06
You worked hard'
.
.
.
.
.
chapter 06
❝It's okay to make mistakes
sometimes,
because
anyone can do so❞
╭────╮
⏯
Breathe
by Lee Hi
╰────╯
Angin sejuk di malam hari membuatkan pemuda itu menarik sedikit blazer yang dipakainya bagi menghalang deruan angin itu dari terus menurunkan suhu tubuhnya.
Dengan perlahan dia melangkah di laluan pejalan kaki. Beg silang yang hampir jatuh ditarik kembali.
Sungai Han yang terbentang luas dipandangnya. Satu senyuman terukir di bibir Myungho.
Sungguh indah apabila dilihat pada hari malam. Ditambah ribuan cahaya kenderaan yang bergerak di atas jambatan. Namun dengan perlahan senyuman itu pudar dan menghilang.
Apa yang terjadi?
Adakah dia dungu?
Kenapa dia tersenyum pada hari yang teruk?
Myungho sedikit tersentak tatkala mendengar deringan telefon miliknya.
'Mama'
"Ya mama"
"Anak mama, macam mana kerja kamu? Baik?"
Pemuda itu mendiamkan diri. Telefon yang ditekap di telinga dijauhkan. Dia menahan tangisannya. Kenapa soalan itu begitu memberi kesan kepaada dirinya?
Dia cuba kembali bertenang dengan mengambil nafas sedalam yang mungkin.
"Y-ya, Hao baik-baik kat sini"
"Jangan lupa makan. Jangan lupa juga jaga pemakaian kamu kat sana. Musim sejuk dah hampir tiba"
"Hao sayang mama"
Panggilan dimatikan selepas dia mengucapkan kata-kata itu. Dia tidak kuat. Sungguh.
"Maafkan Hao, mama"
Kini cecair jernih mulai keluar dari tubir matanya. Wajah yang dingin telah dihangatkan oleh air matanya.
Kenapa semuanya teruk? Apa yang dia harus lakukan? Adakah dia seorang yang begitu teruk?
Tangisan kecilnya dikeluarkan. Ya, keluarlah. Keluarkan segala yang terpendam. Segala rasa tidak puas hati itu.
Mungkinkah di hari esok akan terjadi sesuatu keajaiban? Hanya tuhan yang dapat mengetahuinya.
"Anak? Kamu tak apa-apa?"
Dengan perlahan Myungho mendongak memandang pemilik suara itu. Terdapat seorang lelaki tua sedang melihat ke arahnya.
"Kenapa anak duduk kat sini? Di sini sejuk"
"Tak apa atuk, saya tak apa-apa"
Ujar Myungho dengan perlahan sambil mengesat segala cecair jernih tersebut.
"Mari ikut atuk, kita ke kedai atuk. Sejuk di luar ni"
"Tak apa atuk, terima kasih"
Dengan sopan dia menolak namun lelaki tua itu tetap berkeras mahu membawa Myungho ke kedai miliknya dan pemuda itu terpaksa juga mengikuti lelaki tua itu.
━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..
💌 : Keep vote and comment. See you next time. Thanks a lot everyone. Love you♥♥♥
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top