satu

Putri merenung wajah anak gadisnya iaitu Putri Amelia yang masih belum sedarkan diri. Tangan gadis itu digenggam dengan erat.

Irfan pula duduk di sofa yang sedikit berjauhan dengannya. Irfan yang mengetahui anak gadisnya ditembak berasa marah yang teramat. Namun, anaknya Ikmal pantas bertindak dengan menjadi siapa dalang disebalik perbuatan tersebut.

"Sayang, kita pulang dulu eh? Sayang kena rehat. Dari tadi sayang takde rehat. Nanti sayang sakit, abang yang merana sebab isteri abang yang sewel dan gila dah meninggal dunia. Nanti masuk berita, seorang gadis yang gila meninggal dunia akibat terkejut." kata Irfan. Tajam anak mata Putri melihat sang suami.

"Amboi..abang. Sedap mulut abang je cakap sayang gila kan? Walaupun sayang gila tapi abang yang tergila-gilakan sayang dulu! Boleh pula dia kata aku gila lepastu meninggal. Sengal betul suami aku ni." bebelnya kepada Irfan. Kalau tak mereng memang tak sah.

"Sayang kata mulut abang sedap? Mulut abang ni boleh dimakan ke? Seram betul sayang ni." ujar Irfan. Putri mengetap gigi menahan rasa geram terhadap sikap encik suami yang sengal.

"Abang! Erghh!! Abang ni kenapa hah? Kalau tak mereng memang tak sah ke hah? Aduh..peninglah aku macam ni. Asal lah aku dapat suami macam abang ni. Otak tak betul." malas Putri.

"Ewah. Suka hati mak nenek kebayan dia je cakap otak aku tak betul. Kenapa otak pernah betul ke? Otak  memang tak betul sebab dia tak pandai belajar. Otak dalam kepala mana boleh belajar. Manusia yang belajar bukan otak," balas Irfan tersenyum senget. Makin bertambah geram Putri dibuatnya.

'Ya Allah, kau sabarkanlah hatiku yang kurang sabar dengan sikap encik suami ni. Sungguh aku tidak tahan.' doa Putri di dalam hati.

"Abang baik abang diam eh? Sebelum sayang menjadi singa!" geram Putri berkata. Irfan meletakkan tangannya di dagu sambil memandang wajah isteri kesayangan.

"Sayang jadi singa? Sejak bila pula sayang boleh bertukar jadi haiwan ni? Tak pernah abang tengok manusia bertukar menjadi singa. Kalau dalam cerita dongeng adalah." kata Irfan lalu melirik isterinya dari atas hingga bawah dengan wajah yang pelik.

"TENGKU IRFANSYAH!!! SEBELUM SAYANG HILANG SABAR BAIK ABANG DIAM!"

"Sabar itu pandai hilang ke?"

"DIAM ABANG!

"Mulut abang, suka hati abang ah,"

"Astghfirullahalazim. Sabar Putri, sabar."

"Bagus sayang. Sabar itu separuh daripada iman. Baik betul isteri aku ni." kata Irfan ingin menambah geram isterinya.

Putri yang sudah tidak tahan dengan sikapnya terus meluru kearahnya dan memberikan tumbukan padu pada bahagian perut Irfan.

Buk! Buk!

"A shit!"

"Sayang dah kata diam, abang degil sangat. Kan dah mendapat tumbukan sulung sayang." ujar Putri dengan senyuman mengejek. Irfan memandangnya dengan kerutan di dahi menahan rasa sakit. Berbisa juga tumbukan isterinya. Tidak sia-sia dia beri tunjuk ajar mempertahankan diri.

"Sekali lagi abang merepek, sayang buang abang dekat gaung." ugut Putri. Irfan tersenyum sinis.

"Buang? Are you sure, sayang?" soal Irfan sinis. Dengan serangan mengejut dia menarik tangan Putri dan menunbuk perut Putri walaupun tidak kuat. Tapi, isterinya pantas bertindak dengan laju.

Dia memutarkan tangannya dan sekaligus genggamannya tangan Irfan terlepas serta-merta. Putri mengambil kesempatan tersebut dengan menyepak perut suaminya.

"Arghh!!! What!" jerit Irfan. Putri tersenyum senget memandang Irfan yang tidak puashati dengannya. Kening sebelah dijongketkan dengan senyuman senget.

"Well ini Putri. Macam mana dah menyerah kalah ke abang?" soalnya kepada Irfan. Lelaki itu menahan geram.

Dengan langkah yang pantas dia mengunci tangan Putri dan memulas telinga isterinya. Dia tidak sanggup nak memukul isterinya kerana dia sangat mencintai dan menyayangi gadis itu hingga dia mati.

