04

'Behind the flowers,
i see you'

.
.
.
.

chapter 04


20 september 2017


"Kenapa papa tak sampai lagi mama? Kita kan nak sambut hari jadi Jiwol, mesti papa lupa kan?"

Bibir kecil Jiwol dimuncungkan ke hadapan sambil itu dia menongkat dagu kecil miliknya.

Penat dia menunggu ketibaan Wonwoo itu. Sekarang jam sudah hampir pukul sembilan malam.

"Mana ada papa lupa sayang, papa dalam perjalanan tu. Kamu tunggu sekejap lagi ya"

Yikyung cuba memujuk anak tunggalnya. Irisnya melilau cuba mencari kelibat suaminya.

"Jiwol, tutup mata kamu sayang"

Jiwol memandang polos wajah cantik ibunya dan tanpa membuang masa dia hanya menuruti sahaja perintah yang diberi.

Kelihatan kelibat Wonwoo memasuki ke dalam kafe dalam keadaan tercungap-cungap. Baru habis berlari mungkin.

"Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi Jiwol sayang, selamat hari jadi"

Jiwol tersenyum lebar saat melihat wajah yang dinanti-nantikan.

Tepukan gemuruh diberikan oleh para pelanggan di dalam kafe tersebut saat Jiwol sudah meniup kesemua lilin yang siap dicucuk di atas permukaan kek coklat.

"Hadiah?"

Jiwol sudah tersengih memandang wajah Wonwoo.

Dan dalam sekelip mata sahaja senyuman itu terus pudar. Sepasang suami isteri itu memandang pelik terhadap perubahan raut wajah si kecil itu.

Hadiah yang selalu dia lihat. Dan bukan seperti yang diharapkan.

"Kenapa sayang? Jiwol tak suka dengan hadiah yang papa bagi ni?"

"Jiwol nak anak anjing"

Mereka berdua memandang sesama sendiri. Alahai, dia ungkit lagi tentang hal itu.

Kerusi ditarik lalu dilabuhkan punggungnya perlahan. Tangan Jiwol dicapainya lembut.

"Jiwol sayang, Jiwol tahu kan yang Jiwol alah pada bulu haiwan?"

Wonwoo menyoal lembut. Anak kecil itu hanya menganggukkan kepalanya.

"Jiwol nak badan Jiwol timbul merah-merah lagi macam zombi?"

"Tak nak! Jiwol takut.."

"Jadi dengar cakap papa okay? Jiwol boleh minta apa sahaja dekat papa tapi bukan haiwan perliharaan"

Dia mengangguk lagi. Baguslah kalau dia betul-betul dah faham.

"Hujung bulan ni kita pergi taman tema nak?"

Wajah muram tadi terus bertukar menjadi bersinar. Di dalam iris hitam miliknya juga turut kelihatan sinaran itu.

"Nak! Dah lama tak naik merry go round"

"Nanti kita pergi ya"

Ujar Yikyung yang dari tadi berdiam diri. Diusap kecil ubun-ubun milik Jiwol itu.

━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..

💌 : Hai? Saja nak cakap yang fanfic ni chapternya aku buat pendek je tak sampai 10 chapter. So see you next week sayang saya !

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top