Bab 5 : Kau tunggu

Mataku sudah menjajau mencari sesuatu. Aku perlu selamatkan Lya. Itu tekadku. Tubuhku menggigil kerana ketakutan membayangkan Lya bakal diratah oleh lelaki jahanam itu.

Tidak fikir panjang, aku mencapai batu sederhana besar, kebetulan bergolek di hujung kasutku. Tanganku terketar-ketar cuba mengangkat tinggi-tinggi batu separa kepala, ingin menghentam ke atas kepalanya. Namun, belum sempat batu itu mencecah rambutnya, ada tangan kekar lain menarik tubuhku secara drastik.

Aku terpekik terlolong macam orang tidak siuman, meminta pertolongan. Merenik air mataku laju menuruni pipiku yang cengkung, tatkala menjamah figura Lya dikerumuni dua lagi lelaki bertubuh sasa, besar dan tinggi.

Ya ALLAH, selamatkan Lya!

Aku mohon, selamatkan dia!

Aku meraung dalam hati, bersungguh.

“Lepaskan aku, setan! Lepaskan! Kau jangan cuba apa-apakan Lya! Kalau kau sentuh dia, siap kau! Aku bunuh kau! Aku bunuh!” Aku memaki hamun sambil meronta-ronta dengan sepenuh tenaga yang aku ada. Lelaki berkumis tebal itu mencampakkan muka bengisnya, terus sahaja dia menghempas aku sehingga aku terjelopok jatuh di tepi jalan.

Sakitnya, Ya Allah. Aku cuba bangun, tetapi kesakitan yang menular di tulang punggungku tidak terkira. Sungguh zalim jantan itu, tiada peri kemanusiaan langsung! Durjana!

Bibir lelaki itu bergerak dan tercarik senyuman jahat. Dia mendekati aku secara dekat dan akhirnya hampir kepadaku.

Aku mencuba melawan sakit ini semampuku dengan berundur kebelakang sedikit demi sedikit. Aku tak rela menjadi habuan dia! Aku tak rela!

Panggg

Tidak semena-mena pipiku ditampar kuat. Pipiku terasa berpijar, sakitnya bukan kepalang. Pedihnya bukan sedikit, terlalu menyengat sampai rahangku kebas.

Panggg

Sekali lagi, pipi belahku dijadikan habuan tangannya tanpa rasa kasiha. Malah, dia menyeringai tawa sehingga bergema bunyi ledakannya di kawasan lorong ini.
“Sedap? Kau nak lagi?” Suara garau milik lelaki jahanam di depan mataku mula meninggi. Hampir pekak telingaku menerima jerkahannya. Aku menggeleng lemah, tidak mampu bersuara. Aku sungguh mahumelawan, namun kudratku seakan sirna dalam sekelip mata. Mengapa aku selemah ini?

Tudung yang membaluti kepalaku direntap kasar, tidak cukup itu dia terus merentap rambutku sehingga ada helaian rambutku terurai di celahan jarinya. Gigiku terketap kuat, menahan gigilan gara-gara ketakutan yang membelenggu diriku. Ya Allah, selamatkan aku daripada nafsu serakah manusia bertopengkan syaitan ini! Aku mohon.

Dengan daya yang aku paksa kerah, punggungku cuba aku engsot ke tepi, namun ianya sia-sia kerana rambutku ditarik sehingga wajahku terdongak ke atas. Aku tahu, kini tiada jalan untuk aku larikan diri. Laju air mataku merembes keluar menangisi malapetaka buruk yang bakal berlaku kepadaku.

“Kenapa muka kau buruk sangat? Eee, jijiklah aku nak rogol kau! Geli! Tapi takpe, aku tak kesah asalkan aku dapat benda alah lain. Mana tahu lepas rogol kau, aku dapat korek buah pinggang kau. After that, organ kau yang lain. Hahahaha, kayalah aku lepas ni!”

Dia ketawa berdekah-dekah, mungkin sudah membayangkan perkara kejam itu dilakukan kepadaku. Rambutku dia perlakukan macam binatang, terhuyung hayung haying tubuhku tidak dapat melawan. Peritnya kulit kepala, macam nak tercabut helaian demi helaian rambutku kerana perlakuan kasarnya. Aku menangis semahuku, tak tahu untuk pertahankan diri aku lagi bagaimana, andai riwayatku berakhir di sini. Izinkan aku berdoa. Ya Allah, selamatkan Lya, dan korbankanlah sahaja aku jika ini takdir yang tertulis. Aku rela, kerana dari awal aku sedar aku tidak layak menumpang hidup di bumi ini. Tiada apa yang tinggal lagi di sini melainkan kesengsaraan di caci, di hina dan dipersendakan oleh semua orang di sekelilingku. Namun, kau hadirkan Lya walaupun itu cuma sebentar. Dapatlah juga aku merasai perasaan mempunyai teman. Oleh itu, Ya Allah. Aku mohon jangan hapuskan insan sebaik dia, biarkan sahaja riwayatku sahaja tamat. Itu permintaan terakhirku.