"Aduh..aduh. Sakitlah!" adu Putri. Irfan terus menghentikan perbuatannnya. Putri mengusap telinganya yang terasa sakit. Bibirnya dicebikkan dengan tangan yang disilangkan di dada.

"Abang ingat telinga sayang ni apa hah? Suka hati dia je buat macam tu." omel Putri dengan wajah cemberut.

"Suka hati abang? Memang suka hati abang pun. Ada masalah?" ujar Irfan. Belum sempat Putri membalasnya, pintu wad bilik dibuka. Ikmal melihat mereka berdua dengan pandangan pelik.

"Eh, ibu, ayah. Kenapa ni?" soal Ikmal pelik. Putri dan Irfan berpandangan sesama sendiri lalu menjeling antara satu sama lain.

"Ayah kau ni hah! Otak tak betul! Sengal betul. Dasar jantan bajingan." kata Putri selamba. Irfan membulatkan matanya.

"What! Sayang panggil abang jantan bajingan? Habistu, sayang apa? Perempuan banjangan?" geram Irfan.

"Sayang perempuan idaman," balas Putri tidak mahu kalah. Irfan mengetap gigi. Ikmal pula menggelengkan kepalanya melihat kedua orang tuanya yang selalu sahaja bergaduh manja.

"Dahlah, ayah, ibu. Nak buat sweet bukan dekat sini. Ikmal masih single." kata Ikmal lalu duduk di kerusi yang berhampiran dengan adiknya.

"Ikmal kata buat sweet? Sayang nanti dekat rumah buat sweet tau. Dah lama kita tak buat macam tu kan sayang?" ujar Irfan kepada isterinya. Putri memandangnya dengan pandangan sukar ditafsirkan.

"Buat sweet? Dengan abang?"

"Dengan abanglah! Takkan dengan bangla pula,"

Tuk! Tuk! Tuk!

"Kepala babun abang! Dah tua pun nak sweet ke? Menyampah aku." malas Putri lalu duduk di sofa. Irfan sudah membuat riak wajah cemberut. Semenjak gadis itu sudah normal, dia sangat garang dan menjengkelkan sedikit.

"Garang sangatlah sayang ni. Abang cari bini lain baru tahu." ugut Irfan. Putri tersenyum sahaja.

"Cari bini baru? Sayang pun boleh cari laki baru," balas Putri tidak mahu kalah. Irfan menjelingnya tajam.

"Apa-apa jelah sayang. Cakap dengan sayang sampai kiamat takkan menang. Perempuan mana mahu kalah. Asyik nak menang je." pasrahnya. Putri tersenyum menang.

"Tahu takpe. Dah, mari sini duduk dengan sayang." kata Putri. Irfan tersenyum kacak lalu menghampiri isterinya.

"Sayang minta maaf, abang sebab berkasar dengan abang tadi." kata Putri. Irfan hanya tersenyum sahaja.

"Takde apalah," balas Irfan lalu mengusap kepala isterinya yang berlampik tudung. Ikmal tersenyum bahagia melihat mereka berdua gembira. Tiada apa yang lebih bahagia untuknya melibat kedua orang tuanya bahagia. Kebahagian mereka adalah kebahagian mereka juga.

"Adik masih belum sedar ke?" soal Ikmal. Dia mengambil tangan Putri Amelia lalu mengucupnya dengan lama. Wajah cantik adiknya ditatap dengan penuh kasih sayang.

"Belum lagi. Tapi, kata doktor adik akan sedar juga. Memandangkan kecederaan adik takde serius sangat." kata Irfan. Ikmal mengganguk faham.

"Ikmal."

"Ye, ibu?"

"Ehem, Ikmal tak mahu ada isteri ke? Ibu teringin nak ada menantu." kata Putri dengan sengihan. Irfan menggangukkan kepalanya.

"Ye, betul tu. Ikmal taknak mendirikan rumah tangga? Kan sayang? Sayang pula?"

"Sayang? Apa?"

"Sayang taknak ada madu baru ke?"

Pap!

"Auch! Sakitlah sayang."

"Hah merepek ah lagi. Madu kepala otak abang!" marah Putri. Irfan tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Abang gurau jelah."

Ikmal memandang wajah Putri dan Irfan silih berganti. Bibirnya mengeluarkan keluhan. Dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

"Ikmal belum bersedia. Nanti bila Ikmal dah ready, Ikmal bagitahu ibu dan ayah eh?" katanya. Putri dan Irfan mengganguk faham. Mereka tidak mahu memaksa lelaki itu.

"Okey, sayang." kata Putri kepada anaknya. Ikmal tersenyum manis sebelum kembali menatap wajah adiknya.

'Cepat sedar, adik. Abang rindu adik.'

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top