Bab 7 : Hero ke?

Part 7

"Woi, hero! Asal kau lembik sangat, tak lawan, hah?!" Jerkah seorang lelaki botak, yang melibas tubuh Ash tadi. Dia mara dekati Ash, dan diangkat Ash yang telah terkulai layu.

"Kau ingat kau boleh lepas bila belasah aku?" Suara Ash tiba-tiba bersuara. Tidak kuat dan perlahan, namun aku bisa dengarinya.

Aku teguk liur perlahan. Risau juga kalau-kalau Ash mati dibelasah. Macam mana aku nak jawab dengan mak bapak dia? Aku rasa bersalah pula, walaupun dalam hati aku bersorak jikalau Ash akan dibelasah lagi.

Aduh, jiwa kejam aku dah menjelma.

Aku tidaklah baik sangat nak kesiankan si Ash tu, dah dia datang sini buat apa? Yang aku curiga sungguh, kenapa samseng ni boleh telefon si Ash ni. Tak silap aku, mana pernah aku save no Ash, dan aku pasti tidak mungkin Ash hendak comtact aku.

Dunia terbaliklah, kalau dia ada no aku dan cuba nak contact aku.

Tapi, kalau ini rancangan Ash pun. Tidak mungkin dia dibelasah seteruk ini. Mungkin ini kerja si Lya, betina talam dua muka tu. Sebab, aku teringat kata-kata geng-geng samseng ni. Jika ada hero selamatkan aku, habislah kena lunyai. Mungkin-

Tergeleng aku, tak sangka Lya secantik dan bertutur lemah lembut itu rupanya plastik semata-mata. Untuk apa dia perlakukan aku begini? Apa yang dia dengkikan aku sebenarnya ni?

"Kau pegang jantan ni! Aku tak kerjakan dia cukup-cukup!"

Tersentak aku apabila terdengar suara itu memetir. Mata terus kutalakan di hadapan. Sangat jelas, Ash di pegang oleh dua lelaki berbadan tegap. Kepalanya tegak, dan aku nampak ada senyum sinis berlabuh di bibirnya yang kebiruan bengkak. Habislah lunyai muka dia lepas ni, nanti nak tayang apa pulak depan aku kalau muka dia calar balar nanti?

Ish, takut pula bila dia pandang aku sekilas sebelum perutnya ditumbuk padu oleh lelaki berkepala botak. Dan, tidak cukup itu, dia masih kekal senyum dan meludah muka penjahat tersebut.

Haish, syaitan dah rasuk dia ke sampai berani macam tu sekali?

"Kurang ajar, kau!" Tumbukan dilayangkan ke muka Ash sampai kepalanya terteleng ke tepi.

"S***! Sakitlah bodoh! Kau nak pukul jangan muka aku, s***! Nanti Ara tak nak aku lagi, siapa nak tanggung, b******!"

Terkedu aku. Rasa nak korek telinga aje. Eee, bodoh betul ayat dia. Agaknya otak dia dah biul lepas kena das-das tumbukan. Kesian betul. Itulah balasan untuk manusia durjana macam kau.

"Ye tak ye jugak, kan. Hahahahaha. Mari aku kasi lagi sedap. Woi, Bisu! Kasi aku pisau jap, aku nak buat lukisan kat muka lelaki s**** ni, boleh pula banyak songeh. So, aku rasa yang ni lagi syok. Biar muka kau jadi paling kacak untuk makwe hodoh, kau tu! Biar sama-sama hodoh! Baru serasi sampai ke neraka? Hahahahahhahahaha."

Kecut pula perut aku membayangkan muka Ash bakal ditoreh. Pernah juga aku impikan perkara begini jadi kepada Ash. Tapi, kalau boleh jangan tunjuk depan aku. Aku takutlah, benda kejam macam ni. Hanya syaitan je sanggup tengok. Allah, kalau boleh kau selamatkan aku dari sini sebelum si Ash jadi mangsa deraan mereka. Tak sanggup aku untuk menonton tayangan percuma ini.

