Bab 9 : Kenal aku?
Bab 9
"You're fired!" Tengking Encik Zaki. Merambu air mata aku tika ini. Hanya kerana fitnah aku dibuang kerja macam tu aje. Ye, aku tahu Encik Zaki buang aku sebab dihasut Si darling dia, Melisa. Si Ikan kelisa menggeletis tu. Melisa sakit hati dengan aku sebab semua kerja aku dipuji oleh Ketua kami. Encik Faris.
Sebab pujian pun, dia tak boleh nak melihat kesenangan aku. Tak faham betul. Malas aku nak cerita fitnah apa yang dibangkitkan, buat sakit jiwa aje. Aku pun tak hadaplah kerja ni!
Beg terus aku capai kasar. Kaki dihentak-hentak geram.
"Mak cik harap Ara sabar. Ni dugaan Ara." Bahu aku disalutnya. Aku buat dek sahaja. Biarlah aku membisu sambil menangis seorang diri. Mak cik tu tak perlu menyibuk hal aku. Aku masih sakit hati mengingat kata-kata kejam anak dia tu.
"Ara, lepas ni Ara nak kerja mana?" soal Mak Lin sambil ekori aku di belakang.
Aku kunci lagi bibir.
"Ara tak ada tempat tinggal, kan? Tumpang dulu rumah mak cik sementara nak cari kerja."
Aku hampir nak mengeluh. Kenapa dia sibuk sangat hal aku? Lantaklah aku nak jadi apa, pun? Sibuk nak suruh duduk rumah dia. Nanti anak dia tu bebel lagi, fikir aku nak ambil kesempatan lagi.
"Takpe, saya boleh berdikari sendiri..."
...
Rezeki datang bergolek. Aku dapat kerja di Cafe Sweet Pie. Comel betul dekorasi cafe ini, campuran warna pink dan putih. Tidak menyangka secepat ini aku dapat kerja. Tapi yang menjadi masalah aku nak tinggal di mana?
"Ara... Awak mula kerja sekarang. Saya nak awak belajar dengan Far dulu. Esok kalau boleh terus pandai buat. Saya tak nak pekerja saya lambat buat kerja macam pekerja dulu. Asyik main handphone sahaja, buat kerja lambat. Saya tahu tengok gaya awak ni awak orangnya mesti rajin." Suara tegas Puan Zita, merangkap bos aku terus aku simpan rapat dalam kepala. Iye, tak dinafikan aku seorang yang rajin. Haraplah sangat kerja ini jadi kerja yang tetap untuk aku. Aku kena usaha demi sesuap nasi. Aku kena dapatkan bilik sewa yang baru.
Tak ingin aku nak kerja di kilang. Terlalu ramai orang mendengki. Mungkin ini yang terbaik untuk aku. Ya Allah, permudahkan urusan aku.
...
Seminggu berlalu ~
"Kau nak tahu tak, sejak perempuan hodoh tu kerja sini ramai customer tak mahu datang. Mungkin jijik tengok muka dia."
Aku yang sedang berada dalam tandas, tergamam. Aku tak sangka, masih ada lagi makhluk asid sebegini. Aku dah kerja baik-baik, buat hal sendiri dan tak mengganggu orang pun ada juga orang tak puas hati?
"Kau tak payah buat ceritalah Nia. Dia tu kira bagus buat kerja rajin. Tak macam kau, asyik berkepit dengan handphone, tak lain dengan pakwe kau tu. Kalau takde dia sales takkan naik mendadak dalam waktu seminggu ni." Itu suara Far, staf yang banyak tunjuk ajar kepada aku. Nampak dingin, tapi dia tak pernah lagi nak marah-marah aku. Lega sedikit hati bila ada orang sebelahi aku.
"Eleh, aku sendiri dengar sorang customer lelaki ni cakap tak suka bila dia serve. Lelaki tu kata dah lah muka hitam legam, mesti buat kerja tak bersih. Jijik nak minum air buatan dia."
