Bab 8 : Hina sangat ke?
Bab 8
"Puan, bangun..." Aku pejam mata, pura-pura tidur. Aku tahu tu suara nurse, tadi pagi aku dah tersedar dan nak gerak pun badan tak terdaya. Bila termenung memikirkan masalah besar yang bakal aku hadapi, terus aku terlelap sendiri.
Masalah besar betul sebab, aku masuk hospital. So, aku kena bayar bil hospital. Matilah aku nak cekau duit kat mana? Aku dah takde apa-apa dah ni. Hanya tambang duit bas sahaja ada dalam tabungan di dalam rumah. Ya Allah, macam mana aku nak hadap nanti. Nak keluar hospital macam mana?
"Sepatutnya Puan ni boleh bangun, tapi peliknya saya dia tak bangun-bangun dari semalam. Pening saya, Kak Min." Sayup-sayup suara itu menjentik telinga. Gerun juga aku mendengar. Maafkan aku, nurse. Aku terpaksa. Tolonglah kau fahami aku.
"Takpelah, malam nanti bangunlah dia. Tak payah risau, bukan parah sangat luka dia." Sambung suara yang lain. Tidak lama kemudiannya, suara itu menghilang bersama derap kaki mereka.
Aku buka mata perlahan. Tekak ni rasa perit sangat, hausnya tak tahu nak cerita macam mana. Perut pun menjerit-jerit lapar. Aku pukul perut yang degil. Kau jangan lapar, kau tu takde duit! Marahku sendiri. Aku pandang sekeliling, semua pesakit pakat tidur. Mataku terarah di jam dinding.
3.30 petang. Patutlah semua beria tidur, waktu melawat pun dah lama tamat. Perut mereka pun kenyang tidak seperti aku. Nasiblah badan jadi orang miskin macam ni.
...
Aku meronta minta dilepaskan oleh pengawal keselamatan. Suasana jadi riuh apabila aku suara pengawal kuat menengking aku. Ini gara-gara aku memakai baju hospital dan berusaha keluar tanpa bayar bil hospital.
"Apa yang kecoh sangat ni?" soal nurse yang melintas dihadapanku. Dia bercekak pinggang dengan muka bengis. Kecut perutku melihat riaknya. Aku terus tertunduk kaku, lemah segala sendi itu meronta. Apa lagi hendak aku lakukan lagi? Nak minta aku bayar, aku tak mampu. Apa lagi yang patut aku lakukan, Ya Allah?
"Perempuan ni nak lari, tak nak bayar bil hospital. Lepas tu sibuk nak lari, meronta dan menjerit macam orang gila. Teruk betul perangai, seteruk muka dia," bebel pengawal lelaki itu. Mulut dia pedas semacam, aku tahu dia meradang sebab aku sempat tumbuk muka dia tadi. Takut punya pasal sebab dia tarik tubuh aku.
"Apa masalah Puan ni? Susah sangat nak bayar? Berapa sangat sampai tak boleh bayar, ni?" Aku telan liur pahit. Apa hendak aku jawab? Nampak sangat aku hina sekarang ini, tak ada apa yang dapat aku katakan untuk memberi penjelasan tentang perkara sebenar aku. Kenapa malang sangat nasib aku? Nak minta tolong orang pun, tak tahu siapa. Minta tolong Ash? Huh, dia dah kemana pun aku tak tahu, mungkin dah dirawat di hospital swasta. Orang kayalah katakan.
"Rm30 pun Puan tak boleh bayar? Apa yang Puan merepek ni? Kalau tiada duit sekalipun call sesiapa, biar saya call keluarga Puan."
Aku diam tidak menyahut. Keluarga? Mak ayah aku dah takde. Macam mana nak contact? Keluarga mak ayah pun dah tak nak kesahkan hidup aku, tiada siapa pedulikan aku. Apa perlu aku buat? Rasa hendak menangis tetapi aku malu ingin meminta simpati sesiapa.
"Nurse Nis, apa jadi ni?" Keluar suara entah dari mana. Aku masih malu hendak angkat muka.
"Hmm, ni Puan ni tak nak bayar bil hospital. Setakat rm30 pun tak nak bayar. Pening saya fikir, doktor Rizq."
"Eh, awak sebagai nurse kasilah privasi sikit tanya dia elok-elok, bukan depan semua orang. Malulah dia. Macam mana dia nak terangkan kalau bingit macam ni."
