Bab 22 : Shh
"Just shut up! Aku tak nak lagi kau call aku! Stop make yourself stupid, b*****!"
Tersentak. Lenaku terganggu mendengar carutan itu. Aku buka mata, terhidang siling berwarna putih. Nafas aku gali, sedikit sesak.
Bila dah tenang, aku gerakkan kepala ke tepi. Cuba mengenal pasti di mana aku berada.
Benda pertama aku nampak.
Ash. Setan.
Dia tengah duduk di kerusi sebelah aku. Sedang tayang muka bengisnya depan handphone.
Argh, dadaku sesak sekali. Sukar bernafas. Udara bagai menghimpit ruangan dada.
Aku takut. Kenapa dia ada lagi depan mata? Kenapa aku tak mati, sahaja? Dan, eh...
Aku alih mata, pandang belah kanan pula. Drip air, wayar air bersambung di lenganku. Sedikit pedih.
Tubuhku memang rasa lemah, tetapi tidak sakit seperti di rumah. Mungkin doktor dah bagi ubat dalam badan aku.
"Kau dah bangun?"
Rasa nak terlompat jantung. Dia nampak aku buka mata? Kenapalah aku boleh termenung lagi tadi, hish bodoh betul. Aku merungut memarahi diri sendiri.
"How? Badan kau sakit, lagi?" Tidak keras, suara dia mendatar menyoalku.
Gigi kuketap, dada ini berombak kencang. Lahar amarah sedang bergumpal-gumpal dalam dada. Tak sangka. Soalan itu keluar, mungkin hendak menyakitkan hati ataupun hendak menyindir aku.
Tanganku disentuh dan digenggam. Aku segera toleh dia, aku cuba rentap tanganku. Namun, dia kemaskan pegangan dengan lebih erat.
"Ceraikan aku!"
Riak dia kosong. Dia buat tak dengar dan perlahan-lahan tanganku pula di bawa ke bibirnya dan dikucup lembut.
Gila! Dia gila! Jijik tahu tak!
"Lepaskan tangan aku, setan!" Terjerit aku hampir seoktaf. Perit ditekak mulai terasa, kemungkinan kerana dah lebih sehari aku tidak menjamah walau setitik air. Aku cuba meronta untuk melepaskan tanganku, namun apa lagi kudrat yang aku ada?
Tangan aku masih dalam pegangannya, dia menjauhkan sedikit bibir dan terus lentur di bibirnya tersinggung sinis. Matanya tajam membalas renungan benciku.
"Thanks for that night. Aku puas."
Aku kelu. Berat rasa amarah menyelubungi aku tatkala ini. Rasa nak menangis sangat. Terlalu sakit. Dia sanggup cakap begini pada aku. Ya Allah. Tangisan amarah bercampur derita aku leraikan di pipi, tak dapat aku tanggung. Aku ingin meraung, menjerit dan segala cara untuk buang kesakitan ini jika bisa.
Hinanya aku diperlakukan sebegini rupa. Adakah aku sekadar sampah kotor?
"Kau dah puas, kan? Please, buang aku. Ceraikan aku atau bunuh aje aku asalkan aku tak perlu tengok muka kau lagi. Cukup itu yang aku nak. Tolonglah..."
"Shhh... Why you are crying, sayang?" Ash menggumam dengan suara dalam, bibirnya tidak jemu menyakitkan hati aku. Jarinya bergerak bermain di bibirku yang sedang bergetaran. Diurut ulas bibirku perlahan. Aku tak tahan, sungguh. Dia seksa aku dengan cara begini, makin hatiku berdarah. Ya Allah, matikan aku sahaja. Aku tak nak hidup!
"Puas hanya untuk sehari, sayang. I need it everyday. Kau masih belum terlepas daripada aku. Aku tak nak bunuh kau, it's become thriller story. I want dark romantic story with you, sayang. Don't you wanna try again? I swear, after this. I will become more gentle for you. I swear, sayang."
Aku pejam mata. Sumpah. Aku nak bunuh dia. Dah tak peduli aku sakit atau badan tengah sakit. Aku paksa diri untuk bangun. Baru nak bangkit separuh, tubuhku jatuh semula. Tetapi bukan di atas katil, namun di dalam dakapan setan itu.
Bau yang sangat aku benci menusuk ke dalam rongga. Aku cuba tolak tubuhnya sekuat yang aku mampu, tapi tanganku dicengkam olehnya. Erat. Sebelah tangan yang masih bebas aku gunakan untuk mencubit isi kulitnya. Tidak sampai niatku terlaksana tanganku lagi satu diikat bersama tangan tadi.
Memang kau menang, Ash sebab aku ni terlalu lemah. Ya Allah. Bantu aku.
"Kau tak kuat mana, sayang. Just jangan suka-suka nak pukul or anything. Duduk diam ajelah, kau kan baru je sehari dekat hospital. Kau nak sakit kau melarat? Effect daripada kerja malam hari tu, teruk sayang. Doktor pun terkejut tau. Bila dia terangkan keadaan kau pada aku, mata dia tu suspect aku ni suami yang suka dera isteri. But, satu gertak aje dia takut pada aku, sayang. Dia tak nak cakap lebih lepas tu blah. Hahaha. Semua tak berani lawan aku. Aku ni setan. Siapa je berani. Kau je yang masih degil, tak nak tunduk dengan aku sebab tu kau kena malam tu. Aku dah cakap elok-elok, masaklah sedap-sedap. But, it's rubbish. And, you want to know something. Kau cakar muka aku dengan dada aku, sebab tu aku makin agresif. Aku tak boleh kawal sebab kau ajar aku supaya agresif. You know, when I do it, I can't control. So, kau setan ke atau aku?"