"Baik, Bitak! Kejap aku cari dekat dapur. " Sahut seorang lelaki, di tepi dinding. Dari tadi sekadar memerhati. Uish, tempat buruk dan busuk macam ni pun ada dapur? Dorang ni makam tikus ke, apa?

"Cepat sikit!" Herdik Bitak lantang.

"Sebelum tu, aku nak kerjakan kau cukup-cukup. Nah!" Ditumbuk perut Ash bertalu-talu, macam dirasuk syaitan. Aku sekadar tutup mata. Takutnya, lepas ni mungkin aku dijadikan sasaran. Allah. Tolong aku.

"Hahahahhahaha! Sakit? Sakit? Sakit?! Kau kena merayu baru aku stop! Tak nak rayu ke? Meh, cium kaki aku dulu. Track dan Jep, kau tolak di ke bawah. Kasi cium sembah aku kejap. Dah lama orang tak cium kaki suci aku, ni."

Serius, terus mataku terbuka. Tak percaya pula perangai samseng ni serupa Ash. Boleh pula terfikir cium kaki. Hendak aku gelak, tetapi aku tahan apabila Ash ditolak sehingga tersungkur tepat di kaki Bitak. Terlayang diingatan perkara zalim yang Ash lakukan padaku, serupa seperti yang berlaku di hadapan mataku. Sesungguhnya, pembalasan zalim itu dah terlaksana. Buat jahat dibalas jahat. Dan buat kejam akan dibalas lebih dengan kekejaman.

"Amacam syiok? Syiok?" Tangan sasa itu menolak-nolak kepala Ash dan terdengar erangan kuat. Pasti Ash dah tak tahan. Padanlah muka. Getusku tanpa sedar.

Sebelah kaki samseng itu memijak kepala Ash. Dia tergelak macam pontianak, memang jahat tahap jin agaknya samseng ni. Tak ada perikemanusiaan langsung, ke?

...

DIHERET tubuh Ash, mendekati aku. Mata Ash terpejam. Mungkin dah suku-suku nyawa. Nak kesian ke tak, ni?

"Mari aku ukir nama cinta dekat muka hero kau ni. Aku akan pastikan nama Ara jelas, cantik dan kemas dekat muka dia. Hahahahha." Tak habis-habis Bitak gelak. Aku rasa mahu tampar sahaja, kerana terlebih bingit dan menyakitkan jantung.

"Kalau kau buat, jangan depan aku." Aku cuba lontarkan suara yang tergagap. Berani mati betul.

"Asal? Takut? Kasihan? Alalalala, janganlah kau kena tengok jugak. Sebab baru rasa thrill, baru syok, baru umphhhh!" Pisau diacah di mukaku. Aku keraskan tubuh dan bibir. Jangan cakap, aku yang kena dulu? Ya Allah, tolong aku. Aku tak pernah buat jahaf dengan orang, tapi kenapa aku diuji begini?

"Takut? Ahaaaaa, jangan risau. Aku nak belah muka dia, baru muka kau. Jangan nervous, darling!"

Mencerlung mataku cuba melawan pandangan penuh kekejaman yang terpalit di ruang muka Bitak. Manusia macam ni, tak lama. Aku harap lepas ni, dia kena lenyek lori.

"Bitak! Kau buat apa, bodoh!" Sergahan datang menyerang apabila si Bitak menguis-nguis muka Ash dengan mata pisau, sampai ada kesan calar sedikit di pelipisnya.

"Ak-aku, aku nak cantikkan muka dia. Why bos?" tanya dia, dan sorokkan pisau dibelakang tangan. Dia lekas bangun dan menghadap Bos dia. Bos yang menelefon Ash tadi.

"Kau blah!" Bos itu menolak si Bitak sehingga tersungkur, satu jari je dah terjatuh. Pergh, dahsyat betul penangan Bos mereka ni.

