Bab 23 : I want k***, can I?

Bab 23

"Kau ikut je aku jangan banyak songeh. If kau lawan, tahulah nasib kau. Aku akan pastikan kali ni kau lebih sakit dari malam tu. Kau faham?"

Urat di leher Ash timbul semasa dia lemparkan ugutan. Aku dah kecut, tak boleh nak melawan dah. Nasib aku di tangan dia. Jika dia tunaikan apa yang dia tuturkan itu, aku rasa nerakalah yang bakal aku hadapi.

Tak mungkin aku sanggup merasai luka dan kesakitan yang sungguh menyeksakan. Tak sanggup untuk membayangkan kesakitan yang lebih dahsyat daripada malam itu. Tak sanggup.

"Kau faham ke, tak?!" Jerkah Ash lantang. Dahiku ditunjal oleh hujung jarinya apabila aku membisu.

"F-faham..." Lemah sekali aku paksa bibir untuk membalas. Bencinya kerana terpaksa mengalah begini. Ini bukan cara aku, sungguh tak betah lakukan ini.

"Hurm... lain kali, jawab terus bila aku bagi arahan. Aku penatlah Ara nak ulang dua tiga kali. Penatlah, sayang..."

Dia tepuk bibirku perlahan, namun terasa pedihnya kerana bibir ini masih ada luka kerana perbuatan Ash. Argh, stop ingat semula! Stop! Terus tergeleng sedikit kepalaku kerana mahu menghapus tayangan hitam itu di ruangan mata.

"Kau kenapa tergeleng-geleng? Sewel dah?" Dia bertanya, dan figuranya perlahan mendekati aku. Rapat dan menyesakkan dada.

Wajah dia seinci sahaja dengan wajahku. Aku tahan nafas sambil tangan mencengkam kedua tanganku.

"Why you're not looking at me, darling?"

Aku rasa air liur makin kesat. Nafasnya dah menampar halus setiap permukaan kulit wajahku. Serius, aku takut mengenang apa yang pernah Ash lakukan di setiap inci wajahku. Tak ada yang terlepas dari kekejaman dia.

Aku takut. Ya Allah. Tolong.

"I want to kiss you, can?"

Soalan dia hampir membuatkan jantungku luruh. Mata dia dah beradu dengan mataku. Sungguh, aku benci bila tertengok dia. Tetapi, dah tak boleh lari. Dia seakan paku anak mataku ini agar terus meneroka genangan matanya.

Aku rasa aku makin gila bila bibir dia dah bercantum denganku. Kali ini, tidak sekasar seperti malam itu. Sentuhannya lebih lembut dan aku dah terkaku tak mampu nak berbuat apa-apa.

Selang beberapa minit dia lepaskan jua. Matanya pandang bibirku, jarinya mengesat lembut permukaan bibirku yang basah. Dengan gerak perlahan, matanya kembali merenungku semula.

"Don't afraid. I already swear right. I will be more gentle with you, sayang. I will never break my promise if you're being nice girl for me. Remember?"

Aku kelu. Rasa dada nak meletup. Pipiku dah berbahang sebab sebelum ni aku tak waras masa dia kiss aku. Sekarang ni, masalahnya aku sedang normal. Walau dia jahat mana pun, dia adalah lelaki yang pertama sentuh bibir aku macam ni. Aku, tak sangka dia boleh berlembut dengan aku. Aku tak faham apa dalam fikiran dia. Seriously, i can't understand.

"Do you want to know something?" Keluar suara serak-serak basahnya berbisik kepadaku.

Aku sekadar diam macam makhluk tak bernyawa.

"I think, kau nampak bodoh sekarang ni. Kau dah sukakan aku, ke Ara? Asal kau tenung aku macam nak makan aku?"

Secara drastik, aku tertolak tubuh dia sekuat hati. Geram gila. Ada ke patut dia kata aku suka dia? Dia yang buat perangai gatal macam ni, lepas tu tuduh aku pula. Dasar tak siuman!

Dia tergelak bebas.

"Lelaki evil macam aku pun kau suka ke, Ara? You should wake up, dear. Aku benci kau. Ingat perkara ni, sayang."
Sinis sekali perkataan yang keluar. Tubuh dia tersandar malas di kerusi kereta, kepalanya dialihkan pandang muka aku yang hodoh ini.

Menyebalkan muka dia mengejek.

"Kalau benci kenapa tak ceraikan aku?" Aku keluarkan peti suara juga bila dah tak tahan dah. Perasaan takut pun seperti hilang ditiup angin, diganti pula dengan amarah yang membuak.

Dia geleng kepala dua kali dengan gerak perlahan. Hujung bibir digigit sambil matanya tak lepas pandang aku.

Rasa nak cucuk je dua biji mata dia. Dia ingat mata dia tu menggoda sangat, ke? Setakat berwarna hitam, bukan hazel pun.

"Not so easy. Hutang kau belum lunas. And aku belum puas dengan kau."

Rasa nak terbakar telinga dengar.

"Apa maksud kau belum puas? Kau nak buat apa lagi pada aku?!"

Aku dah menjerit, tak terkawal kut rasa sakit hati. Dia melampau sungguh. Dia ingat aku tiada perasaan. Dia ingat aku anak patung?

"Hey, relaks. Kenapa nak marah sangat. Kau jangan risaulah, aku takkan kasari kau macam malam tu. Everything will be change, aku akan layan kau elok-elok."