Kedua tanganku ditekap ke atas jalan tar, tubuhku jatuh dan segera dihempapnya. Ya Allah, selamatkan Lya.  Hanya itu terdetik di hati. Aku meangis lagi mengharapkan doaku termakbul.

Bibir lelaki durjaan itu menurun hendak mendekati bibirku. Aku menutup kelopak mata serapatnya, lalu bibir ini dikemam seutuhnya. Aku tidak rela!

Tanpa aku duga, tubuhku terasa ringan dan kedua-dua belah tanganku sudah lepas bebas. Aku terus buka mata seluasnya, dan mataku menangkap figura seorang lelaki menumbuk dan berlawan dengan lelaki itu.
Jantungnya seakan ingin meluruh tatkala terpandangkan wajah menyinga Ash. Aku terkesima. Hah? Macam mana dia boleh berada di sini? Macam mana dia tahu aku dalam kesusahan?

Kerutan di dahiku mula terpeta kerana aksi mereka aneh. Kenapa mudah sahaja lelaki berbadan besar itu menyerah kalah, dia seolah-olah rela ditumbuk, serangan bertubi-tubi juga ditadah sahaja. Takkanlah badan sebesar gajah itu boleh selembik itu?

Dalam beberapa minit menyaksikan mereka bergelut, aku bagaikan tersedar sesuatu yang mustahak. Lya, Lya! Macam mana dengan dia?

“Ash, tolong Lya! Dia hampir kena rogol dengan jantan lain! Tolong dia!” jeritku selantangnya. Aku masih lagi terduduk, tidak mampu bangun. Maka, lebih baik Ash sahaja menolong Lya memandangkan kudratku pasti tidak setanding Ash untuk berlawan dengan tenaga makhluk perosak yang lain.

Ash menghentikan tumbukannya, dia meluru ke arahku. Di depanku, dia mencangkung dan matanya rakus meneroka keadaanku yang tidak terurus. Rambutku jelas sudah terpampang di hadapannya, malunya! Aurat aku! Aku sudah menutup aurat sepenuh, kali ini bukan kerana lelaki. Tetapi niatku untuk berubah. Aku tidak munafik seperti dahulu kala. Aku tidak mahu sebarang lelaki melihat mahkotaku.

“Kau okay tak ni?”

Aku diam membisu. Sebenarnya lebih kepada tidak percaya kerana tidak terlintas langsung soalan sebegitu terpacul di bibir lelaki yang paling aku benci dalam dunia ini.

“Kau tak payah kesah pasal aku. Pergi tolong Lya! Dia dekat lorong sana tu! Selamatkan dia!” Aku menolak tangannya yang naik hendak menyentuh rambutku. Gila agaknya.

“Kalau aku tolong dia, kau macam mana? Takkan nak biarkan?”

Tangannya meliar pula di bahuku. Mungkin mahu membantu aku bangun.

“Tak payah! Kau pergi je, aku bukan siapa-siapapun pada kau! Kau kan bencikan aku. Lebih baik, kau selamatkan Lya! Kalau tak, aku bunuh kau!” Aku ugut biar dia sedar tentang keselamatan Lya lebih utama daripada aku. Lya kekasih hatinya, dan aku pula musuh dia. Dia jeda seketika, matanya memerhatikan aku dan jarinya membetulkan rambutk depanku yang berserabut. Dan, tidak ku sangka dia salut kepalaku.

“Kau tunggu sini. Kalau jadi apa-apa kau jerit je kuat-kuat. Faham, tak?”

Aku hanya mengangguk walaupun sejujurnya aku tidak mempercayai Ash akan mempedulikanku. Entahlah apa yang merasuki dia sehingga dia membantuku tika ini. Mungkin juga dia simpati kepada aku? Argh, merepek sungguh.

“Ash… sa…ya… be…tul… tak sangka Ara aniaya saya macam ni. Saya dengar sendiri, jantan yang hampir rogol saya tu cakap. Ini semua arahan Ara… hiks…” Suara Lya kedengaran lirih menyentuh halwa telinga. Tiap bait yang dilontar menyengat jiwa. Aku terngadah. Mataku terus mencari mata milik Lya. Namun, Lya bijak menyembunyikan wajahnya. Dia sembunyi belakang bahu Ash. Aku nampak seluar Lya koyak rabak dan tubuhnya diselimuti dengan kot Ash.

“Kau buat apa ni, betina? Gila ke sanggup jadikan hati busuk kau sebagai raja, sanggup kau buat Lya macam ni?! Kau takde otak ke, s***!”

Terhenjut tubuhku kerana menerima jerkahan Ash. Ya Allah, tuduhan apa yang sedang aku hadapi ini? Kenapa, kenapa Lya memfitnah aku? Kenapa?! Apa salah aku pada dia?