Aku membuka pili air kuat-kuat. Sakitnya hati! Sakitnya! Terus aku buka pintu dengan kasar, mahu menanah telinga aku kalau dengar lagi dan lagi hinaan Nia tu. Memang persis Ethan sungguh perangai.
"Nia, lain kali hina saya depan-depan. Jangan kutuk belakang!" Aku sembur amarah dengan sekali hembus. Muka masing-masing kecut. Laju kaki aku bawa keluar.
Sabar Ara. Hati kau kena sado, kena jadi batu. Jangan hiraukan mereka. Dia kutuk, dia umpat, kau dapat pahala. Jangan risau, okay? Aku pujuk diri sendiri. Lega sedikit rawan di hati, air mata yang terkeluar aku kesat sedikit.
...
Di kaunter, aku mengemas apa yang patut. Kalau boleh, tempat keliling ini mahu nampak teratur dan tersusun fan bersih. Aku tidak mahu dicop pengotor. Walaupun muka aku ni buruk, kebersihan sangatlah aku titik beratkan. Aduh, sedih pula bila mengenang orang lebih suka judge luaran aku sahaja. Tiada siapakah yang sudi mendalami hati nuraniku ini?
Adakah sampai aku mati aku kelihatan buruk dan menjijikkan?
"Assalamualaikum, Ara..."
Berkerut dahi aku kerana menerima teguran dari customer. Macam mana boleh tahu nama aku?
Aku panggung wajah, dan sedikit senyuman aku lakarkan di bibir. Bos pesan, penat macam mana pun bibir kena dimaniskan. Tetapi, kali ini lentur di bibir tidak dapat aku bentukkan lagi.
Keras bibit untuk bergerak begitu juga tubuhku. Mataku macam ditusuk sembilu melihat seraut wajah di hadapan mata. Bala apa yang sedang menimpa aku ini?
"Kenal aku?"
Aku abaikan sahaja. Anggap dia customer kau, Ara. Anggap je dia customer!
"Apa yang boleh saya bantu, Encik? Encik nak pesan air apa? Banyak menu. Yang paling laris, Strawberri Milk Cutie Pie."
Mata aku tidak tetap ke depan, benci nak tengok muka dia. Benci! Kalau ada air panas mahu sahaja aku siram ke muka dia. Sebab dia aku sengsara, bilik sewa aku pun terpaksa aku lepaskan. Kena buang kerja di kilang dan sekarang di hina kat tempat kerja. Apa lagi dia nak musnahkan?
"Bos kau mana. Aku ada hal nak cakap dengan dia."
Apa masalah dia? Dia nak bos aku pecat aku, ke apa ni?
"Bos takde. Ada apa nak cakap dengan bos, ye? Encik ada tak puas hati apa-apa?" Aku tahan suara dari keluar intonasi meninggi. Bencinya terpaksa pura-pura macam ni!
"Takde takpe. Aku nak bercakap dengan kau. Aku ada hal nak cakap."
"Cakap apa ye? Saya tak kenal Encik?"
"Tak payah pura-puralah. Kau jangan lupa kau hutang nyawa dengan aku!"
Sedap mulut dia mengingatkan aku peristiwa lampau itu. Kenapalah dia tak mati aje? Hidup kalau tak kacau aku tak sah, ke? Ke dia nak aku mati baru dia puas? Eh, tapi kenapa dia selamatkan aku kalau dia nak aku mati? Aduh, pening lah kepala layan orang gila ni.
"Aku bekerja. Takde masa nak bercakap. Aku tak minta kau selamatkan aku." Bersahaja aku membalas.
"Bagi aku 100 cawan air strawberry yang kau sebut tadi."
Terbuntang mata aku. Gila ke Ethan ni? Wajah tidak percaya terus aku tayang. Ke, dia nak main-mainkan aku supaya aku kena pecat?
"Nah, kad kredit. Aku nak bayar sekarang, dengan syarat aku nak kau cuti hari ni. Aku ada hal mustahak nak cakap dengan kau."
...
Writer comment : ?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top