Bab 26 : Tak rindu?
1 bulan kemudian
Birai mata basah lagi, turun lesu di pipiku. Bantal kebasahan meresap di pipi belah kanan. Terkerdip-kerdip mataku menahan air mata daripada terus mengalir.
Hujan di luar tingkap mengamit rasa sayu di hati. Kesedihan sedang membelenggu diri, ianya sangat mencengkam jiwa. Kenapa aku terlalu sedih sedangkan tidak sepatutnya aku alami sedih ini?
Rintik hujan yang menyembah bumi kelihatan menyenangkan tetapi tercela gundah yang tiada berpenghujung. Mungkin ini naluri seorang isteri, walaupun tidak dianggap, walaupun diseksa, walaupun dihina. Jika itu suami kau, tetap juga kau risaukan diri dia. Tetap juga kau mahu suami kau dalam keadaan baik-baik sahaja.
Bodohnya perempuan, bukan? Mudah sangat jatuh sayang.
Kalaulah boleh aku buang, perasaan yang entah bila menghinggap di sudut hati. Alangkah indahnya dunia. Tidaklah hatiku gundah gulana seperti ini. Makan minum, terasa pahit. Tiada selera. Sudah lama aku tidak seperti ini, sejak mak ayah aku meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Aku mengalami kemurangan yang teruk. Siapa yang menjaga aku? Nenek aku. Tetapi hampir 3 bulan, mak cik mula mengambil alih menjaga aku. Kata saudaraku yang lain, nenek sudah tua perlukan rehat secukupnya bukan melayan budak meroyan seperti aku. Mereka fikir aku gila dah.
Senyum pahit aku telan. Ye, kenyataan itu sakit. Terpaksa aku terima walau lukanya menghunus tepat didada. Payahnya untuk buang memori aku dihalau oleh makcikku sendiri gara-gara aku dituduh mencuri.
Argh. Sakit! Sakit sangat. Aku sendiri tidak ketahui bagaimana duit rm100 itu berada di dalam beg sekolahku. Aku yang bodoh, terpaksa mengaku walaupun bukan itu yang aku lakukan. Waktu itu umurku jejak 17 tahun. Lepas habis spm.
Sengsara dunia aku. Terpaksa berdikari mencari wang sendiri, aku dah tekad ingin sambung belajar. Akhirnya, aku berjaya belajar di Kolej Komuniti. Pinjam ptptn. Itu sahajalah aku mampu. Tetapi hampir setahun, payah juga untuk aku belajar apabila semua membenci aku. Tiada yang sudi sejak mereka tahu aku berkawan dengan Zia, pencuri di kolej. Aku tidak tahu kebenarannya, betulkan Zia mencuri atau dituduh. Tetapi, aku tidak pernah menyangka dia akan lakukan itu. Mungkin juga dia dituduh, ataupun dia terpaksa mencuri kerana keluarganya juga susah. Tidak berduit. Adik beradik pula ramai juga.
Astagfirullahalzim. Ya Allah, moga dia dikurniakan hidayah. Aminn. Hanya doa penghubung aku dengannya. Sudah lama tidak aku ketemu dirinya. Rindu memang tidak usah cakap. Walaupun dia kadang-kadang perangai dia pelik, aku tetap sayangkan dia sebagai sahabat kerana hanya dia sahajalah yang kawan yang paling rapat aku ada sejak melangkah ke alam Kolej.
"Ara..."
Lamunanku terhenti serta merta, aku seka air mata. Mata kembali aku katup, mahu pura-pura tidur.
Bahuku disentuh lembut oleh seseorang. Aku tetap membatukan diri. Mendengar suara itu cukup buat hatiku makin sayu.
Aku tak nak menangis depan dia.
"Ara tak nak jenguk Ash?" Soalan mencarik ruang tenangku. Tak habis-habis pasal Ash. Kenapa aku perlu tengok anak dia? Kenapa aku perlu jenguk Ash sedangkan dah terlalu lama Ash beku tidak sedarkan diri. Apa gunanya lagi aku tengok mayat hidup itu?
"Ara... mama rasa Ash tunggu Ara... Tadi mama tengok mata dia basah lagi, mungkin dia rindu Ara. Ara dah dua hari tak jenguk dia..." Lirih dan mendayu mama meluahkan perasaan sedihnya kepadaku.
Aku mula sebak. Dadaku dah berat dengan perasaan sedih. Tak mungkin, Ash rindukan aku. Dia, tak mungkin. Dan, kenapa dia masih tak sedar-sedar? Dia nak seksa aku ke? Nak seksa aku dengan cara begini pula? Aku kecewa dengan dia. Aku benci dia!
"Ara, Ara tak rindu Ash?" Mama masih tidak mahu mengalah mungkin. Kepalaku yang bersalut tudung, diusap penuh kasih dan dalam diam dia cuba memujuk hatiku.
Tangisku hampir pecah. Entah mengapa mendengar pertanyaan itu bagai meragut dukaku lebih perit. Sakitnya terpaksa tahan tangisan.
"Mama tahu Ash tak layak jadi suami Ara. Dia jahat pada Ara. Tapi, sayang. Dia masih suami Ara. Baik buruk dia, Ara tetap isteri Ash. Dia perlukan sokongan Ara. Dia perlukan Ara sentiasa. Dia tengah melawan sakit dia, Ara. Sendirian. Seorang diri. Ara tak nak sokong dia sebagai isteri?"
Hening. Suasana senyap seketika.
Tiba-tiba bunyi esakan menyerbu pendengaranku. Tangan mama juga terhenti daripada mengusap kepalaku.
