🧟♀️enam🧟♂️
Second update today, tiber rajin nak update. Nama je K-onn😳, imagine korang la muehehehe 🐿️💨
🧟♀️🧟♂️🧟♀️🧟♂️🧟♀️
✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈
ℨ𝔬𝔪𝔟𝔦 𝔎𝔞𝔪𝔭𝔲𝔫𝔤 ℭ𝔥𝔦𝔞𝔫𝔤𝔨𝔢𝔯𝔦𝔨
ℭ𝔥𝔞𝔭𝔱𝔢𝔯 06
Setelah mendapati mereka selamat daripada dikejar oleh mana-mana zombi, Taehyung dan K-onn pun melepaskan lelah di hadapan sebuah telefon awam.
"Eh mana yang lain? Dia orang tak ikut kita ke?" terpinga-pinga K-onn melihat sekeliling, takut-takut mereka tertinggal di belakang sana.
Akan tetapi, tidak kelihatan kelibat sesiapa pun yang mengikuti mereka berdua.
"Abang rasa dia orang terus masuk dalam balai rayalah." tebak Taehyung meskipun dilanda kebingungan buat waktu ini.
"So, nak pusing balik ke sana atau macam mana?" soal K-onn sambil bercekak pinggang. Mulut kecilnya tidak henti-henti daripada bergumam seorang diri. Habis Taehyung menjadi mati kutu untuk mentafsir kata-katanya.
"Rasanya bahaya kalau kita patah bali-" Taehyung tidak meneruskan bicaranya, sebaliknya dia memetik jari dengan kuat sekali, hampir membuatkan K-onn yang bergumam dari tadi ingin melatah.
"HAH! Apa kata kita pergi mintak tolong kat kampung sebelah, nak tak?" sepantas kilat K-onn menggeleng kepala, menandakan dia betul-betul protes terhadap usul Taehyung.
"Abang Tae, walaupun baru dua bulan saya duduk sini, saya dah masak sangat-sangat dengan perangai orang kampung Durian Roboh tu.
Dahlah berlagak nak mampus, toksik pulak tu." raut wajah Taehyung yang teruja mula mengendur tatkala K-onn sudahpun memaling wajah darinya, seperti dia tidak begitu senang hati mengenai penduduk kampung itu.
"Tapi kampung tulah paling dekat dengan kita kalau nak mintak tolong."
"Abang nak pergi mintak tolong, ikhtiarlah sorang-sorang. K-onn tak nak ikut." dalihnya lalu berpeluk tubuh. Langsung tidak memandang Taehyung meskipun sekilas.
Memandangkan K-onn berkeras untuk tidak mengikutinya, jadi Taehyung mula merencana satu akal yang mengenakan gadis itu. Mana tahu jikalau K-onn tidak teragak-agak untuk bersetuju selepas ini.
"Erm, tak takut ke kalau Abang Tae tinggalkan K-onn dekat sini sorang-sorang? Mana nak tau, ada zombi hendap kita sekarang ni kan?" sengaja Taehyung bersuara gelisah, mahu mengusik hati K-onn yang masih degil dengan pendiriannya. Ego.
Melihatkan gadis itu kekal berdiri tanpa mengendahkannya, Taehyung mula mengambil langkah kecil, cuba menjauhkan diri daripada K-onn.
"Lari cepat, kat belakang zombi dah kejar!"
"MANA, MANA?"
Terus jejaka itu berdesup lari meninggalkan K-onn yang mula mengekori dari belakang. Nampaknya, berhasil juga rancangan itu.
━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━
"Tadi kata nak pergi Kampung Durian Roboh, ni kenapa bawak datang ke pekan pula-" persoalan K-onn terjeda ekoran jari runcing Taehyung meniti pada bibirnya, menyuruhnya untuk senyap.
"Kampung tu jauh kalau kita jalan kaki, so abang nak ambik moto sekejap dekat sini." bisik jejaka itu dengan perlahan-lahan.
"Tapi macam mana, bang? Kan banyak zombi tengah merempit tu." bibir kecil K-onn menjuih ke arah sekumpulan zombi yang menunggang motosikal dengan melulu. Jadi zombi pun boleh merempit lagi.
"Tak apa, abang ada idea." terbit jelingan nakal Taehyung lantaran terlihat sebuah kedai runcit yang masih dibuka. Mungkin dibiarkan terbuka.
"K-onn jangan pergi mana-mana tau? Tunggu sampai abang datang balik." pesan Taehyung pada K-onn, setegas-tegasnya.
Dengan berkeadaan terjengket-jengket, Taehyung menderapkan langkah penuh berhati-hati mula memasuki ruang dalam kedai.
Seusai tinjauannya mendapati kedai Pak Manap tidak berpenghuni, jejaka bersenyuman petak itu segera mengambil bekas bedak talkum Carrie Junior sebelum disapukan ke seluruh permukaan kulit yang terdedah.
"Haih, dahaga pulak." tiba-tiba Taehyung berasa haus, jadi dia pun menghampiri rak lalu menggapai beberapa kotak minuman.
"Berdosa pulak main ambik semua barang kalau tak bayar, dahlah Pak Manap tak ada. Seelok-eloknya aku kena bayar dulu."
Setelah membayar, Taehyung meluncur keluar dari kedai runcit. Sesekali, dia menoleh ke kiri dan kanan, melilau mencari K-onn yang sepatutnya menyorokkan diri di balik susunan kotak tepung gandum.
"Eh mana pulak si K-onn ni?"
✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈
🧟♂️🧟♀️🧟♂️🧟♀️🧟♂️
Cer teka apa jadi kat K-onn? 🌚
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top