16

'Remember that
beautiful smile'


.
.
.
.
.

chapter 16

"Minghao ssi?"

Hoon memandang Myungho yang sedang mengeluarkan susuk tubuh Woong keluar dari perut kereta. Tanpa berlengah terus dia membantu memapah adiknya masuk ke dalam rumah.

Nafasnya cuba ditahan. Kuat betul baunya. Berapa banyaklah yang dia minum. Tubuh tinggi Woong dibaringkan di atas katil miliknya.

"Terima kasih sebab tolong hantarkan dia"

"Ya, tak apa-apa dan.."

"Luka dia nampak agak teruk jadi tuan tolong letakkan ubat pada luka dia"

Hoon menatap wajah sang adik yang sedang tidur. Wajahnya dipenuhi dengan beberapa kesan lebam dan luka kecil. Dia kembali memandang Myungho lalu mengangguk kecil.

Myungho menunduk hormat sebelum mengatur langkahnya diikuti dengan Hoon.

━─━────༺༻────━─━

Pancaran matahari yang menembusi langsir membuatkan pemuda itu membuka kelopak matanya perlahan. Pelipisnya dikerut kecil akibat kesan daripada minuman keras yang diminumnya semalam.

Ditatap siling putih yang cukup dia kenali. Sekarang dia berada di biliknya.

Disaat Woong mula bangun dari pembaringan, kedua iris miliknya tertancap pada satu kotak peti kecemasan yang terletak elok di meja lampu di sisi katil.

Seluruh wajahnya disentuh. Terdapat beberapa plaster kecil yang ditampal pada wajah tampannya.

Siapa yang rawatnya? Takkanlah Hoon hyung?

Tanpa ketukan, wajah Hoon kini muncul disebalik pintu berwarna coklat. Sekarang dia lengkap berpakaian sut.

"Aku dah buatkan sup hilang mabuk. Makanlah sebelum pergi kerja"

Woong memasang wajah tidak percaya saat mendengarnya. Buat kali pertama Hoon memasak untuknya. Adakah ini mimpi?

"N-nanti.."

Hoon yang hampir menutup pintu itu terus membuka kembali. Dia memandang datar wajah sang adik. Dingin.

"Hyung yang rawatkan Woong..?"

Hoon sengaja tidak menjawab persoalan itu lalu bersuara kembali.

"Jangan lupa ucapkan terima kasih pada Minghao, dia yang tolong hantarkan kau"

Adakah dia salah mendengar? Minghao? Dia yang menghantar dirinya pulang? Mengapa budak itu perlu menolong dirinya?

━─━────༺༻────━─━

"B-boleh aku duduk?"

Jaewon dan juga Myungho yang sedang bergurau terus menghentikan tawa mereka. Mereka berdua memandang wajah Woong yang berdiri kekok.

"Duduklah"

Dengan perlahan Woong melabuhkan punggung bersebelahan Myungho.

Kedengaran beberapa orang kakitangan yang berada di restoran itu sudah mula berbisik. Kali pertama mereka melihat Woong makan bersama dengan orang seperti Myungho.

"A-aku.."

Bibirnya diketap rapat saat ayatnya digantung. 

"Sunbae tak apa-apa?"

Woong mengangkat wajahnya tatkala Myungho berbicara kepadanya terlebih dahulu. Dia mengangguk kecil.

"Terima kasih sebab dah hantarkan aku pulang"

"Tak apa"

"Dan..aku nak minta maaf sebab buat benda yang teruk pada kau. A-aku cuma..cemburu kau lebih rapat dengan Hoon hyung berbanding dengan aku jadi.."

"Tak apa sunbae"

Senyuman dikuntum oleh lelaki berkaca mata itu. Woong menatap wajah Myungho lama.

Mengapa dia terlalu baik? Wajahnya seperti dipenuhi dengan cahaya. Jarang sungguh dia mahu berjumpa hati malaikat seperti lelaki itu.

Dia bodoh sebab buatkan Myungho kelihatan teruk hanya disebabkan perasaan cemburunya.

"Sunbae? Pesanlah makanan biar saya yang belanja" Sekali lagi wajah Myungho tersenyum.

━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..

💌 : Thank you very much sayang-sayang saya ! Esok aku update double chapter ya sebab nak habiskan ff ni. See you tomorrow and have a nice day !

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top