10
'I'll give all my hands'
.
.
.
.
.
chapter 10
"Hao.."
"Xu Minghao.."
Sayup sahaja suara itu memanggil nama pemuda itu. Myungho sekadar memekakkan telinganya sahaja. Dah boleh agak siapa yang memanggilnya.
Takut? Sudah beberapa hari dia diganggu oleh makhluk itu jadi perasaan itu mungkin sudah beransur hilang.
ddum!
"Minghao..!"
Bahu pemuda berkaca mata itu terhinjut kecil tatkala bunyi dentuman bersama jeritan nyaring menerjah kuat gegendang telinganya.
"Terkejut bukan? Dengarlah aku panggil kau ni"
Buku kecil berwarna biru muda di tutup dengan kegeraman. Ditatap cermin di hadapannya itu dengan pandangan tajam. Tolonglah jangan menganggu hari cutinya ini.
"Aku tak kisah siapa kau tapi tolong jangan kacau aku"
"Aku tahu kau ada masalah. Aku datang nak tolong kau" Ujar makhluk itu.
"Tak, aku tak apa-apa"
"Aku nampak.."
"Aku nampak kau menangis dan aku tahu kau diperlekehkan depan semua pekerja di pejabat kau"
Myungho mendiamkan dirinya. Tiada idea untuk memberi jawapan kepada makhluk aneh itu. Mengapa dia tak buang sahaja cermin itu?
Cermin itu sudah dibuang dua hari lalu namun entah bagaimana tiba-tiba cermin itu boleh kembali dengan ajaibnya. Adakah cermin itu boleh berjalan?
"Dengar ni, kau dah jadi tuan aku sejak kau dah sentuh cermin ni. Perjanjian tu sudah pun bermula"
Dahi Myungho dikerut seribu. Perjanjian?
"Sekali kau sentuh cermin ni, satu perjanjian telah dibuat. Aku akan tolong semua masalah kau"
Myungho diam tidak terkutik. Tak tahu sama ada dia harus mempercayai makhluk aneh ini ataupun tidak.
"Kau hantu bukan? Kalau ya, baliklah ke tempat asal kau. Tolong jangan ganggu aku"
Nampaknya makhluk itu gagal untuk mendapatkan kepercayaan lelaki itu. Seusai berucap, terus Myungho mengatur langkah bersama buku yang setia di tangannya.
━─━────༺༻────━─━
Hari bekerja sudah pun tiba. Dengan langkah yang laju Myungho memasuki ke dalam lif yang sudah dipenuhi ramai orang. Begitu sesak sehinggakan bunyi amaran dikeluarkan oleh lif itu.
Mereka semua memandang sesama sendiri dan tidak berganjak seinci pun. Siapa yang akan keluar dari situ?
"Yah, tolaklah budak bodoh tu"
Lelaki tinggi itu mengangguk kecil tatkala mendengar arahan dari rakan setugasnya. Sepasang tangan miliknya sudah bersedia ingin menolak tubuh Myungho yang berada di hadapan jejaka tinggi itu.
Namun secara tiba-tiba lelaki itu dicampak keluar dari lif. Semua orang yang lalu-lalang kelihatan terkejut begitu juga beberapa orang di dalam lif tersebut.
Manakan tidak, dia dicampak seperti adanya ribut taufan mencampaknya. Dan secara automatik pintu lif itu tertutup.
Myungho masih terkaku dengan apa yang baru dilihatnya. Bagaimana ini boleh berlaku?
"Jangan risau, aku yang campak dia sebab dia nak tolak kau keluar tadi"
Terus membulat mata pemuda itu. Dia memandang ke arah lantai lif. Terdapat bayang hitam di bawah tapak kasutnya. Siapa lagi kalau bukan makhluk itu.
━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..
💌 : Thank you so much for your support. See you tomorrow. ❤️❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top