🥤C🥤

Annyeong, remi-remi🍉, new chapter for you 😉

🥤🍢🥤🍢🥤

𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑪𝒐𝒘𝒂𝒚🥤
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 6

"Apa, makcik nak terminate Coway?"

Secara refleksnya, tubuh pemuda itu yang elok terduduk di atas kerusi lantas berdiri tegak.

"Makcik tak boleh buat keputusan melulu macam ni. Kontrak makcik dengan Coway masih ada dalam beberapa tahun lagi." gusar Taufiq memaklumkan kepada si pemanggil.

Setelah lama berbincang melalui talian, akhirnya ikon berwarna merah pada skrin telefon ditekan penuh bengang, segera menamatkan panggilan.

Pekerja-pekerja Satae Kejang yang lalu lalang di hadapan Taufiq mula perasan akan kelakuan aneh si majikan itu.

Salah seorang mereka yang menghantar pesanan ke meja makan mula tergopoh-gapah mengorak langkah kembali ke tempat pemanggang, dimana kesemua pekerja berkumpul di situ.

"Weyh, korang nampak tak muka boss kita tadi? Lain macam, kan?" bisik Luqmanul sambil memerhati keadaan sekeliling, takut-takut si majikan menerpa ke arah mereka bertujuh pada ketika ini.

"Ye duhh. Kecut perut weyh bila abang Tae pandang aku, macam nak telan je aku ni." ujar Zamani yang mengigit kuku, masih ketakutan dengan renungan Taufiq lemparkan buatnya.

Mahu saja Ya'akob melontarkan pandangannya, tiba-tiba mereka didatangi oleh Taufiq yang menyeluk tangan ke dalam kocek seluar bersama riak wajah serius.

"Deqih, meh teman aku jap pergi kampung sebelah."

"B-baik bosskur..." tergagap-gagap Hairil bercakap lalu terhegeh-hegeh membuntuti dari belakang.

"Yang lain tolong jagakan kedai masa kami dua takde ye?"

"Aip aip, boss!"


🥤🥤🥤

Seusai memarkir van di laman rumah Makcik Maimunah, mereka berdua beredar keluar dari perut van sambil membimbit peralatan perpaipan.

Mahu saja dia ingin memberikan salam, tiba-tiba kelihatan dua orang lelaki yang lengkap dengan peralatan sepertinya juga, keluar dari rumah Makcik Maimunah.

"Terima kasihlah kasi harga mur-mur kat makcik. Senang hati makcik nak bayar Cuckoo tiap-tiap bulan." wanita awal 50-an itu menzahirkan penghargaan terima kasih buat kedua-dua lelaki itu.

"Hehe benda kecik je hehe. Nanti kalau ada perlukan apa-apa, call je ye? KuckQoo Services sentiasa bersedia." ucap salah seorang mereka bersama lesung pipit yang melekuk di pipi.

Dari jauh, Taufiq mengetap gigi penuh geram seraya curi-curi dengar perbualan mereka. Patutlah Makcik Maimunah sesenang hati saja mahu tamatkan kontrak dengan Coway, rupa-rupanya ini sebabnya.

Tanpa sebarang sekelumit kesabaran, Taufiq menderapkan langkah dengan menghentak-hentak bersama dengusan. Hairil yang baru perasan akan kelakuan Taufiq tergesa-gesa berlari anak ke arahnya.

"Ouh patutlah kau rahsiakan, rupa-rupanya ini bisnes baru kau ye, San? KuckQoo Services?" sengaja Taufiq memerli Hassan bersama senyuman sinis, walhal hatinya sudahpun membara penuh kemarahan.

🥤🍢🥤🍢🥤

Which one, CowayV Services?

Or KuckQoo Services?

Tiber muehehehe~

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top