Bab 6 : Kenapa kau datang?
Badanku terasa sakit melarat. Bahuku lenguh, seakan ada batu besar menindih bahu. Aku cuba menggerakkan tubuh ke kiri dan ke kanan, sakitnya tak terperi.
Kepalaku semakin sakit mencucuk-cucuk. Aku cuba buka mata, sukar sekali aku cuba memaksa mata ini untuk dibukan gara-gara kepalaku kini ditular pening yang menggila.
Perlahan dan payah, akhirnya aku berjaya buka mata separa luas. Jantungku hampir hendak terloncat keluar.
Ya ALLAH?
Aku di mana?
Tempat apa ini?
Laju aku meliarkan anak mata ke kanan, gelap dan sedikit kelam. Cahaya mungkin tidak dapat menembusi tempat yang suram dan menakutkan ini. Mungkin juga gudang ini sudah ditinggalkan lama hampir bertahun? Tetapi yang menjadi masalah utama ialah mengapa aku boleh berada di sini? Siapa yang bawa aku ke sini, bukan ke tadi aku hampir nak mati?
Lekas, aku pandang ke bawah, ingin memastikan apa yang terjadi pada diri aku yang sebenarnya.
Dadaku sesak. Tergamam tidak percaya. Deruan nafasku juga kencang tatkala kornea mataku dijamahkan dengan keadaan kakiku diikat kuat oleh tali, manakala kedua pergelangan tanganku diikat di belakang kerusi. Keadaan aku tika ini persis di dalam scene heroin diculik.
Siapa yang menculik aku? Siapa?!
Tak mungkinlah Lya? Takkanlah dia sanggup menculik aku setelah dia memfitnah aku. Takkan sejauh itu dia mahu menganiaya aku?
Persoalan demi persoalan menghenyak imbasan pita ingatan.
Aku kelelahan, semangatku merundum turun bilamana mengenang nasib yang bakal aku hadapi nanti. Ya Allah, selamatkan aku. Hanya itu terdetik di hati.
Krekkk
Aku tersentak kerana tiba-tiba sahaja terdengar bunyi kayu diseret ke lantai. Bunyi jelas berdentum-dentum. Air liur pahit hendak ditelan, nafas mula tersekat di celah kerongkong.
“Are you awake, darling?”
Bulu romaku naik mendadak demi suara asing itu. Dengan lenggok garau itu memanggil aku ‘darling’, sungguh menakutkan. Suara dia juga hampir mencabut nyawaku. Terlampau menyeramkan.
Aku tertunduk, tidak berani angkat wajah. Bibir aku ketatkan serapatnya, tidak mahu sebarang bunyi terhambur dari bibirku. Dalam hati, aku basahkan dengan istighfar bersama doa, sangat berharap tidak akan berlaku apa-apa pada aku.
Daguku dipautnya tanpa amaran dan terdonggak aku secara paksa. Mataku tak dapat lari, terus sahaja mata tajam itu menikamku. Terbias wajah ditutup mask berwarna hitam. Hanya matanya sahaja dapat aku lihat.
“Peliklah betina serabai macam dia pun kena culik. Sewel ke apa bos aku tu.” Gumamnya dengan nada menjengkelkan dan jarinya tidak reti tak habis-habis menunjal dahiku kasar.
“Kau pehal tengok aku?! Semak s***! Bazir masa aku culik betina disguisting macam kau!” Rambutku sedia ditarik kasar dan direntap sepenuh tenaga lelakinya. Aku terjerit nyaring, mengaduh kesakitan yang sungguh menyengat kulit kepalaku.
“Sakit ke? Sikit pun sakit ke, bodoh?!” Tak cukup herdikan, dia melayangkan penampar ke mukaku tanpa belas kasihan.
Pedihnya tak terkira. Rasa nak terkopek isi pipiku, kerana tangan lelaki itu tersarung sarung tangan kulit. Gigi aku ketap menahan gigilan. Geram bercampur takut. Apa salah aku?! Mahu sahaja aku jerit selantang itu. Namun, suaraku hilang dimamah sakit yang membelenggu diriku kini.
