🥤Prolog🥤
Nah, Wauthormelon kasi prolog dulu 😊
Actually ff ni tak tertumpu pada BTS je, Wauthormelon masukkan grup lain jugak (hidup multifandom!), ehek enjoy🥤🍢
🥤🍢🥤🍢🥤
𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑪𝒐𝒘𝒂𝒚🥤
𝑷𝒓𝒐𝒍𝒐𝒈
"Aiyem en eksyen figur~
Yu no aiyem en eksyen fig-"
"Oit Hendery! Lucas! Dok berjoget apa dekat situ? Kang sate hangit, aku bakar bontot korang berdua tu atas pemanggang tu!" Hairil Idris dan Luqmanul Hakim bergegas kembali ke tempat pemanggang setelah digertak secara gurauan oleh majikan mereka.
Langkah si majikan semakin mara menghampiri deretan pemanggang dimana beberapa orang turut berada di situ.
"Sorry bang Tae!" serba salah mereka memohon maaf. Sambil-sambil itu, mereka menghayunkan kipas tangan dengan lajunya.
"Lain kali nak joget puas-puas, tunggu lepas kerja. Ha, time tu jogetlah sampai tulang bontot korang lari." seloroh si majikan, Taufiq Hidayat yang tak henti-henti menggeleng, ada-ada saja telatah pekerja-pekerjanya yang baru saja diambil kerja dalam beberapa bulan lalu.
Mana tidaknya, dia kekurangan pekerja sejak-sejak adik sepupunya, Najmi Iskandar dan dua rakan dia, Syahmi Adha dan Muhaimin sedang melanjutkan pengajian.
'Aiyaiyai, makan batu gigi bersepai~
Aiyaiyai makan batu gigi bersepai~'
Benak fikiran Taufiq mulai lesap tatkala nada dering telefonnya tiba-tiba berbunyi, menandakan panggilan masuk. Jadi cepat-cepat dia mengangkat panggilan.
"Hello, CowayV Services di sini. Ada apa-apa boleh saya bantu?" ramah si Taufiq bertanya. Sesekali dia mengangguk-angguk setiap kali mendengar suara si pemanggil.
"Ouh makcik nak saya buat pemasangan Coway ye? Boleh sertakan alamat sekali tak?" laju dia mengapai helaian kertas bersama pen hitam yang ditinggalkan berdekatan tempatnya berdiri, mahu tulis alamat.
"Kampung Durian Roboh? La~ kampung sebelah rupanya. Okeylah kalau macam tu, sekarang jugak saya datang ye. Terima kasih ye makcik kerana memilih Coway."
Dalam masa 5 minit berbual, akhirnya Taufiq Hidayat menamatkan panggilan.
"Ada sapa-sapa nak teman aku pergi pasang Coway tak?" laju saja Zamani Junaidi mengangkat tangan, mengundang lirikan tajam daripada rakan-rakannya.
"Cis, saja an Xiaojun ni? Nak curi tulanglah tu?" kutuk Wafi Syahid yang mengibas-ngibas sate sambil beriakkan wajah menyampah.
"Menang-menang, I mean Winwin, tak baik tau cakap belakang macam ni. Daripada kau kutuk dia, apa kata kau kibas bara api tu sampai sate ni masak." Wafi Syahid tersentap akibat ditarbiah oleh Ya'akob Sameer, habis hayunan kipas tangan pemuda itu terhenti.
"Woi woi! Api tu woi! Hitam legamlah sate tu nanti!" riuh Hairil Idris dibuatnya melihatkan api kian marak pada pemanggang.
Tanpa menghiraukan kekecohan di situ, Taufiq Hidayat menghampiri Khuzairi Awaluddin dan Tamar Faruqi untuk mengkhabarkan sesuatu.
"Kun, Ten. Aku nak pergi ke kampung sebelah dengan Xiaojun. Apa-apapun, tolong jagakan kedai sementara aku takde."
"Beres bosskur!" serentak mereka membalas.
Tanpa melengahkan waktu, Taufiq dan Zamani pun memasuki van lalu beredar pergi dari Kedai Makan Sate Kejang.
🥤🍢🥤🍢🥤
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Kim Taehyung sebagai Taufiq Hidayat (si tauke Satae Kejang)
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•
❁
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Hendery sebagai Hairil Idris (Deqih)
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•
❁
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Lucas sebagai Luqmanul Hakim
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•
❁
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Yangyang sebagai Ya'akob Sameer
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•
❁
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Xiaojun sebagai Zamani Junaidi
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•
❁
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Kun sebagai Khuzairi Awaluddin
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•
❁
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Ten sebagai Tamar Faruqi (feat. Leon 🐱)
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•
❁
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Winwin sebagai Wafi Syahid
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•
❁
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Namjoon sebagai Najmi Iskandar
- Jungkook sebagai Syahmi Adha
-Jimin sebagai Muhaimin Amsyar
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•
❁
And RAMAI LAGI😆 nanti Wauthormelon annouce watak lain di chapter seterusnya🌠
Kerja pasang coway ni actually part time je, full time as tauke kedai sate (akhirnya Taetae jadi main cast jugak dekat sini muehehe)😜😜
Btw ok ke ko chapter ni?😉
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top