Tersentak. Allah. Aku tak tahu kenapa ada aliran sentuhan debar berada dalam dada. Tidak menyangka ada juga yang masih mahu prihatin kepadaku dan ada juga mahu berada di pihak aku.
"Puan, ikut saya kejap." Aku angkat wajah, terkebil aku apabila lengan aku disambarnya lalu aku dibawa ke bahagian tepi lobi dan ada bangku di situ. Aku diminta duduk.
Namun, aku hanya berdiri tidak ikuti arahan dia.
"Puan, saya minta maaf tentang hal yang berlaku. Cuba Puan terus terang pada saya. Mana tahu saya boleh bantu?"
Lembutnya suara. Rasanya jarang sekali seorang lelaki mampu melayan dan mendendangkan suara selembut ini kepadaku. Apakah aku sedang diulit mimpi? Walaupun dia hanyalah doktor, aku disiram hati berbunga dilayan sebaik ini.
"S-s-saya... Tak de duit, doktor." Lemah aku tuturkan suara. Malunya. Tapi apa boleh buat, terus terang ajelah pilihan yang aku ada.
"Hmm, macam nilah, suami Puan mana? Keluarga?"
"Takde. Semua takde."
"Takpelah, Cik ambil duit ni bayar. Anggap saja saya ikhlas menolong." Not Rm50 terhulur depan mataku. Aku terkejut, tidak percaya. Sejak bila ada orang sebaik ini di dunia?
"Baiklah, saya tahu cik tak nak terhutang budi. Kalau begitu, saya bagi contact number ni pada Cik. Apa-apahal contact sahaja saya. Boleh, Cik?"
Belum sempat aku menolak, dia tarik tanganku dan diletak not duit bersama kad.
"Jangan risau, saya tolong bukan simpati. Cuma, doakan saya dapat jodoh. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. Assalamualaikum."
Telingaku bagai mahu tersumbat dengar suara dia. Terngiang-ngiang berulang kali walaupun bayang dia sudah menghilang. Kalaulah, kalaulah dia sebut kalau ada jodoh kita jumpa lagi. Alangkah indahnya. Angan ini tidak patut aku teruskan, pantas aku tampar muka sendiri. Ya Allah, jumpakan dia sebagai jodohku. Amin.
...
Sebulan berlalu~
Aku kerja di kilang gara-gara dihalau oleh Mak Timah. Terpaksa aku lepaskan bilik sewa yang aku sayang itu. Rindunya, hendak golek-golek di lantai. Rindu sangat!
Benar kata orang, melepaskan benda yang kita sayang sangatlah sukar. Biasa orang ibaratkan benda itu kekasih, manakala aku sekadar boleh bayangkan bilik sewa usang itu. Sedih kan hidup aku, sampai sekarang tiada siapa mahu mendekat. Pekerja bangladesh tidak mahu. Iyelah, amoi-amoi cantik dan pekerja indonesia lebih memikat hati mereka. Eh?
"Ara, mak cik nak minta tolong, boleh?" soal Mak Lin, seorang mak cik yang agak peramah. Selalu hanya dia sahajalah yang rajin menegur aku. Terus aku fokus ke wajahnya tika ini.
"Apa yang boleh saya tolong, mak cik?"
"Mak cik takut..."
Muka keruh Mak Lin aku tatap. Risau pula aku melihatnya. Haraplah aku boleh bantu dia, sebab dia pun dah banyak membantu aku tentang bidang kerja aku ini.
"Mak cik jangan takut. Mak cik cakap je, saya cuba tolong." Aku meyakinkan dengan senyuman kecil.
"Anak mak cik selalu busy, mak cik takut duduk sorang-sorang kat rumah. Mak cik kamu temankan mak cik boleh? Dalam 2 hingga 3 hari. Boleh, Ara?"
Aku diterpa rasa serba salah. Permintaan dia agak memberatkan kegusaran dalam hati. Tetapi, mengenangkan mak cik ini meminta pertolongan, tidak mungkin aku dapat menolak? Macam mana ni. Aku tak biasa di rumah orang, dan aku takut untuk mempercayai orang lagi setelah aku diperdajalkan oleh si Lya itu.
"Tak lama, kejap aje. Teman mak cik, please... Mak cik takut..."