“Kotor gila betina ni! Geli aku pegang darah muka dia. Uwekkk!”
Lelaki itu acah menjolok anak tekaknya. Penghinaan dia langsung tidak membawa kesan di dalam hatiku. Aku dah beku perasaan. Dengar penghinaan dia tidak dapat melawan ketakutan yang merajai. Suka hati kaulah nak meroyan macam mana pun.
Mataku tajam, bagaikan disuntik semangat. Aku pun memerhati gerak gerinya. Kalaulah kaki dan tanganku tidak terikat, mungkin aku akan sepak dia. Itu pun kalau aku dapat kesempatan untuk melawan. Ahh, aku kena kuat juga, jangan mengalah.
“Kalau aku kotor, darah kau lagi kotor, berbusuk dan najis!” Terketar-ketar suaraku menghumban jeritan tidak puas hatiku pada dia.
“Kau kata aku kotor… najis?!” Sinis nadanya memulangkan ayat aku. Matanya terjegil luas, umpama mahu meratah aku hidup-hidup. Sejalur itu, dia mendengus kasar dan kayu dari mana wujudnya itu diambil dan di angkat tinggi paras bahunya. Adrenalin di tubuh laju, selajunya apabila dia mendekat, dan…
Kayu itu seakan sedang sedia untuk melibat aku. Aku dapat mengerti dari riak bengisnya itu, dia ingin menghentam tubuhku dengan kayu itu sampai mati, mungkin? Ya Allah, adakah aku tidak layak dikasihani oleh manusia lain? Adakah aku selayaknya dilayan seperti binatang, seperti yang sedang aku hadapi ini?
Mataku terpejam, aku dah mula pasrah. Aku tahu aku hanya perlu tahan seksaan ini sehinggalah nafasku yang terakhir.
“Woi! Kau gila ke, Alex! Belum masanya kau balun badan dia! Kau tak sabar sangat pahal? Aku belum dapat apa yang aku nak, bodoh!” Jeritan umpama guruh berdentum itu memeranjatkan aku. Mata yang tertutup terus terbuka luas, akum ahu juga melihat apa yang terjadi. Siapa gerangan yang memekak tu?
Terbeliak biji mataku kerana dihidangkan aksi lelaki yang dipanggil Alex itu dibelasah pula menggunakan kayu tadi, oleh seorang ellaki berbadan dua kali ganda lebih besar dan tinggi. Figuranya tetap sama, memakai mask di muka, mungkin tidak mahu aku mengecam wajah mereka. Tapi, untuk apa? Bukankah aku bakal dibunuh akhirnya nanti? Ada faedah ke pakai mask tika ini? Ataupun mereka ada helah lain?
Pergelutan mereka terhenti apabila ada seorang lagi makhluk muncul. Jantungku berdenyut lebih daripada sebelum ini kerana aku dapat lihat wajah penuhnya, tetapi yang ngerinya mata sebelahnya buta, Jelas terpampang kebengisan tahap lebih tinggi daripada lelaki-lelaki tadi. Hanya senyuman sinis, hampir mematahkan tulang- temulangku kerana takut yang terlampau. Aura dia terlalu digeruni.
“Woi c*****! Aku nak kau berhambus! Buat pekak telinga aku dengar anjing menyalak! Berhambus sebelum aku pancung kepala kau!”
Sekali hembus sahaja, dua ekor makhluk itu terkial-kial bangun dan berlari macam tak cukup tanah meninggalkan tempat ini.
Aduh, aku dah rasa nyawaku pula bakal dilanyak oleh dia.
“Apa pasal muka takut snagat? Relax, just relax. Aku tak makan kau. Aku nak…” Bicaranya mati dan tangannya tiba-tiba menjalar di seluarku. Terpekik terlolong aku menjerit meminta tolong, aku tak rela! Namun, jeritan itu tidak jadi bersambung apabila serta mereta ada satu objek di keluarkan di kocek seluarku. Rupa-rupanya dia mahu menyambar handphone aku.
“Kau bodoh sangat jerit-jerit apahal? Huh? Menyusahkan s***!”