Penipuan apakah ini. Setan ni kenapa kejap berlembut kejap perangai macam setan baru terlepas penjara. Dia ada penyakit mental ke?

"Kau sakit mental ke, Ash. Cuba terus terang. Kau sakit apa sebenarnya?" Tak berlapik, terus aku sembur pertanyaan.

Dia tegakkan badan semula tanpa memandang aku.

"Cuba kau tengok depan kau. Kau nampak tak lelaki badan sasa tu?"

Jari telunjuk Ash menuding ke arah lelaki yang dimaksudkan. Mataku terus melirik.

Figura lelaki badan besar dan tinggi. Memang sasa. Ia mengingatkan aku tentang lelaki yang menculik aku tempoh hari.

"So? Kenapa dengan dia?"

"Otak kau ni asah lah sikit. Haish. Jantan tu konco si Tia jahanam. Dia ekori aku mana-mana aje. Betina tu kan dah gila, psiko! Mana-mana aku pergi, dia ekori aku. Kalau aku ni gila, dah lama aku bunuh betina tu, bodoh!"

"Seriuslah? Report polis je tak boleh?"

"Huh! Susah cakap dengan orang otak letak kat lutut ni. Dah aku cakap dia baru keluar penjara. Dia banyak duitlah, Ara. Semua benda dia boleh buat. Aku rimas gila, rimas. Fed up! Semua aku buat tak kena! Kepala aku ni rasa nak meletup! Everything is hard!"

"I know. I see. Kau fed up, kau nak mengamuk. So, kau lepaskan semua pada aku. Kau buat aku tempat kau hambur semua kemarahan kau. Macam tu, right?! Kau memang kejam Ash. Kejam. Aku bukan alat, Ash. Aku ni manusia. Aku berhak nak hidup bahagia dan jalani hidup aku macam biasa. Aku tak nak dah hidup dalam permainan kau. Kau kena settlekan masalah kau sendiri. Jangan babitkan aku. Aku tak nak jadi mangsa kau! And one more thing, kalau kau kemaruk dengan nafsu durjana kau. Kau patut langgan pelacur aje. Bersepah aje, cantik-cantik. Ataupun kau beli perempuan mana-mana untuk kau jadikan bahan nafsu kau sampai kau puas. Sampai kau mampus!"

Menggigil aku tahan sebak. Kebenaran dah terungkap. Rupanya Ash lakukan ini kerana dia nak aku jadikan tempat kemarahan dia. Tempat dia lempiaskan nafsu serakah dia. Dan, juga dia rela buat aku begini kerana aku ni dah tiada harga diri depan mata dia.

"No. Aku tak nak pelacur. Aku nak kau je, Ara. Aku nak kau je. Kau tak faham?" Keningnya terjungkit dan pipiku diusap.

Aku naik angin, terus aku tampar muka dia. Rahangnya bergerak-gerak, seperi menahan marah.

"Kau tamparlah muka aku sebagai balasan apa yang aku buat pada kau. Aku tak kesah."

Tanganku dah bergetar. Terlampau sakit dipermainkan begini. Dah tiada peri kemanusian walau sedikit ke dalam hati Ash. Dia tak kasihan ke pada aku? Kenapa aku diuji begini, Ya Allah?

"Kau zalim, Ash. Kau sakitkan aku macam ni sekali. Kau buat aku macam binatang, Ash. Kau zalim." Aku dah teresak-esak. Pedihnya menanggung derita. Air mata yang keluar merambu di pipi. Aku benci menangis depan Ash. Dia tak mungkin peduli.

"Ye, aku zalim. Aku mengaku. Dah lah, tak payah menangis. Aku tahu kau lapar tu mood nak mengamuk aje. Jom masuk hotel, aku belanja kau makan sedap-sedap."

Aku paling wajah dan teruskan menangis. Tak nak dengar dah apa yang dia katakan. Aku nak pekakkan telinga walaupun memang betul aku lapar sangat. Rasanya dah 3 hari perutku terbiar kosong.

"Ara..."

Aku tekup muka.

Suasana hening. Dan, kedengaran pintu dibuka. Aku masih diam tidak berganjak.

Angin luar masuk menerbangkan rambutku yang lepas bebas. Ni Ash punya pasal, dia bukan kira pasal aurat aku. Sesuka hati dia bawa aku keluar dengan rambut tidak ditutup.

Bahuku disentuh dan alih-alih tubuhku dah tak jejak lantai.

Terus ku buka mata, Ash dah mendukung aku. Aku tumbuk-tumbuk dada dia. Geram teramat.

"Turunkan aku, sekarang! Turunkan!"

"Diamlah. Jangan nak memekak. Kau lupa ke aku dah warning awal-awal. Ikut aje arahan aku kalau kau nak selamat. Janganlah jadi bodoh lama sangat, sayang. Penatlah aku."

Marahku mula dah tak terkawal, tangan mencapai rambutnya dan aku tarik sekuat hati.

"Sakitlah!" Ash meraung sakit.

"Nampaknya, drama korang tamat sampai sini." Suara garau yang sumbang mendekat di celah telinga. Aku terkejut sebab bukan Ash yang bersuara. Tingkahku juga jadi terhenti bilamana aku nampak ada sepucuk pistol diacukan di kepala Ash. Oh My God! Lelaki sasa tadi!

...

Writer's comment : Ash dah nak kena tembak gais.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top