Aku terdiam seribu bahasa. Fitnah yang dilempar oleh Lya menjadika seluruh tubuhku menggigil, tidak ku sangka Lya yang ku anggap baik rupanya ada motif lain berleluasa dalam hatinya. Teganya kau, Lya! Hendak sahaja aku melawan semua kata-katanya, namun ianya membazirkan air liur sahaja. Dia pasti akan memekakkan telinga daripada mendengar penjelasanku. Dia juga lebih memilih mempercayai kekasih hatinya berbanding aku. Aku kan sekadar makhluk paling jahat dan berhati busuk seperti yang di canang oleh dia selama ini, kan?

Panggg

Sekali lagi, aku ditampar. Tetapi kali ini daripada Ash. Tanpa dapat mengawal reaksi, bibirku tersungging senyum perit.

“Kalau aku yang buat, kenapa muka aku berbirat, Ash? Cuba kau jawab?” Lemah dan tersekat-sekat suaraku menyoal dia.

Mata helangnya menikam anak mataku kejam. Aku nampak api kemarahannya persis peristiwa lampau. Aku pasti akan dihina dan bakal diperlakukan selayak binatang. Argh, menyesal kerana terdetik di hati bahawa Ash mempunyai sifat kemanusiaan. Ternyata telahanku tadi silap. Manusia ini tidak akan berubah sedikitpun!

Daguku didongak. Persis dahulu, dia meludah air liur tepat ke pipiku. Aku tahan gelora perasaan marah yang memberontak ganas. Memang aku sehina ini, kan?

“Sebab kau betina s*****! Aku tahu, sifat dengki kau masih berkarat, dan takkan hilang, betina! Kau heret Lya datang sini, kau paksa dia ikut kau. Dan, kau lancarkan semua ni. Kalaulah aku tak dapat panggilan daripada Lya, aku tak tahulah apa akan terjadi pada dia. Agaknya kau cincang-cincang badan dia dan humban ke laut! Betina s***!”

Aku tergeleng lemah. Sekali lagi aku tersenyum, bukan kerana suka. Tetapi, aku sudah tidak larat menelan hinaan dan fitnah dia. Begitu teruk sekali dia menganggap aku, teruk sangat ke muka aku sampai dia fikir hati aku juga sehodoh itu? Ya Allah, dugaan apa lagi yang aku perlu hadap. Akhiri seksaan ini, Ya Allah.

“Betul kau cakap, Ash. Memang aku jahat, hati aku kotor dan busuk. Kau bunuhlah aku kalau itu yang kau nak. Aku terima. Aku pun dah tak sanggup nak hidup,” ujarku lemah. Tidak perlu aku menolak tuduhan dia. Jikalau aku mempertahankan diriku, sampai nyawa aku hilang pun dia tida akan percaya. Kerana, wanita cantik bernama Lya, lebih layak memiliki hati seindah dan sebersih kain putih. Manakala aku pula wanita hodoh, hati sehitam arang. Tak layan menjadi insan yang mulia. Tak layak!

Pipi belah kiriku pula menjadi mangsa tamparannya. Rambutku direngkuh kasar dan kepalaku ditolak kasar sehingga terhempas ke permukaan jalan tar. Aku tersenyum mengait duka dan perit diperlakukan seteruk ini. Terasa hangat dahiku menerima cecair, aku rasa mungkin itu darah. Aku menutup mata, menahan perih luka itu. Aku rela andai Ash ingin mengasariku, tidak aku kesah jika itu berlaku.

“Ash, dah lah. Kita report polis je. Blah dari sini, jangan pukul dia. Biarlah dia terlantar situ. Kita balik ye, Ash. Lya risau dia akan cederakan kita. Dia kan ramai konco, saya takut…” Itu suara Lya. Penuh lembut dia memujuk Ash, dengan diselangi esak kononnya. Ya Allah, sabarkan aku. Kenapa kau seteruk ini, Lya? Apa salah aku? Sanggup kau buat aku macam ni? Tidak sedarkah kau Lya, aku rela andai kau hidup, aku rela menjadi korban semata untuk menyelamatkan nyawa kau. Tapi, ini balasan kau untuk aku? Tak layakkah aku untuk hidup tenang seperti kau? Aku tak minta disanjung, cukup orang anggap aku manusia yang perlu dihargai kewujudanku di muka bumi ini. Tak layakkah untuk merasai perasaan itu, Lya?

Adakah aku selayaknya tinggal di penjara dan akhirnya menghabiskan sisa nasib malangku di hukum ke tali gantung? Adakah itu kemahuan kau dan Ash?

Aku menutup mata membasuh luka yang bernanah di dalam sanubariku. Dapat aku rasai kakiku disepak-sepak sebelum akhirnya aku tidak lagi dengari suara dua manusia “mulia” itu. Mungkin nyawaku sudah diambil Tuhan?

























Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top