🧟♀️duabelas🧟♂️
Okey ini betul-betul chapter kedua terakhir, anyways enjoy your readings 😌
🧟♂️🧟♀️🧟♂️🧟♀️
✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈
ℨ𝔬𝔪𝔟𝔦 𝔎𝔞𝔪𝔭𝔲𝔫𝔤 ℭ𝔥𝔦𝔞𝔫𝔤𝔨𝔢𝔯𝔦𝔨
ℭ𝔥𝔞𝔭𝔱𝔢𝔯 12
"Patutlah langsung tak nampak batang hidung kau, dah jadi zombi rupanya!" Yassin Farhan sekadar melakar senyuman sinis sebelum melirik anak mata ke arah Hassan dan Taufiq.
"Lebih daripada itu aku jadi."
"Apa maksud kau, Yeosang?"
Bibir kecilnya tidak mengungkap apa-apa jawapan hatta sepatah, malah langkah dihayunkan penuh longlai ke arah Hassan dan Taufiq, yang sudah pasti mengundur ke belakang.
"Pandai-pandai kau orang cari sendiri jawapannya." sengihan kian menyinis, sengaja ditayangkan buat dua insan yang separa ketakutan itu.
Sesekali Yassin memetik jari berkali-kali. Serta merta, zombi-zombi yang mengalami kekejangan kaki mula dapat berjalan semula.
"Simbah santan tu Taehyung! Simbah!"
Dengan tergopoh-gapah, Taufiq menyimbah cecair putih itu pada zombi-zombi yang mengerumuni mereka berdua.
Sebahagian kumpulan mayat hidup sudahpun terkena curahan santan, namun mereka masih lagi kekal sebagai zombi ekoran digigit semula oleh zombi-zombi yang lain.
"Tak guna! Cepat semua lari!" desak Hassan kepada mereka yang masih 'melekat' pada meja makan.
Mereka pun pecut, mengekori Hassan dan Taufiq beredar dari laman rumah Hamadi. Mujurlah kekejangan kaki mereka turut lesap sepertimana zombi-zombi yang lain.
━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━
"Semua keluar! Dah tak selamat duduk sini!" beritahu Hassan yang kebetulan baru tiba di balai raya.
"Eh kenapa pula- eh eh, ZUMBA! CABUT!" kesemua penduduk yang menghuni di balai raya bertempiaran lari daripada dibaham zombi.
"Woi nak lari mana tu? MUAHAHAHAHA!" terkekeh-kekeh Yassin mentertawakan manusia yang lintang pukang menyelamatkan diri.
Perasaan takbur dan riak mula bermaharaja lela dalam hati si ketua sebenar zombi tatkala anak matanya menangkap ratusan penduduk kampung Chiangkerik yang diulit ketakutan.
Lantaran hampir terlupa tujuan sebenarnya, Yassin Farhan lantas mengarahkan supaya pengikutnya mula bertindak, dari tadi bergumam 'Otak! Otak!' saja.
"Tercegat apa lagi? Kejarlah dia orang!"
"Otak! Otak! (Aip aip kapten!)"
━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━
"A-pa nak buat ni, Tae-hyung? Yeosang dengan geng zom-bi masih kejar kita ni! Kau dah tak ada apa-apa idea ke?" tercungap-cungap Hassan menzahirkan kata-kata.
Masing-masing yang turut bersembunyi di bawah meja-meja milik warung Pak Dollah mula memantau keadaan sekeliling. Takut-takut keberadaan mereka dapat dihidu oleh kumpulan zombi berjaket hud itu.
"Entahlah San. Semua rancangan aku aturkan hancur macam tu saja." buntu Taufiq memikirkan apa-apa idea relevan untuk meloloskan diri daripada cengkaman Yassin dan pengikut zombinya.
Setelah lama berfikir, akhirnya dia menemui satu buah akal.
"Apa kata kita mintak tolong dari kampung sebelah?" usul itu sahaja yang mampu Taufiq fikirkan.
"Kampung Durian Roboh? Nehi kabhi nehi!" bantah Hassan sekeras-kerasnya.
Penduduk kampung yang terdengar cadangan Taufiq pun turut menggeleng laju.
"Hei, apa yang nehi kabhi nehi ni?"
"Pasal nak mintak tolong dari kampung sebela- opocot, muka menggerutu!"
Tergamam kedua-dua pemuda itu berikutan wajah menggerunkan milik Yassin betul-betul terpampang pada hadapan mereka, hingga menyebabkan mereka terloncat keluar dari bawah meja.
"Hah, nak lari mana? Kau orang dah tak ada jalan keluar sekarang ni." ujar Yassin sebelum memetik jarinya untuk mengarahkan puak zombi.
Sekelip mata, kumpulan zombi mula menapak langkah perlahan-lahan, mengerumun sekeliling warung Pak Dollah.
Kini, kesemua penduduk kampung terperangkap, tiada langsung ruang kecil untuk meloloskan diri.
"Ada kata-kata terakhir sebelum zombi-zombi ni baham kau orang?" bersenang-lenang Yassin membukakan soalan buat penduduk kampung.
"Jadi, semua kekecohan ni berpunca daripada kaulah, kan?" Hassan mencerlung tajam ke arah jejaka zombi itu.
"Erm, kau rasa?"
"Aku ingat kau akan berubah lepas-lepas pasal khianat kilang santan aku, rupa-rupanya kau masih buat hal sama! EE, TERGAMAK KAU!"
Tanpa diduga, Hassan mula menyerang Yassin dengan cara mencekik lehernya. Sejujurnya Hassan sendiri tidak tahu bagaimana dia memperoleh keberanian untuk berhadapan ketua zombi.
"Mampos kau! MAMPOS!" puas pemuda itu akan tindak tanduk ganasnya.
Akan tetapi, kelakuannya terhenti pabila satu cahaya putih terang benderang memancar tepat ke arah mereka berdua.
"BERHENTI! SEMUA ANGKAT TANGAN!"
✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈
🧟♀️🧟♂️🧟♀️🧟♂️🧟♀️
Jeng jeng jeng! ZKC hampir ke penghujungnya 🙈 btw Selamat Hari Raya Aidiladha semuanya 🐄❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top