Dia bertinggung depan mataku. Matanya ralit melihat entah apa di dalam handphoneku itu. Aku cuba kawal nafas suapaya lebih teratur. Gerak kelajuan jantungku hampir membuatkan aku kehilangan separuh nafasku. Tenang, tenang Ara!
“Apa benda s***! Contact ada 3? Last call dari dua number takde nama. Kau memang takde mak bapak ke, hah?!” Jerkah dia lantang, sampai terhinjut bahuku. Kepalaku tergeleng kecil. Memang aku tiada keluarga. Kalau adapun kenapa? Kau nak mintak duit dengan dorang ke? Pertanyaan ini sekadar aku desirkan dalam hati.
“Argh, lantak! Maybe number ni ada kena mengena dengan kau. Call sampai beratus.”
Aku tak tahu apa yang dia fikirankan. Untuk apa call number yang aku tak save contact. Jangan dia call number pejabat sudah. Memang tidak akan dilayan langsung! Sia-sia kerja namanya. Buang masa. Hal ini kerana tiada siapa kesahkan wanita sehodoh dan sebodoh aku! Tiada siapa!
“Kau dengar baik-baik. Bukak telinga kau luas-luas. Aku dah culik betina ni. Kalau kau nak dia selamat, aku nak kau datang sebelum pukul 12 tengah malam ni. Aku tak kira, seminit kau lambai. Lunyai aku kerjakan dia! Mayat dia bakal kau dapat!” Gertak lelaki itu dengan nada bengis yang betul-betul menjerat jiwaku. Giginya dikertap-kertap bagaikan mahu menelan mangsan hidup-hidup. Lututku sudah menggeletar, dan sedikit masa bakal becerai dari badan kerana ketakutan yang makin lama merobohkan kekuatan yang cuba aku pahatkan tadi.
“Hahahahaha, kau tak percaya?! Kau nak aku bagi bukti?! Kau nak bukti?” Rambutku diramas kasar, dan direntap berulang kali.
“S-sakit! Sakit!” Aku mengaduh kesakitan. Tak tertahan. Anak tekakku serasa mahu terjolok keluar. Tak terdaya menahan keperitan yang semakin mencucuk urat saraf kepalaku.
“Kau cakap dengan jantan b****** ni! Cakap nama kau dan mintak tolong sekarang!”
Air mata tergenang dalam kelopak, ianya turun mengalir kerana sakitnya deraan kejam lelaki itu. Aku tak dapat tahan, dan terpaksa ikut sahaja kata dia.
“Aku Halimara! Aku Ara! Siapapun kau, tolong aku! Tolong! S…sakit! S…sakit!” Rayuku bersungguh-sungguh. Aku tidak peduli siapa di talian. Aku sangat berharap orang itu dapat menghulurkan simpati, walaupun harapan itu aku tahu tidak akan berlaku. Siapa nak simpatikan aku? Tiada.
“Kau nak aku lepaskan dia?! Hahahahaha. Bodoh! Baru sekarang kau percaya. Okay, aku boleh lepaskan dia tapi dengan syarat aku nak 100k malam ni. Cash! Deal?”
Kepalaku dilepaskan jua tetapi dengan tolakan kasar dan kuat. Setelah itu, jantan itu berlalu meninggalkan aku. Oleh itu, aku tidak dapat mendengar perbualan dia dengan manusia yang aku tidak tahu di dalam talian itu. Aku hanya mampu berdoa andai ada insan yang sudi membantu aku, itu merupakan suatu keajaiban yang tidak pernah berlaku disepanjang hidupku.
…
Bunyi bising di luar mengamit pendengaranku. Aku pandang ke depan, cuba mengumpul tenaga untuk melihat apa yang terbentang. Entah mengapa, aku dapat rasakan bunyi itu menandakan kehadiran seseorang untuk menyelamatkan aku. Argh, bodohnya aku kerana masih berharap.
“Wow, hero dah sampai! Laju gila, bro!”
“Mana Ara?! Mana?!”
Suara seorang lelaki. Kenapa macam pernah aku dengar?
“Aku dah bunuh dia. Sebab kau lambat sesaat. Hahaha… Kasihan lu.”
