Bab 17 : Tiahani?
Malam itu, aku duduk bersimpuh di atas lantai. Aku sedar aku siapa, mana layak nak duduk atas sofa atau katil dia tu. Aku sekadar termenung merenung lantai kerana tiada apa boleh aku lakukan selain itu. Nak belek handphone, dah ranap berkecai.
Hmm. Nasib aku bila nak jadi baik ye? Telinga aku masih lagi berdengung dengan suara kasar Ash petang tadi.
"Rizq dah takde. Just shut up, jadi isteri aku sampai mampus!"
Sungguh, aku terkejut. Amaran itu, kejam. Padahal sebelum ini, dia kata nak lepaskan aku. Tapi, sekarang suruh jadi bini dia sampai mampus? Bila nak tunggu aku mampus? Ke dia nak bunuh aku?
Aduh, malas nak fikir. Kepala Ash tu bukan boleh ditebak. Kepala ular berbelit agaknya, cakap semalam lain. Cakap hari ni lain. Dah biul!
Kelibat dia keluar dari bilik air membuatkan aku tahan nafas. Mana tidaknya dia selamba macam petang tafi tidak berbaju dan bertuala sahaja. Apa kena entah nak selamba sangat macam tu? Geli tahu tak, asyik tayang body dia tu. Ingat aku terliur sangat, ke?
Bayang dia terasa mendekati aku, tatkala kaki dia selamba berpijak di lantai tempat aku cucukkan pandangan. Relaks lah, kalau dia nak apa-apakan aku lagi. Ada pisau dalam kocek, kau toreh je muka dia. Bisikku cuba cucuhkan sumbu keberanian. Mana boleh menyerah macam tu sahaja. Ini aralah, Ara pantang mengalah!
"Sedap sangat duduk lantai ni? Kau ingat duduk jauh macam ni kau boleh terlepas daripada aku?"
Gulp! Kesat pula air liur. Masih awal lagi nak takut, Ara! Jangan takut setan tu! Jangan takut!
"Kau bisu dah? Mana mulut?" tegur Ash sambil duduk mencangkung. Rambut aku di kuis-kuisnya, dan setiap helaian itu dicium baunya.
Aku terkejung kejap. Sewelnya Ash! Apa dia cuba buat ni?!
Tangannya aku tampar dan segera aku tolak batang tubuh si gatal itu. Aku bingkas bangun, dan destinasi aku ke toilet. Tempat itu sahajalah aku dapat fikir untuk larikan diri.
"Kau kasar sangat, kenapa?! Kau tahu tak sekarang ni kau isteri, aku?!" Jerkah Ash kuat. Entah sejak bila Ash mendekat, rambutku direntap seperti petang tadi. Namun, kali ini tidak sekeras itu.
"Apa kau cuba buat ni, Ash? Kenapa kau nak sentuh-sentuh aku? Kau kata kau nak ceraikan aku! Apa motif kau sebenarnya?!" Tidak mahu kalah, aku hamburkan amarah yang semakin membebankan perasaan. Aku bencilah diperlakukan dan diperbodohkan begini. Apa mahu dia, sebenarnya?
"Kau jangan harap akan dengar lafaz cerai dari mulut, aku! Better, kau tunduk dengan kemahuan aku! Kau tu isteri aku! Aku berhak ke atas kau! Suka hati akulah nak sentuh ke, atau nak buat apapun dekat kau, bodoh!" Pipi aku ditampar kuat. Pedih. Aku cuba mengangkat tangan, untuk membalas. Namun sia-sia, dia bertindak mencengkam kedua belah tanganku. Aku cuba meronta macam nak gila, tetapi dia lebih awal bertindak memeluk aku daripada belakang. Aku dah terpenjara. Ya Allah, tolong aku.
"Relax. Jangan gelabah. Aku bukan binatang. Aku manusia, Ara. Hahaha. Kau tak payah nak takut sangat. Aku belum gila lagi. Aku tak gila. Taste aku masih lagi perempuan cantik, semestinya bukan, kau!"
Dia lepaskan pelukan dan memaparkan senyuman sinis. Senyuman jijik sambil melihat aku atas bawah. Entah, aku tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Aku sedar tu semua, dan aku pun tak ingin dengan jantan keparat macam dia! Taste aku pun bukan mamat setan! Taste aku sweet and charming macam Rizq. Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Dia tak mintak, aku pun lagi tak hingin. Eh, main hentam je peribahasa.
...
Aku tidur kat lantai je malam ni, beralaskan karpet. Bantal pun tiada. Tengok muka setan tu atas katil, memang tak lah aku nak tidur sebelah dia. Aku tahu dia tak mungkin nak apa-apakan aku, tapi tahulah kan manusia mesti sengaja nak ambil kesempatan. Dia mungkin akan main-mainkan aku macam sejam yag lepas.
Baru nak terlelap, aku buka mata semula. Tak boleh tidurlah. Sejuk. Selimut mana selimut? Takde siapa nak selimutkan aku, ke? Seriuslah, sedihlah hidup aku. Kenapalah aku tak ikut cakap Rizq aje, takdelah nasib aku seteruk ini.
Kalau aku mati kejung pun, Ash tu bukan kesah. Aku haraplah cepatlah nyawa aku diambil. Aku rela masuk kubur daripada kena hadap manusia bertopengkan malaun tu.