Aku gigit bibir tahan sebak semampu mungkin. Aku faham, rawan seorang insan bergelar ibu. Pasti dia kecewa melihat perangai menantu seperti aku. Degil dan bebal. Tidak mahu dengar kata.
Tetapi, hati aku sakit apabila mengenang kembali kekejaman Ash terhadap aku. Mahu sahaja aku doakan dia mati. Tetapi, benci yang aku baja itu tertimbus sedikit demi sedikit apabila ada perasaan lain mula menjalar sejak kejadian Ash lafazkan kalimat itu.
Aku gila!
"Ara... Mama tak sanggup tengok dia koma lama-lama. Mama teringat dia dulu, dia koma 2 minggu. Teruk muka dan badan dia. Tapi kali ni, keadaan dia lebih teruk. Dah hampir sebulan dia tak sedar. Bahu dia, kaki dia kena tembak. Ya Allah, mama tak sanggup. Mesti dia sakit sangat. Mama tak nak hilang anak mama. Ara, tolong mama. Tolong maafkan Ash, mungkin ini berlaku sebab dosa dia buat pada Ara."
Aku beku dan tekup bibir dengan tangan. Aku tak nak menangis kerana Ash lagi. Memang layak bukan dia terima hukuman berat ini? Segala sakit aku telah dibalas setimpal oleh Allah kepada dia. Kenapa perlu aku doakan Ash sembuh?
"Ash dah lama terseksa, Ara... Ash dulu tak baran macam ni, Ara... Sejak Tia mati, dia jadi begini, sayang... Dulu, dia lelaki yang baik. Dia anak mama yang baik, sentiasa jadi penyejuk hati mama. Mama sayangkan dia, sangat-sangat. Mama tak nak hilang dia. Cukuplah jarak kami sejak peristiwa itu. Mama tak nak jauh lagi daripada satu-satunya anak mama..." Hujung suaranya terus patah dengan tangisan makin kuat terhambur.
Terburai air mata kali ini, tidak dapat aku sekat lagi. Tubuh ini lemah, tapi aku cuba bangkit. Pipi mama aku cuba usap, hancur hatiku melihat wajahnya dah basah lencun dengan air mata. Aku tak sampai hati, sebab aku pernah menangis seteruk itu apabila kehilangan mak ayah aku. Aku tahu sakit keperitan itu bagaimana!
Mama tarik tubuhku kedalam dakapannya. Dia menangis semahu-mahunya di atas bahuku. Aku juga tak dapat tahan tangisan, biarlah aku membasuh segala duka dan lara ini. Dan, biarlah aku berkongsi kesakitan bersama mama.
"A...ra... maafkan a-anak m-ma...ma..." Rayuan sayu mama yang tersekat-sekat itu meruntuhkan egoku. Aku tewas. Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya tidak dapat aku tolak.
"Jenguk Ash untuk mama."
Aku menahan sendu, dan angguk dalam kerelaan.
...
"Assalamualaikum, Ash."
Bergetar dan sedikit perlahan aku memberi salam. Bunyi mesin yang tiada hentinya itu menghadirkan rasa sebak.
Tubuh Ash yang terbaring kaku dipandang lemah. Mataku sedikit kabur, air mata dah menoda pipi. Isteri mana yang sanggup melihat keadaan suami begini?
Tangan cuba meraih tangan Ash yang longlai di sisi tubuhnya. Namun, aku tarik semula. Aku tak nak dia tahu aku sentuh dia, nanti bila dia sedar mesti dia persoalkan. Akukan tak layak untuk dia. Dia pernah kata dia jijik dengan aku.
Allahu. Mengalir lagi air mata.
Aku tak sanggup. Walau jahat mana pun dia, dia suami aku! Kenapa aku masih fikir dosa silam dia pada aku? Bukankah aku perlu maafkan dia agar dapat memudahkan urusan doa mama dan doa aku kepada Maha Pencipta.
Ya Allah. Ampunkan hambaMu. Aku alpa, aku lupa bahawa nabi pun ampunkan umat. Aku pula hanya insan hina, kenapa masih berdegil tidak mahu memaafkan kesalahan suami sendiri? Suci dan bagus sangat ke diri aku ini sehingga berlagak tidak mahu memaafkan?
Aku tatap semula wajahnya, tangannya aku genggam cuba menghantar kehadiran aku di sini untuknya. Aku isterinya, yang dihina ini datang untuk dia. Aku di sini datang untuk mendoakan dia dan memaafkan dia. Sedarkah dia tentang ini?
"Ash, aku datang... Aku Ara, isteri kau..." Sedikit teresak, aku kemam bibir. Kenapa jiwaku lemah sekali tatkala mata ini merenung wajah pucat tidak bermayanya?
"Bangunlah Ash--"
Tak dapat kawal. Aku makin teresak-esak, bahuku terhinjut menahan tangisan yang kian lebat. Aku sendiri tak tahu mengapa aku boleh beremosi sebegini hari ini.
"Ma...ma... tunggu... kau..."
Dadaku sakit, tangan sebelah makin mencengkam tangan Ash. Tangan sebelah tanpa sedar mengusap pipi Ash. Sejuk.
Aku menunduk, air mata menitis tiada henti.
"Aku pun..." Tak sanggup aku habiskan ayat, dahiku melurut di atas bahu Ash.
Kalau kau mati, siapa nak cari gaduh dengan aku lagi, Ash?
...
Writer's comment : Sedih ke? Komenlah sebelum saya matikan Ash. Haha. Kejam ke saya. 😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top