Aku dan dia saling berpandangan. Pegangan tangan dia erat, aku tak mampu menolak. Takpelah, sekali sekala teman orang tua. Mana tahu boleh tersangkut dengan anak dia. Eh?
...
"Anak mak cik tu tak risau ke tinggalkan mak cik sorang-sorang dekat rumah?" soalku setelah kami selesai menjamu selera. Aku dan mak cik sedang menonton televisyen, yang menayang siaran drama melayu.
Tajuk apa entah. Malas nak ambil tahu sebab heroin dia cantik sangat. Bikin menyengat rasa cemburu di hati melihat babak hero itu tak habis-habis mengejar heroin.
Orang cantik bolehlah. Cuba kalau aku, orang buta pun lari walaupun tak nampak kehodohan muka aku. Haha, banyak makan kerepek aku hari ini.
"Dia balik lewat, itulah mak cik cakap dengan dia suruh kahwin cepat untuk teman mak cik. Tapi, dia asyik sibuk dengan kerja. Kempunan mak cik tunggu."
Lah... Single rupanya anak mak cik ni. Boleh masuk line tak, aku?
"Dia kerja apa, mak cik?" tanyaku dengan rasa berdebar. Tiba-tiba berdebar. Dah lama aku tak rasa perasaan ini.
"Nanti kamu tahu juga. Mak cik kenalkan, kejap nanti dia balik."
"Ohh..." Aku jawab sambik menunduk. Malu pula nak jumpa bakal suami. Astaga! Teruk perangai aku. Macamlah anak mak cik ni nak tengok aku. Sekali baru nampak bayang aku pun dia nak termuntah.
"Mak cik, Ara rasa dia ada girlfriend. Mungkin belum bersedia kut." Mata aku sudah bayangkan wajah suatu jejaka rekaaan aku. Berdasarkan wajah mak cik ini yang masih nampak sisa kecantikan yang dimamah usia, aku pasti anak dia kalau tak persis lee dong wook, mesti veris hyun bin. Ohmai. Kacaknya!
Tok tok!
Bunyi ketukan pintu mengejutkan kami berdua. Mak Lin terus bangun menuju ke muka pintu, aku pula hanya mampu duduk diam-diam. Tak tahu nak buat apa.
"Mak, kenapa tunggu Riy. Riy kan suruh mak tidur dulu." Suara lembut itu menyapu telingaku. Makin kuat debaran yang menyinggah. Eee, bencinya rasa macam ni. Tak patut aku berangan lebih sebab akhirnya aku yang kecewa. Aku yang kecewa!
"Ada orang? Siapa?" Suara itu bergema lagi.
"Ara, sini mak cik kenalkan anak mak cik." Tangan Mak Lin dah mengamit supaya aku bangun mendekati dia. Aku takut-takut bangun dan kepala terus aku angkat sedikit.
Terkejut bukan kepalang, kerana lelaki dihadapanku adalah Doctor Rizq! Allah! Jodoh aku!
...
Aku gigit bibir dan menunduk sedih. Rasa sayu mengenang reaksi doktor Rizq. Ada ke patut tiada secarik senyuman pun untuk aku tadi, berbeza sungguh dengan riak manisnya tempoh hari. Adakah pelanduk dua serupa? Ataupun memang dia tak suka melihat aku di rumahnya?
Entah apa yang merasuk, aku beranikan diri untuk menghendap mereka di bilik. Nak curi-curi dengar.
Mula-mula senyap sahaja. Tetapi suara halus doktor Rizq bagaikan menampar pipiku berkali-kali. Perit dan tersangat pedih menusuk ke jantung! Kejam!
"Mak pungut dia kat mana ni? Mak tahu tak zaman sekarang ni kita tak boleh percayakan orang sangat. Kalaulah dia tu buat benda tak elok dekat mak, macam mana?"
Luluh. Hancur segala rasa. Aku ketap bibir dan air mata merembes keluar. Kaki rasa lemah untuk menampung badan. Aku bergerak ke sofa semula. Fikiranku berkecamuk. Aku tak tahu untuk buat apa sekarang ini. Aku tak tahu. Kenapa semua orang membenci aku? Kenapa doktor Rizq yang aku sangka berbeza dengan orang lain, rupanya tiada beza langsung pun perangainya?
Ya Allah. Hina sangatkah aku?
...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top