04

'I see you'

.
.
.
.
.
.

chapter 04

Myungho menarik nafas lega saat dia meletakkan helaian kertas terakhir yang merupakan pelan pemasaran.

Mudah-mudahan kerjanya tidak dilempar pada esok hari. Jam digital dikerling sekilas.

'23:57 KST'

Ruang sekeliling dia lihat buat seketika. Baru dia sedar sekarang hanya tinggal dia keseorangan di dalam pejabat bersama satu lampu yang betul-betul terletak di bahagian mejanya.

Tuk!

Myungho terkaku. Bunyi apakah itu?

"Siapa?"

Pemuda itu cuba memberanikan diri untuk menyoal. Mana tahu ada beberapa pekerja yang tidak pulang ke rumah lagi.

Namun terdapat satu sentuhan dibahu miliknya dan dia sedikit tersentak.

Nafas kecil dihela lega diikuti usapan kecil di dada. Ingatkan makhluk apa tadi baguslah masih ada orang yang masih belum pulang.

"Tak balik lagi?"

Soal lelaki yang sedang berdiri sambil menguntumkan sebuah senyuman.

"Kau budak baru bukan?"

Lelaki itu menyoal lagi. Kali ini dia melabuhkan punggungnya di kerusi menghadap Myungho. Myungho sekadar mengangguk kecil.

"Aku dah lama perhatikan kau"

Seluruh tubuh lelaki itu dipandang atas bawah. P-perhatikannya? Adakah dia seorang pengintip?

Lelaki itu seakan-akan dapat menangkap bait-bait kata minda Myungho lalu dia tergelak kecil.

"Bukan macam tu, aku cuma nak berkawan dengan kau"

"Aku Ahn Jaewon"

Myungho menatap lama ke arah huluran tangan kanan milik Jaewon. Perasaannya bercampur-baur. Pelik dan juga gembira kerana masih ada yang sudi ingin berkawan dengannya.

"X-xu Minghao" Bibir merah pucatnya menjadi gagap. Entah mengapa sebabnya.

"Oh ya, sekejap"

Myungho sekadar memandang gerak geri Jaewon yang sedang mencari sesuatu di dalam beg silangnya yang berwarna hitam.

Satu botol kaca telah mendarat di meja kerja Myungho. Botol air itu dipandang lalu dia beralih memandang Jaewon kembali.

"Ambillah. Itu Booster hehe"

"Terima kasih"

"Orang cakap kau dari China tapi bila dengar cara kau bercakap dah macam orang Korea. Kau fasih dialek Gyeonggi"

Myungho tersenyum kecil saat mendengar pujian itu. Tiba-tiba tekaknya berasa kering. Botol air yang diberi Jaewon tadi dibuka lalu diteguk perlahan.

Botol kaca itu diletak kembali di atas meja seusai sahaja dia menghabiskan segala isi di dalam botol tersebut. Pandangannya kini beralih ke arah Jaewon yang masih berada di sebelahnya.

"Kau tak balik?"

"Aku tunggu kau. Kita balik sama-sama"

Buat kali keduanya dia terkaku. Adakah ini mimpi? Senyumannya melebar. Di saat ini dia berasa gembira kerana dapat pulang bersama dengan seseorang.

Ada kalanya terdetik rasa cemburu terhadap pekerja lain yang mempunyai ramai rakan yang boleh berbual bersama, makan bersama malah pulang pun bersama.

"Hao? Kau tak nak balik ke?"

Lamunan pendeknya terus mati. Lantas dia mengangguk laju.

"Ya, sekejap"

Tangannya ligat mengemas mejanya yang dipenuhi dengan beberapa helai kertas.

Selesai sahaja dia mengemas, terus mereka berdua mengorak langkah pulang ke rumah.

━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..

💌 : Vote and comment juseyo hehe ♥♥♥

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top