🧟‍♂️lima🧟‍♀️

Celoteh penduduk kampung Chiangkerik makin menjadi-jadi tau muehehehe

🧟‍♂️🧟‍♀️🧟‍♂️🧟‍♀️🧟‍♂️

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

ℨ𝔬𝔪𝔟𝔦 𝔎𝔞𝔪𝔭𝔲𝔫𝔤 ℭ𝔥𝔦𝔞𝔫𝔤𝔨𝔢𝔯𝔦𝔨
ℭ𝔥𝔞𝔭𝔱𝔢𝔯 05

"Ha tudia! Balik dah si Harris Solihin dengan Yusoff Thariq tu." menjuih-juih ulas bibir San di saat ternampak dua orang pemuda yang berkongsi satu basikal yang menghampiri kerumunan penduduk kampung.

Habis badan sado Hoseok dipeluk erat oleh Yunho dari belakang, seperti tidak mahu melepaskannya.

"Menyempat kau orang berdrama atas basikal— eh, dah kenapa muka-muka pucat sangat ni? Baru lepas ternampak hantu ke apa?" soal Agust D yang kedengaran untuk bergurau semata-mata.

"Bukan hantu yang kami nam-pak, ta-pi ZUMBA!" rata-rata penduduk kampung cuak sejurus Hoseok terketar-ketar memberitahu.

Namun sebaliknya Hongjoong memberikan reaksi, hanya mampu menggeleng, nak bertegur kawan pula masih trauma.

"Haah weyh. Ayah dengan pakcik kau pun ada sekali, San oiii! Siap bawak geng lagi tau!" tokok Yunho yang masih tidak mahu turun dari membonceng basikal.

"Apa dia! Bawak geng?" serentak San, Wooyoung dan K-onn terlolong menjerit, mengundang penduduk kampung meluru lari memasuki balai raya.

Buat masa kini, yang masih teguh berdiri di luar berbaki belasan orang, termasuklah mereka yang baru tiba.

"Serious weyh, geng zumba kami tengok tu bukan kaleng-kaleng tau. Siap pakai hoodie jacket SUGA 93!"

"Ish zombilah. Berapa kali nak cakap benda sam— sekejap. APA? Zombi-zombi tu pakai apa?" Hongjoong yang mencelah perbualan Yunho mula mengatup mulut, tidak pasti sama ada dia tersilap dengar ataupun sebaliknya.

"Dia orang pakai— TU!" jari Hoseok dihalakan ke arah sekumpulan zombi yang lengkap berjaket hud, sedang berjalan penuh longlai ke arah mereka semua.

"OTAK! OTAK!"

"CABUT SEMUA!" lantang Taehyung mengarahkan rakan-rakannya agar tidak terkaku di situ.

Cepat-cepat mereka bertempiaran melarikan diri agar tidak tertangkap oleh zombi-zombi kebuluran yang mahukan otak-otak mangsa mereka.


━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━


Deruan nafas cemas sahaja yang kedengaran buat ketika ini. Sungguh, suasana aman di Kampung Chiangkerik dirampas oleh ketegangan yang begitu rumit diselesaikan.

"Macam mana ni San? Kampung kita dalam bahaya ni. Kalau geng zombi kepung kawasan ni, mampuslah kita semua!" buntu San tatkala digesa sepupunya Wooyoung yang tidak habis-habis menekannya.

Apa yang ligat berlegar-legar dalam benak fikiranku hanyalah untuk berputus asa. Namun, ramai yang berada di sini mengharapkan anak ketua kampung untuk mula bertindak.

"Entahlah weyh, aku pun dah mati akal sekarang ni. Tapi syukurlah semuanya ada kat si— woi Wooyoung! Mana adik kau?" semua yang bersempit-sempit dalam balai raya saling berpandangan sesama sendiri, mana tahu jikalau K-onn  berada di balik celah kerumunan penduduk kampung.

"Weyh, Taufiq Hidayat pun tak ada ni!" lantang Seokjin mengkhabarkan tentang ketiadaan Taehyung di sini.

"Jangan-jangan dia orang dah kena baham dengan zomb—" mahu saja Mingi bersangkal buruk, kepalanya terlebih dulu disekeh seseorang.

"Hotak kau, Amin Zakwan oi! Mulut tu jangan celupar sangat, sepak kang berterabur pulak rap kau waktu comeback hujung bulan nanti." Jongho mengugut lalu berdengus kasar, pantang sekali mendengar herdikan, lebih-lebih lagi melibatkan sepupu perempuannya itu.

"Otak adik aku masuk air, so confirm punya zombi tolak awal-awal! Kang tak pasal-pasal zombi pun sama gila-gila dengan K-onn." bicara Wooyoung penuh geram akan kebenaran tentang adiknya, pada masa yang sama cuba bersangka baik.

Namun, ada pula yang mencelah.

"Kalau zombi-zombi tu tak makan otak K-onn, mesti dia orang target mangsa otak bussinessman macam—" perit Seonghwa menelan liur sendiri, tidak sanggup untuk mahu teruskan percakapannya.

Walaupun Seonghwa cuba maksudkan Taehyung, tetapi disebabkan situasi yang hening ini menyebabkan rata-rata usahawan di situ mula fikir bukan-bukan.


✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

🧟‍♀️🧟‍♂️🧟‍♀️🧟‍♂️🧟‍♀️

Hassan Mustakeem Choi, Hamadi Affendi, Zarul Irsyad, Harris Solihin etc is SHAKING SO HARD

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top