04
'Your eyes'
.
.
.
.
chapter 04
"Kenapa makcik tak bagitahu saya tentang nenek? Kenapa makcik diamkan perkara ni dari saya?"
Puan Hong menghela nafas beratnya. Begitu sukar untuk dia berucap sekarang ini.
"Makcik minta maaf, nenek kamu minta makcik rahsiakan perkara ni"
Jeonghan hanya mampu mendiamkan dirinya. Dia masih lagi tidak mempercayai tentang neneknya yang menghidap alzheimer.
Pandangan yang dari tadi menunduk terus beralih merenung bingkai gambar besar yang dikelilingi bunga berwarna putih.
Senyuman nenek begitu suci di dalam gambar itu.
"Tak apa, Jeonghan yang salah sebab tak dapat jadi cucu yang baik. Nenek ada alzheimer pun Jeonghan tak ambil tahu"
"Hei Jeonghan, tak payah salahkan diri kau. Ini semua takdir oleh tuhan, sabarlah"
Ujar Jisoo. Tangannya cuba mengusap belakang tubuh milik rakan baiknya.
Ting!
Lamunan kecil di siang hari terus terhenti tatkala mendengar bunyi loceng itu.
"Selamat datang!"
Ucap Jeonghan mesra pada pelanggan yang baru memasuki ke dalam kedainya. Manakala dia hanya membalas sapaan Jeonghan dengan senyuman manis.
Kelihatan sang gadis yang disarung gaun putih itu berlegar-legar sekitar kedai milik Jeonghan. Cari sesuatu mungkin.
Jejaka itu terus mendekati sang gadis yang berada tidak jauh dari kaunter.
"Boleh saya tahu cik cari apa ya?"
"Hari ni hari lahir adik saya jadi encik boleh tolong cadangkan hadiah untuk dia?"
Jeonghan tersenyum kecil.
"Oh, adik saya lelaki. Dia suka barang antik jadi sebab tu saya singgah ke sini"
Jeonghan mengangguk faham selepas mendengar kata-kata gadis tersebut.
"Jom ikut saya"
Sang gadis hanya menuruti sahaja dan membontoti langkah-langkah sang pemilik di hadapannya.
Sesambil itu, irisnya berlegar melihat sekeliling kedai antik itu. Sungguh mengaggumkan.
Tidak pernah dalam hidupnya dapat melihat keunikan di dalam kedai tersebut.
"Ini bahagian barangan dari luar negara, cik pilih-pilihlah ya. Di sana pun ada barangnya lagi"
"Terima kasih"
Tundukan kecil diberi oleh si gadis itu sebelum dia melangkah meninjau rak yang dipenuhi barang-barang unik yang tidak pernah dilihatnya.
Lantas Jeonghan beredar memberi ruang kepada sang gadis.
Tidak lama kemudian, sang gadis tersebut kembali sambil membawa beberapa barang di tangannya.
Sesambil tangan sang jejaka itu ligat memasukkan barang-barang tersebut ke dalam beg kertas, irisnya menatap wajah sang gadis itu.
Sungguh cantik.
Segera dia melarikan pandangannya. Takut si gadis itu perasan akan perbuatannya.
Kepingan wang yang dihulur terus disambut. Si gadis itu melemparkan senyuman manisnya kepada jejaka berambut putih itu.
"Terima kasih ya, datang lagi"
Disaat gadis cantik itu sudah tidak kelihatan lagi, Jeonghan terus melangkah menuju ke stor di belakang.
Eh, nampaknya irisnya telah menangkap sesuatu.
Sapu tangan putih bersama sulaman bunga ros merah. Diambil sapu tangan tersebut.
Dirinya sudah kelihatan gelabah. Tak lain tak bukan mesti gadis tadi yang terjatuhkannya.
"Aduh, nak kejar ke taknak?"
Dia menggaru belakang kepalanya. Bingung. Sempat lagi dia berfikir.
Nak taknak kena pulangkan juga. Tanpa berlengah kakinya bergerak laju.
"Jeonghan! Kau nak pergi ke mana?!"
Dia mengendahkan persoalan Jisoo yang baru tiba ke kedai miliknya. Hatinya berharap agar sang gadis tidak jauh dari kawasan itu.
Itu pun dia!
"Cik!"
Laung Jeonghan memanggil si gadis. Asap dingin yang dikeluarkan melalui mulutnya juga diendahkan jejaka itu. Yang penting sekarang ini sapu tangan itu harus dipulangkan.
"C-cik, tertinggal b-barang.."
Ujar Jeonghan sebaik sahaja dia berada di hadapan gadis tersebut. Dia memandang Jeonghan lama sebelum menyambut sapu tangan bercorak bunga ros.
"Terima kasih banyak-banyak"
Ucap dia bersama raut wajah yang begitu syukur. Seketika itu, baru dia tersedar akan kondisi Jeonghan yang masih lagi tercungap-cungap.
"Encik tak apa-apa? Maaf kalau saya susahkan encik"
"Saya tak apa-apa, saya pergi dulu ya"
Ujar Jeonghan lalu mengorak langkah ingin pulang kembali ke kedainya.
━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..
💌 : Hai! Terima kasih sebab masih setia bersama saya. Terima kasih juga sebab masih sudi vote dan comment fanfic ni.
Jumpa lagi next week !
❤️❤️❤️❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top