Bab 24 : Langkah mayat aku!
Bab 24
"Wei Ara... Bangun..."
Aku terjaga, mataku terus terbuka kerana terkejut apabila ada suara berbisik.
Mataku hampir nak terkeluar dari soket. Apa pasal gudang buruk ni terhidang lagi depan mata? Malang apa lagi aku kena hadap ni?
Kepala aku cuba gerakkan. Pergh, sakit gila kut macam ada orang ketuk kat leher. Sengal semacam je rasa. Tangan cuba aku gerakkan. Aduh, dah terikat dengan tali pula. Siapa pula yang busuk hati ikat aku ni?
Badanku pula rasa berat, macam ada orang dibelakang aku. Siapa pula? Berat kut, badak mana ni.
"Ara... Kau dengar tak suara aku?"
Eh, suara Ash. Jantan ni ke yang kena ikat belakang aku? But why? Apa yang sedang berlaku. Adakah aku bermimpi di siang hari? Jap, aku mula termenung, dalam fikiran berkejaran mencari kepingan memori tentang apa yang berlaku.
Namun, sia-sia. Ia membuatkan kepala aku makin sakit.
"Ara. Aku tanya ni. Kau dengar tak suara aku? Ke kau pengsan lagi? Kalau tak, jawablah. Aku risau."
Aku sedikit tersentak bila molekul suaranya menyentuh telingaku lagi. Yang merumitkan kepala, apa pasal dia sebut perkataan risau? Buang tebiat ke.
"Apa jadi ni, Ash? Apahal kita kena ikat dan gudang ni, kenapa pulak kita masuk sini lagi." Macam peluru berpandu aku campak pertanyaan yang sedang berlegar-legar di dalam kotak pemikiran. Aku kebingungan menanti jawapan. Tak sedar suara aku boleh tahan kuat. Bahaya tengah menanti.
"Betina s*** tu lah punya kerja. Kau cakap perlahan sikit, kang tak pasal-pasal kau mati awal."
"Siapa? Tia ke?" Aku dah mula cemas. Takut meraja di hati apabila fikiran dah melayang mengingati peristiwa lalu. Bagaimana aku ditampar, dan di kurung seorang diri di sini. Seakan menanti ajal tiba. Kalaulah masa itu Ash tiada mungkin nadi ini dah tiada detik lagi.
"Yes. Betina tu. Kau tak ingat ke, masa aku angkat kau. Konco dia nak tembak aku. Aku baru nak melawan, ada konco lain tarik kau dan letak ubat pengsan dekat hidung aku. Aku dah tak boleh nak lawan. Memang jahanam perangai, asyik menyusahkan aku. Mengacau hidup aku pulak tu. Aku baru nak honeymoon dengan kau."
Selamba betul dia sebut honeymoon tu, aku rasa nak jolok anak tekak dia. Tak habis-habis dengan gatal dia. Tak cukup agaknya dia lunyaikan badan aku ni.
"Kau diamlah. Merepek je tahu. So, motif dia culik aku sekali apahal. Aku tiada kena mengena dengan korang kut. Aku bencilah terbabit sama macam ni. Aku nak bebaslah, penat asyik kena culik. Tak boleh ke bebaskan aku?" Aku luahkan rasa yang membelenggu. Rimas kut asyik nak kena culik aje. Lepas ni, apa pula nasib aku. Kena tampar ke terajang ke. Penatnya nak menghadap benda tu lagi. Sakit tubuh angkara Ash pun masih berbisa, ini hendak ditambah lagi dengan tangan kotor jantan lain pula. Mati terus agaknya aku lepas ni.
"Kau bini aku, of course terbabit sama. Jangan mimpi kau akan bebas kalau aku masih suami kau. Terima aje kenyataan tu."
Ringkas dan padat. Bicara dia tak sah kalau tak menyakitkan hati. Aku pun dah tak tahu nak kutip serpihan sabar di mana lagi. Memang hancur jiwa aku, berkeping-keping macam asam keping.
"Dia nak seksa aku, ke Ash? Seksa kau sorang je tak boleh?" Selamba aku soal, sebab aku rasa tak perlu kewujudan aku di sini. Buat menyemak mata mereka sahaja. Dah lah muka aku hodoh, pakai baju hospital macam orang gila lari daripada hospital. Sekali pandang macam orang tak siuman, dua kali pandang macam hantu mak limah. Dengan rambut serabai, pipi lebam, bibir macam kena kupas. Terkopek dan ada luka sana sini. Haish. Macam mayat hidup. Dengan wujudnya aku makin tambah mata mereka sakit. Jangan sampai mereka tu cungkil mata sendiri gara-gara tak tahan tengok muka aku sudah.
"Langkah mayat aku dulu kalau dorang nak seksa kau. Hanya aku sorang je boleh seksa kau, Ara."
Keluhan berat terlepas setelah dia luahkan bicara. Aku kerut dahi, sumpah ayat drama mana dia plagiat ni. Macam nak bunuh dia je sekarang. Mujur dia dibelakang aku. Ceyh, konon nak bunuh. Macam kau berani sangat, Ara.
