🥤A🥤

Abang Coway akan ditamatkan secepat mungkin ☺️

🥤🍢🥤🍢🥤

𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑪𝒐𝒘𝒂𝒚🥤
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 9

Bukan setakat warung Pak Dollah saja yang dipenuhi kain rentang Coway berwajahkan Taufiq, malahan kedai-kedai runcit sekitar kampung turut menjadi tempat kain rentang itu digantung.

"Okey, jom pergi gantung banner ni semua kat balai raya pulak."

"Baik boss!" sahut Hairil dan Luqmanul serentak.

Apabila mereka bertiga sudahpun memasuki van, Taufiq pun memulakan pemanduan ke lokasi yang dituju. Sambil memandu, perasaan tidak sedap mula menjengah dalam hati tauke kedai sate ini. Entah kenapa dia rasakan sesuatu tidak elok bakal berlaku.

'Ish, sampai ke situ kau fikirkan, Tae! Sudah-sudahlah fikir bukan-bukan!' desis Taufiq dalam hati agar kedua-dua pekerjanya tidak mengesyaki apa-apa.


🥤🥤🥤

Akhirnya, Taufiq, Hairil dan Luqmanul pun terpacul keluar dari perut van setelah van diparkir di tepi jalan, memandangkan kawasan balai raya itu tiada ruang mencukupi untuk parkir kenderaan.

Tanpa memandang kawasan balai raya, Taufiq mengarahkan anak-anak buahnya untuk mengambil kain rentang yang disimpan di bahagian belakang van.

Dan ketika itulah, Luqmanul mula perasan akan suasana balai raya yang kelihatan begitu menggamatkan ditambah pula dengan bunyi pembesar suara.

"Boss, boss. Yang pegang pembesar suara tu bukan abang Hassan bulleo bulleo uri jigeum bulleo ke?" pantas saja Luqmanul memberitahu Taufiq yang tidak henti-henti menggamit dari belakang majikannya.

Akibatnya, perbuatan Taufiq yang sedang menggapai peralatan dari dalam van mula tertangguh. Jadi dia pun menoleh ke arah balai raya sepertimana yang diberitahu oleh Luqmanul.

Ternyata di hadapan balai raya dikerumuni khalayak yang tidak putus-putus singgah ke tempat awam itu. Ternyata Hassan menjadi kawasan balai raya sebagai tempat mempromosikan penapis air KuckQoo sebelum kedatangannya.

Tanpa menghiraukan siapa-siapa di sekeliling, Taufiq laju menderapkan langkah ke arah Hassan.

Orang ramai mula tergamam apabila kolar kemeja polo kepunyaan Hassan direntap kuat oleh Taufiq.

"Kau ni sengaja kan, San? Mana-mana aku pergi pun mesti jumpa jugak muka kau ni. Tak malu ke tiru idea business aku, hah? Tak cukup lagi ke dengan kilang santan kau tu?" hambur Taufiq semahu-mahunya sebelum berniat mahu mendaratkan satu tumbukan pada wajah Hassan.

Namun, niat Taufiq tadi terbatal lantaran dua pekerjanya sempat meleraikan pergaduhan.

Setelah membawa pergi tubuh majikan mereka jauh daripada Hassan, Hairil dan Luqmanul pun menepuk-nepuk belakang Taufiq.

"Tarik nafas dalam-dalam, bosskur eh bang Tae. Istighfar banyak-banyak. Kita masih lagi berpuasa ni."

Sekadar itu saja mereka berdua dapat lalukan untuk menenangkan si tauke sate yang bersikap agak baran saat ini.

Hassan sekadar menghadiahkan senyuman penuh selamba buat Taufiq, seperti kebiasaan.

"Tae, kau still tak faham lagi dengan konsep persaingan, hm? Takkanlah baru dapat seorang pesaing macam aku ni kau dah nak serang? Please Tae, don't be immaturedlah!"

Telinga Taufiq kian berdesing tatkala Hassan melantunkan kata-kata herdikan. Ini boleh mengundang api-api kecil kemarahannya mula marak.

Tanpa menghiraukan apa yang ditegur oleh Hairil dan Luqmanul, Taufiq mula melepaskan diri lalu kembali menyerang Hassan.

Akan tetapi, langkahnya tiba-tiba terhenti seusai terdengar satu suara, yang berkata...

"HEY STOB IT!"

🥤🍢🥤🍢🥤

One more chapter left before I end this discussio- eh bukan bukan, fanfic ni 🤣🤣🤣

Btw di bawah ni ada maksud gamat dan gamit (if ada yang tertanya-tanya)


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top