07
'You in me'
.
.
.
.
chapter 07
"Jiwol? Yikyung?"
Perlahan dia memanggil mereka berdua. Irisnya melihat seluruh keadaan kota di situ.
Ianya kesunyian. Tiada orang. Malah seluruh kota itu seakan rumah usang yang tidak berpenghuni lama. Sungguh begitu menyeramkan.
"Kenapa.."
Lelaki itu tergamam. Semuanya sudah tiada. Seluruh pencakar langit dipandangnya.
"Mana semua orang..?"
Gumamnya perlahan.
Dia melangkah secara perlahan-lahan namun dengan tiadanya arah tuju. Dan secara tidak sengaja iris hitam pekat itu bertaut dengan satu makhluk aneh yang begitu besar.
Kelopak matanya bergetar sesaat. Apakah itu?
Air liur ditelan perit.
Rupanya sungguh menggerunkan dan ia..begitu besar sehingga boleh mencecah bangunan dua tingkat.
Tubuhnya kaku namun dia masih lagi merenung makhluk aneh itu.
"Dialah..yang mahukan Jiwol.."
Makhluk aneh itu mendekati Wonwoo. Tampaknya lelaki itu akan menjadi mangsa pada makhluk tersebut.
Perlahan-lahan kakinya mengundur dan terus mengundur walau tubuhnya dalam keadaan bergetar.
Sekarang ini, dia hanya perlu menyelamatkan diri. Mindanya hanya memikirkan keberadaan isteri dan anaknya.
━─━────༺༻────━─━
12 april 2018
"Jeon Wonwoo!"
Walau sekeras mana lelaki itu meninggikan suaranya, ia tetap tidak membuahkan hasil untuk membuatkan Wonwoo terus memandangnya.
Dia lebih memilih untuk merenung ke luar jendela. Pokok yang tiada daunnya ditenung. Sudah mati walaupun kini sedang bermusim bunga.
"Yikyung..Jiwol.."
Perlahan nama-nama itu meniti di belahan bibir.
"Aku tak nak kau di sini. Pergi"
Ujar Wonwoo datar. Dia masih lagi melemparkan pandangan ke luar jendela.
Jinwoo mendekati adiknya lalu dilabuhkan punggungnya di birai katil.
"Wonwoo, sudahlah hm? Dah genap dua tahun diorang pergi. Biarlah diorang tenang di sana. Kau perlu teruskan hidup. Ikutlah aku kita jumpa doktor Kim"
Kini, iris mereka bertaut sesama sendiri. Dapat dilihat api kemarahan di dalam iris milik lelaki bernama Jeon Wonwoo itu.
"Kenapa perlu sebut nama dia?! Aku dah cakap aku tak perlukan dia bukan?!"
Meninggi suara lelaki itu. Tangannya memukul kepalanya sendiri berulang kali.
Sungguh dia tidak begitu gemar apabila nama doktor itu menendang ke dalam pendengarannya.
"Wonwoo Sudah! Baiklah, aku takkan sebut lagi tolonglah berhenti!"
Jinwoo cuba menahan Wonwoo dari terus menyakiti dirinya lagi.
"Kalau kau tak nak tak apa. Makanlah makanan yang aku bawakan tu"
Ujar sang abang setelah keadaan sedikit reda. Dia melangkah meninggalkan Wonwoo sendirian di dalam bilik tidur.
Lelaki itu tidak memberikan apa-apa balasan malah raut di wajah sekali pun.
Segalanya telah berubah. Suasana yang dulunya hidup di dalam bilik itu kini telah mati.
Dunianya sudah lenyap dan kosong. Dirinya terlalu bodoh sebab gagal untuk lindung keluarganya sendiri.
'7 terkorban, 45 cedera akibat gegaran gempa bumi di wilayah
Fukushima, Tokyo'
Surat khabar itu digenggam seerat-eratnya. Niat ingin bercuti telah bertukar tragedi. Sesungguhnya perkara itu yang ditakutkan.
"Bedebah! Kenapa kau tinggalkan diorang dalam ketakutan huh bodoh?!"
Sekali lagi kepalanya menjadi mangsa pukulan. Kali ini dia memukul dengan lebih kuat dari tadi.
Segala halusinasi yang dicipta olehnya telah menjadi peneman hidup lelaki itu.
Rasa, bauan malah sentuhan mereka berdua seakan-akan dapat menyentuh dirinya.
Skizofrenia. Itulah yang lelaki itu sedang bergelut sejak kematian keluarga tercintanya itu.
Walau sudah dirawat dan yakin bahawa dirinya sudah sembuh sepenuhnya namun segala bisikan itu telah membawa diri lelaki itu terjerat kembali ke dalam jurang ini.
Sungguh sesak. Dia mahu keluar tetapi dia terlalu rindu akan Yikyung dan juga Jiwol.
Mungkinkan ini pengakhirannya? Terjerat di dalam kesempitan jurang ini buat selamanya sambil ditemani halusinasi yang diciptanya.
Termasuk makhluk aneh itu.
━─━────༺༻────━─━
The end
💌 : Halu ! Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada korang sebab sudi vote dan comment dalam fanfic ni even cerita aku tak seberapa seperti senpai-senpai yang lain.
Aku hargai pada korang yang masih setia baca semua fanfic yang aku pernah publish sebelum ni.
Tanpa korang siapalah aku di dunia acik oyen ni AHAHAAGSGDG
So ! Next fanfic akan susul dengan castnya habang angel kita mr yoon AHAHSHAHHA genre nya semestinya fantasi ehe !
Jumpa lagi di next fanfic. Remember it, saya sentiasa sayang anda semua. Spread the loves, no hate
❤️❤️❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top