Dia pegang muka Ash, dan menepuk-nepuk muka Ash.

"Woi, bangun!" Ash nampak kepayahan untuk membuka mata, namun dia buka juga mata.

"Hah?! Seriously? Kau?!"

Aku terkebil-kebil melihat reaksi terkejut ketua samseng itu.

"Mati aku, mati! Tak guna kau Bitak! Kau tahu tak, jantan ni jangan petang tadi, dia ada sebelah bos kita. Matilah kalau dia tahu! S***! B******! Sini aku toreh muka, kau Bitak!" Dia lepaskan muka Ash dan Ash terduduk longlai di sebelah aku.

Bos dah naik hantu, aku nampak sipi-sipi muka Bitak ditoreh sebelum semua lari lintang pukang apabila Bos mereka arahkan berambus. Aku terkedu tanpa dapat bicara. Namun, aku bersyukur kerana ini bermakna, muka aku selamat dan mereka dah ketakutan. Nak tergelak pulak tengok mereka lari macam lipas kudung. Huh, samseng pun penakut!

...

"WEI, kau hidup ke mati ni? Asal diam je?" Aku soal apabila aku rasa makin lama suasana gudang ni terhimpit bunyi cengkerik. Dan, aku risau juga kalau dia mati. Kalau ada polis pun, mungkin aku pula dituduh bunuh? Allah, minta dijauhkan.

"Aku tak mati lagi. Sebab kau hutang banyak dengan aku, hari ni." Lancar suara dia berdengung. Kerutan di dahiku mula timbul. Hutang apa kejadahnya, kau? Ada aku suruh kau tolong, ke bodoh?

"Kau jangan lupa, aku hampir mati sebab kau."

Rasa nak mengamuk pun ada waktu sekarang ini. Sebab aku?! Belum serik lagi, ke Ash ni?

"Ada aku suruh kau tolong, ke? Yang kau datang tu, kenapa?!" Jeritku geram.

"Hummm, pasal petang tadi. Aku tahu kau tak salah, aku tahu Lya yang rancang. Sebab tu, aku call kau. Rupanya betul, dia dendam dengan kau. Kau jangan risau, aku dah ada bukti untuk penjarakan dia sebab tu aku datang. Penjahat-penjahat sial tu takkan terlepas. Berani dia hancur lumatkan tubuh dan muka aku."

Penerangan Ash bagai menghempap kepalaku berat. Dia tahu aku tak salah dan sanggup sepak aku dan ludah aku? Dan sekarang, dia cakap aku jangan risau?

"Kau memang binatang! Lebih baik kau tak payah datang, biar dorang bunuh aku! Baru puas hidup, kau kan Setan?!" Jeritku tidak tertahan. Rasa benciku makin memuncak dan tak akan pernah luntur. Aku rasa diri aku ni macam sampah! Sanggup dia perlakukan aku! Kalau dia tahu aku tak salah, perlu ke dia sepak dan menghina aku sekejam itu?

"Asal nak marah sangat? Aku dah selamatkan kau, dah cukup bagus tau! Kau tak nampak aku teruk kena belasah semua ni? Lagi kau nak panggil aku binatang, apehal? Gila ke hodoh?!"

Nafasku tercunggap menahan api yang merodok kolam hati. Dia panggil aku hodoh?!

"Aku rela mati dari diselamatkan oleh binatang macam kau!"

Tiba-tiba lenganku terasa longgar, apabila ikatan di belakang kerusi terbuka. Aku pandang tepi, Ash tengah duduk sebelah aku. Kakiku pula dibuka ikatan tali. Aku terus tolak dia ketepi. Tak hingin minta tolong dengan Si Setan ni!

"Kau tak rasa perlu ucap terima kasih atau peluk aku? Biasa hero kena peluk. Aku ni pulak kena tolak. Dasar tak kenang, budi!"

...

Writer's comment : Hahaha, apa benda yg merasuk Ash ni?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top