mula dibanjiri air liur tatkala terdengar perkataan 'jamuan'.

"Otak? OTAK! (Nak join tak? Kalau nak, meh ikut!"

"OTAK!"

Seperti termakan ajakan Khairun Nisa, zombi-zombi pun meluru keluar dari markas, membuntuti dari belakang.

Namun, hanya seorang saja yang masih berada di markas, berkeadaan sungguh bengang.

"Otak! Otak! Otak... (Tak guna, semua dah terperdaya dengan dia orang berdua!)"


━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━

"Otak! Otak! Otak... (Jemputlah makan ye. Nak tambah lagi pun boleh.)" ujar Taufiq Hidayat bersama senyuman penuh maknanya sebelum menghulurkan beberapa bungkusan daun pisang pada zombi-zombi kebuluran itu. 

Nampak gayanya, perancangan tauke sate itu hampir membuahkan hasil. Hanya tinggal satu cara saja lagi.

"Otak-otak otak! (Otak-otak ni sedaplah!)" pujian yang didengari Taufiq Hidayat bagaikan melodi lagu buatnya. Hampir saja dia 'kembang' sendirian di meja bufet, tapi takut pula dilabel sebagai riak oleh kawan-kawannya.

"Pssst, Taehyung! Apa jadi kalau zombi-zombi tu makan otak-otak ni?"

"Tengoklah sendiri, hehehe." persoalan Hassan Mustakeem dijawab   dengan menjuih ulas bibirnya pada salah seorang zombi di meja makan.

"Otak! Ota— otak? OTAK! (Aku nak pergi tambah lagila— eh kenapa kaki aku tiba-tiba rasa kejang ni? TIDAK!)"

"OTAK!"

"Meow! Meow! (Otak! Otak!)"

Kesemua zombi, termasuk Yoongi yang berada di laman rumah Hamadi Affendi sebenarnya sudah terjerat dengan perangkap yang dicipta oleh Taufiq Hidayat.

"San kalau kau nak tahu, aku gunakan  ramuan yang sama, sepertimana Sate Kejang yang aku buat." bangga Taufiq menuturkan yang direncana sebelum ini.

Hassan yang mendengar perkara Taufiq sembunyikan dari pengetahuannya memberi tepukan gemuruh bersama raut wajah daebak-Tae-hyung!

"Erm, Taehyung." tiba-tiba Zarul Irshad mencelah perbualan mereka berdua. Taufiq pun menoleh ke arah Zarul bersama tatapan kenapa-Seokjin? .

"Kalau kami semua termakan otak-otak pun terkesan jugak ke?"

"Yuppp... kenapa tanya?" jawab Taufiq yang kian mengendur.

"Sebab aku, Seonghwa, Hoseok, Agust D, Yunho, Jongho, Namjoon, Hongjoong, Jungkook, Jimin, Mingi, Pak Leman Koboi, Wooyoung dengan K-onn DAH TERMAKAN!"

"Asudah!"

Dengan tergopoh-gapah, Taufiq menghampiri motosikal roda tiga milik Hassan untuk mengambil beberapa tong biru yang mengandungi santan.

Disebabkan kesemua mereka mulai mengalami kejang kaki, jadi terpaksa Taufiq mengangkat tong biru itu bersama Hassan.

Setelah tong selamat ditempatkan berdekatan meja-meja kumpulan zombi itu berada, Taufiq mula memenuhkan cecair pekat ke dalam gayong yang dibawanya.

Mahu saja disimbahnya santan itu pada zombi-zombi, tiba-tiba muncullah seorang zombi yang lengkap berpakaian seperti pembantu kesihatan, di balik rimbunan pohon mambu.

"YEOSANG?"


✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

🧟‍♂️🧟‍♀️🧟‍♂️🧟‍♀️🧟‍♂️

Rasanya chapter seterusnya bakal mengakhiri fanfic ni 😌

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top