Bunyi derapan kaki perlahan meniti di telinga. Makin lama makin mendekat. Paling kuat bunyi tumit tinggi. Maybe 12 inci agaknya, kuat sangat. Dia berjalan atau hentak kaki, ya?
Aku mendongak, mahu juga aku tengok gerangan Tia yang topeng dua muka tu. Bila mengenang kembali bibit-bibit peristiwa di pejabat makin menderam rasa amarah. Memang power gila dia berlakon, tak nampak langsung jahat dia. Muka innocent sungguh. Jikalau dia pelakon, memang dapat anugerah utama. Bravo.
Ternganga luas mulutku sampai tak boleh nak tutup. Gila lawa, sumpah lawa nak mati!
Pakaian tak cukup kain dia memang menyerlahkan lurah dendam dia. Putih gebu. Skirt pendek merah ketat paras lutut dan mini blouse. Pergh, mengancam habis. Aku perempuan pun hampir nak tergoda. Astagfirullahalzim.
Kenapa Tia berubah sedrastik ini? Dulu takdelah teruk macam ni pakaian dia. Ni macam takde duit langsung. Buat baju pakai kain perca ke sampai senteng dan nipis begini. Bukan ke Ash kata dia kaya, salah information ke?
Tia berjalan menghampiri aku. Dua konco dia berbadan besar macam badak berdiri belakang dia, tegak macam nak menyanyi lagu negaraku.
Hmm. Nak gelak ke tak ye. Haish, macam dah sewel sikit kepala aku.
Entah kenapa, perutku kecut menghadapi renungan membunuh Si Tia. Garang betul macam harimau bintang. Jangan dia makan aku sudah, daging aku bukan sedap pun.
Eh, jap. Ash tu mesti dah meleleh air liur tengok pujaan hati dia. Bodoh sangat Ash tu kenapa? Lawa macam ni pun tak nak. Buta hati ke buta mata? Dah taste dia lawa stock macam ni kan, so terima ajelah betina tu. Dua-dua pun perangai lebih kurang je aku tengok. Dua-dua setan.
Pang!
Pedih gila. Apa masalah Tia ni tiba-tiba nak tampar muka aku? Tak kasihan tengok muka aku serupa jamban tak siap ni? Apa lagi nak memburukkan lebam yang sedang melata ni?
"Tia! Don't you dare sentuh isteri aku!"
Terhinjut bahu aku terkejut dengar suara tengkingan Ash. Eh- apa pasal dia nak marah pula, patutnya dia bersorak. Ini kan dia nak? Dia nak aku terseksa, kan? Why dia nak sibuk pulak. Baru aku nak sambung bebel, sebelah pipiku pula ditampar.
Berbisa sampai bibir aku sekali tercalar terkena kuku tajam dia. Tia ni dah berapa lama simpan kuku? Tak reti nak potong? Sakit gila bibir aku!
Hendak sahaja aku menjerit tetapi Ash pula memekak.
"Dia tak bersalah. Kau nak pukul, tampar atau terajang. Buat kat aku semua tu. Jangan buat kat dia. Kau faham, tak Tia!"
"Shut up! Biar I ajar betina hodoh ni sampai mampus. I nak you tengok dia mampus depan mata you."
Dah agak. Lepas ni, jantung aku dah tak bergerak lagi. Aku kena redha ke semua ni berlaku?
Kenapa ye, aku perlu berada dalam konflik mereka. Aku tak bersalah dan tiada kena mengena dalam hal mereka. Kenapa aku pula jadi mangsa?
Pipi aku dicengkam oleh Tia. Paling perit kuku dia tu. Aduhai, berlubang juga pipi aku. Mata dia mencerlung tajam dihiasi dendam kesumat. Aku dah menggigil, bukan takut. Tapi terlampau tak puas hati, kenapa aku yang kena seksa?
"Please, Tia. I sayang you. Lepaskan dia. I janji I takkan abaikan you lagi. I love you, darling," rayuan Ash kendengaran sensual dan menggoda. Serius, tak pernah lagi aku dengar suara dia husky dan berdrama begitu. Drama apa mereka nak tayang depan aku ye? Malaslah nak tengok. Aku tak nak tengok walaupun free. Aku bimbang semua isi perut aku bakal terkeluar.
Pipiku dilepaskan kasar. Dengan perlahan, dia bergerak di sebelah aku. Mungkin nak pergi dekati Ash pula. Cepat betul dia tergoda, lemah iman betul Tia ni. Baru ayat macam tu pun dah cair ke?
"Really? You sayang dan cintakan I? But why you tak kahwin dengan I? Kenapa you kahwin dengan betina muka katak ni? Kenapa?!"
Bingitnya telinga. Cakap tu lembutlah sikit, macam nak terjatuh telinga ni. Muka cantik tapi sayang meroyan dah. Sedih betul hidup.