Dia gelak lepas dan tubuhku bergegar mengikut rentak dia. Hembusan nafasku dah hangat dan terlalu kasar. Macam nak keluar asap. Cakap serupa takde otak.
"Wait, jangan marah dulu. Everything not my fault. Hahahaha. One more thing before I forget, aku nak cakap. Jujurlah aku tak sangka kau ada dara lagi. How impressive. How lucky I got you, baby."
Aku tak kira. Dia dah melampau, aku hentakkan kepala aku ke dadanya. Malangnya, kepala aku yang sakit teramat. Dia terlebih bijak, mengusap kepalaku. Ditiup-tiup ubun-ubunku, sambil dia renggangkan pelukan.
Eee. Apa masalah dia! Tolong jangan jadi fake!
"Kau teringin sangat nak pukul aku? Hmm?"
Dia lepaskan tanganku. Aku pula apa lagi kasi penampar... Dia tadah aje dengan tayang wajah menjengkelkan.
"Fine. Pukullah banyak mana pun sampai kau penat. Sebab tak sakit pun dapat tampar dari perempuan lembik macam kau. Hurmm, macam rasa tampar angin tau." Dia kenyitkan mata dan senyum makin lebar.
Aku geram. Dia cabar aku? Nah, aku tarik rambut dia sampai tubuh aku sendiri jatuh semula ke katil. Sakit okay, memang badan aku dah lemah.
Dia meramas rambutnya dan sekadar membuat muka menjengkelkan seperti biasa.
Aku tarik nafas dan hembus perlahan. Sabar, nanti aku cari jalan untuk larikan diri. Tahulah aku nak buat macam mana.
...
"Cuba cerita pada mama apa jadi? Kenapa lebam teruk leher Ara? Ash kata jatuh tangga, betul?" Puan Melissa pandang aku dengan sepenuh perhatian. Dia datang tadi ketika Ash berambus pergi mana entah. Sampai sekarang tak balik-balik.
Mungkin ini peluang untuk aku buka cerita.
Aku tarik nafas dan hembus. Jangan takut, cerita aje Ara. Ini bukan buka aib suami, ini untuk selamatkan nyawa daripada setan tu.
"Ash--"
"Mama. Mama kenapa datang tak beritahu, Ash?"
Aku ketap bibir, dada yang berdetak kuat perlahan aku lurutkan. Terkejut betul kena sergah. Macam hantu kut tiba-tiba muncul. Memang tak guna. Batu aku nak cerita. Rosak rancangan aku!
Dia tunjuk mata tajam pada aku bila mata kami bertemu. Rahangnya pun nampak mengeras.
"Nak beritahu buat apa. Mama nak tengok menantu mama aje. Ash ada buat tak elok pada Ara, ke? Kenapa lebam macam ni sekali." Leher aku dibelek dan disentuh oleh Puan Melissa. Kemudian, dia nak selak butang baju aku.
Tangan Ash terus menyambar lengan Puan Melissa. Riaknya macam risau. Seriuslah dia takut mama nampak kesan perbuatan dia?
"Mama kenapa nak selak baju dia. She my wife. Ash sorang je boleh tengok, tahu." Alasan dia memang terbaik. Buat drama lebih.
Tanganya ditampar oleh Puan Melissa. Muka mamanya pun dah ketat. Tak puas hati kut, sebab anaknya tak bagi dia tengok.
"Kamu nak sembunyikan sesuatu dari mama, kan? Kamu jangan macam-macam Ash. Mama tak nak Ash jadikan Ara tempat lepaskan baran Ash. Ara ni isteri, bukan hamba abdi. You should know this, Ash."
Nasihat Puan Melissa membuatkan aku tersenyum nipis. Akhirnya ada juga yang sudi sebelahi aku yang sebatang kara ini.
"I love her. Why must I do something that hurting her, mama." Selamba dia berbohong. Aku yang dengar nak termuntah hijau juga di situ. Tak agak-agak nak berbohong. Keji betul perangai.
"Cukuplah Ash. Mama nak kamu ceraikan Ara! Baru berapa hari dia jadi isteri kamu. Tubuh dia lebam. Muka lebam. Tengok bibir dia pun mama tahu, kamu dera dia. Mama tak nak kejam dan bersubahat. Mama tak nak buat anak orang macam ni. Dia pun layak bahagia, Ash."
Aku pandang Puan Melissa dengan riak tidak percaya. Seriuslah mama tahu. Ya Allah, tolong permudahkan urusan aku. Lembut--
"Never! Ash cintakan dia! Ash tak nak ceraikan dia!"
Pang. Tamparan hinggap di muka Ash. Aku hampir nak bersorak riang, tetapi riak Ash bengang habis. Dia dekati aku, dan kasarnya dia tarik jarum di lenganku. Pedih gila. Tak terkata.
Dengan pantas pula, tak sempat aku nak berbuat apa-apa dia dah mencempung tubuhku. Eh, dia nak bawa aku kemana ni?
...
Writer's comment : tak minta byk, vote dan komen "nak update" pun dah ckup.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top