Apa yang terjadi ni? Betul ke lambat sesaat? Gila betul otak mereka. Sesaat pun dikira lambat?
“Hahahaha. Kau pegang jantan ni. Aku nak kasi habuan tersedap.”
“Arghhh!!!” Jeritan kuat itu mula bergema senyaringnya sehingga bergema di ruang gudang ini. Serentak itu ada tubuh seseorang terhumban di depan mataku. Aku belum nampak siapa gerangan itu kerana mataku sedikit kabur. Disisinya tercampar beg besar. Seorang konco membuka zip beg itu dan ketawa berdekah-dekah.
“Gila banyak s*** duit! Serius tak sangka mahal juak betina hodoh ni, kan. Ingatankan murahan.”
Lelaki yang terbaring itu mula bangun perlahan-lahan. Dan, mataku hampir terkeluar dari soket tatkala wajah Ash tersiram di deria penglihatanku.
Hah? Apa dia buat kat sini? Apa si setan ni buat? Kenapa dia datang? Adakah ini rancangan dia, atau...
“A-aku…” Suara dia ditelan tanpa dapat dilauhkan apabila tubuhnya disepak-sepak oleh 2 konco berbadan besar. Tidak cukup itu,s eorang konco memukul Ash dengan kayu besbol.
Aku tak tahu hendak bereaksi bagaimana. Apa masalah semua setan ni? Bukan ke Ash dia datang bawa duit. Kenapa pula dipukul sekejam ini?
Aku nampak Ash cuba melawan, dan bangun… Tetapi malangnya kakinya dipijak dan disepak-sepak sehingga Ash terjerit lantang.
“Hahahahaha. Amacam sedap tak? Siapa suruh kau datang selamatkan betina ni. Tuan aku dah warning awal. Siapa yang selamatkan betina ni, nak jadi hero sangat. Habuannya, kena seksa dulu, dan kena lanyak pulak nanti. Amacam betina kau suka tak tengok hero kau nak mampus? Suka?”
Aku tak tahu. Dia bukan hero aku. Dia bukan nak selamatkan aku. Tak, tak mungkin dia nak tolong aku. Tak mungkin juga setan yang menghina aku selama ini, yang menghancurkan maruah aku, yang menyepah aku petang tadi telah datang untuk selamatkan aku. Itu sangat mustahil!
“Ash, kenapa kau datang? Kenapa?! Aku ni hanya sampah yangkau ludah petang tadi. Kau layan aku macam binatang! Kau hina aku! Tapi, kau datang selamatkan aku! Kenapa?!” Aku menjerit menghamburkan apa yang aku rasa.
Konco-konco itu menghentikan tindakan kejam mereka, salah seorangnya datang mendekati aku dan kayu yang terlekat sissa darah Ash itu mula diangkat tinggi.
Aku mula pasrah, biarlah jika mereka ingin menghentam tubuhku pula. Mungkin ini peluang Ash untuk melepaskan diri, itupun jikalau dia masih larat untuk bergerak.
“Kau nak tahu dia hero kau atau tak? Just enjoy your sight, now.” Kayu dihayun dan…
Mataku tidak sempat tertutup, tubuh Ash tiba-tiba menerpa dan terus mengepungku.
“Argh!!!” Itu jeritan Ash kerana tubuhnya dihempas dengan kayu. Ada darah mengalir di tepi bibirnya. Dan, dia terketar-ketar kesakitan.
Air mataku menitik tanpa sedar melihat kekejaman di depan mata. Walaupun aku mahu dendamku terlunas dengan melihat Ash menderita, namun hati aku tetap tidak kuat melihat seorang insan dipukul sekejam ini.
Aku mencari matanya yang sedikit kuyu dan memerah.
“K-kenapa k-kau d-datang?” Soalku tergagap dan hampir tidak terkeluar suara halusku.
“A-aku… m-ma…”
Tak sempat aku dengari bait katanya itu, tubuhnya rebah menghembap aku tika satu lagi ayunan menghentam bekalakngnya. Aku terkesima apabila terbayang kembali detik ketika matanya terlindung sinar yang tidak aku mengerti. Apa sebenarnya yang ingin dia perkatakan?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top