"I kena tangkap basah. You dengarkan I explain masa tu. I kenalah kahwin dengan dia walaupun I tak suka. Siapa je nak kahwin dengan perempuan seburuk dia. So, I kesian sangat. I kahwin supaya dia tak kempunan nak berlaki. You, please faham I."
Berasap gila telinga. Aku ketap gigi, rahang dah bergerak-gerak kegeraman. Suka hati dia aje mengata aku. Macam aku kemaruk sangat nak berlaki padahal semua ni berlaku sebab dia.
"Ceraikan dia. I nak kahwin dengan you. You cakap you sayang dan cintakan I, so ceraikan dia sekarang juga! I tak nak dia dengan you, I tak suka. Jijik betul bila konco I cakap dia nampak you dengan dia kissing dalam kereta. You, kenapa you kiss dia? You ni takde taste ke. You kata taste you cantik macam I."
Haaa. Bagus sungguhlah dia paksa Ash ceraikan aku. Aku pun memang dah tak sabar sangat. Rasa nak melonjak riang bayangkan lafaz cerai nanti. Maka, terlepaslah aku dari cengkaman manusia setan tu. Ayat last Tia buat aku bingung juga. Aku sendiri tak faham kenapa perlu Ash kiss aku. Ada dua jawapan dia biul, atau dia gila. Macam sama aje jawapan ni.
"Er, Hurmm. Dia goda I, macam mana I nak tahan. I cuma kiss sikit aje, lagipun dia bini I. Tak salah pun. Dia memang bukan taste I, hanya you aje yang I suka, darling. Dah lah tu, you lepaskan dia. You lepaskan I. Kita bincang elok-elok ye, darling. I janji akan ceraikan dia bila tiba masa nanti, you jangan risau. I tak ceraikan dia pun sebab mama I tak kasi. I tak boleh lawan cakap mama I, you tahu kan I tak suka melawan mama I. Dia syurga I."
Skrip sungguh jawapan dia. Penuh muslihat dan penipuan. Sampai menuduh mama pulak melarang hal cerai, padahal terang lagi bersuluh mama yang minta ceraikan aku. Dia tu tak menyempat bawa lari aku. Dasar mulut longkang!
"I boleh lepaskan you aje, biar betina tu kena ikat sorang-sorang." Lengok suara manja dia tu serius menggelikan telinga. Allah. Berilah kesabaran menghadapi tayangan drama tv3 ni.
Tak lama kemudian, Ash dipegang erat oleh Tia. Mereka terus berpelukan depan mata aku. Tak tahulah aku nak rasa apa sekarang ni. Jealous? Tak mungkin. Tapi, dada aku macam ditumbuk-tumbuk. Rasa nyilu. Mereka berpelukan macam drama omputeh tu, lekat habis.
"Dior, kau pergi sebelah betina s****** tu. Aku nak kau perhati dia. Kau kena pastikan dia tengok semua perbuatan aku dengan kekasih aku. Cepat!" Lantang dia menjerit mengarahkan konconya. Lelaki badan sasa tu berlari kut nak mendapatkan aku. Tergeleng kepala aku mendengar bunyi hentakan kuat daripada tapak kasut dia. Macam nak runtuh siut gudang ni.
Lelaki sasa tu dah pegang bahu aku. Eee, merontalah aku sebab jijik betul main sentuh-sentuh. Tetapi, habuannya aku kena tampar. Memang terdiam aku, sakit dia lebih berbisa daripada tamparan Tia. Aku dah kalah, lebih baik aku duduk diam-diam sebelum tengkorak aku patah jadi serpihan nanti.
"Darling, apa you nak buat ni?" Suara Ash jadi tak teratur menyoal Tia. Aku sendiri dipaksa pandang ke depan. Dipaksa tengok segala tingkah yang dipertontonkan oleh pasangan dua ekor tu.
Tangan Tia bergerak memegang erat tengkuk Ash. Wajah mereka mendekat. Terkebil-kebil aku memandang mereka. Apa yang sedang aku tengok ni?
Bibir mereka hampir sekali, macam nak kiss. Tetapi, perlahan tangan Ash menolak wajah Tia.
"Apa ni Tia? Kita haram. Mana boleh kiss, you sendiri tahu kan I tak pernah kiss you. I tak pernah nak sentuh you lebih daripada I peluk you. Kenapa tiba-tiba you buat macam ni? Kalau you tak sabar sangat, kita boleh kahwin okay. You nak buat apa dengan I pun--"
Tak habis lagi Ash bercakap, bibir dia dah dipagut Tia. Aku dah rasa nak terkeluar biji mata. Rentak mereka tu dah macam berlakon drama omputeh, kiss macam tiada hari esok. Astagfirullahalzim. Zina mata betul. Aku cuba elak mata daripada terus melihat, namun si gajah belakang aku pegang kepala aku kuat-kuat. Dia paksa aku tengok maksiat depan mata.
Ya Allah. Aku tak sanggup. Setitis air mata mengalir tanpa aku duga. Kenapa sakit sekali dada aku sekarang ini? Kenapa?
...
Writer's comment : mood tak berapa elok. So, maaf kalau mengecewakan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top