Baru nak bergolek sekejap, terus terbantut kerana bahu aku dirangkul dari belakang. Aku terkesima. Bau haruman Ash mencengkam deria nafas. Argh, debaran menjelma mengepungku dalam kesunyian malam ditemani deruan nafas kasar Ash. Baru sahaja aku ingin menolak tangannya, kedua-dua belah tanganku di ikat kemas olehnya. Aku tak tahu nak bergerak bagaimana lagi.
"What should I do, when you're beside me. Ara? Boleh ke aku tengok aje rezeki depan mata?"
Argh, sudah. Penyakit gatal dia dah sampai. Apa patut aku kasi pada dia, biar otak dia straight semula.
Sedang fikir dan pura-pura tidur. Perut pula jadi sasaran tangannya. Dia menarik aku lebih rapat di dalam pelukannya. Astaga. Dia ni lupa makan ubat, ke?
Permainan apa pulak dia rancang ni?
"Asal senyap. Kau dah tidur, Ara?" Bisik Ash rapat di telinga, sempat pula tu dia kucup. Suara dia tu kononlah seksi sangat. Padahal kalau aku rakam, sumpah bunyi macam hantu tersepit. Eee... jijik tahu!
"Baguslah kau tidur. Aku boleh buat apa je. Kau bukan tahu pun. Mana tahu kan, esok lusa ada baby. Syok jugak dapat baby awal."
Baby? Loya okay, tekak. Ya Allah. Rasa nak maki. Tapi, aku tahan. Istighfar banyak-banyak, Ara. Dia tu sengaja nak sakitkan hati kau sampai kau rentung. Kau diamkan aje. Doakan mulut dia kena bisul, baru tahu cakap sopan dan kepit-kepit macam mana.
"Ara... aku tahu kau tak tidur lagi. But, just say something, Ara. Aku tak suka cakap sorang-sorang. I hate it. Kau tahu kan, bila aku mengamuk macam mana gayanya. Kau tahu, kan."
Ugut?! Kau ugut aku pulak? Dasar lelaki pengecut!
"Kau nak aku cakap apa?" Okay, aku terpaksa buka mulut jugak. Aku cuba menarik tangannya yang melingkar di pinggang. Sakit betul, dia ingat aku ni batang pokok dan peluk ketat macam ni? Rasa nak putus nafas dah ni. Dah lah bau busuk! Bau rokok! Haruman rokok yang menyakitkan hidung dan jiwa!
"Cakaplah, kau suka aku, Ara. Kau dah lama simpan perasaan sejak kolej, kan. Jujurlah, aku janji tak gelak."
"Kau kenapa perasan sangat? Tak hinginlah aku nak suka kau! Dah lah otak mereng!" Bidasku geram. Memang aku tak suka langsung! Kalau dulu tu adalah sikit, tapi sejak peristiwa ludah tu memang tak lah aku nak suka dia lagi. Manusia yang aku akan berdendam seumur hidup ini. Jarang sangatlah akan berdamai.
"Otak mereng. Hmm. Ye, aku memang mereng. Kau nak tahu tahap mana aku boleh jadi mereng? Nak tahu, tak?"
"Tak nak!"
"Why not. Kau kata aku mereng, kan. Just tengok mereng aku macam mana. Choose one. I k*** you, I r*** you. Or something new that you want from me."
Aku tarik nafas, dan cuba kumpul kekuatan. Aku dah tak boleh, sabar. Dia memang mencabar aku. Tengoklah nanti apa jadi.
"Okay, boleh tunjuklah tahap mereng kau. But, kejap, aku nak ambil something. Lepaskan aku sat."
Tak sangka, dia lepaskan pelukan. Sepantas kilat, aku keluarkan pisau dari poket seluar. Berbekal, cahaya suram dari lampu tidur aku tarik tangannya dan acah ingin menoreh pergeleangan tangannya.
Dia nampak terkejut tetapi bibirnya kembali terlentur tersenyum sinis.
"Aku tak takut. Kelarlah kalau berani. Ara, tak payah tunjuk berani sangat. Aku tahu kau kecut perut. Kau perempuan, mestilah rasa something bila aku peluk dan cakap macam tu, kan. But, aku just main-mainlah. Aku nak kau acah garang macam ni bila mood nakal aku datang. Kau kena ingat, dalam kepala otak kau. I will never touch you, even dalam mimpi! Kau faham?!" Dia lempar pisau itu menjauh dan sempat lagi dia menjatuhkan tubuhku kembali ke lantai. Aku dah termangu macam orang bodoh.
Malaslah nak layan, aku pun pusing badan menghadap kanan. Macam nak tumbuk je bilamana muka dia menghadap ke aku. Boleh pula dia baring sebelah aku? Doktor, tolong kunci dia dalam bilik bedah. Kasi potong badan dia ni. Menyampah sungguh! Segera aku pusing badan kekiri dan jarakkan tubuh hampir mengena dinding. Semak ajela dia ni?! Sempit tahu tak!
...
Ting!
Bunyi handphone dan kerlipan lampu yang menjelma di handphone Ash mengamit pandanganku untuk terus memandang ke situ. Aku toleh Ash yang sedang tidur pulas di sebelahku. Bibir ku gigit geram. Ash memang tak guna! Dadaku menjunam amarah yang sedang menjulang tinggi.
Lekas, aku gagahkan kaki yang longlai menuju ke sisi meja depan sofa. Dimana keberadaan handphone Ash.
Tidak aku peduli privasi atau tidak. Jikalau Ash nak mengamuk pun tidak aku kesah. Aku nak call Rizq, aku nak call sesiapapun untuk menolong aku keluar daripada neraka ciptaan Ash yang setan itu.
Belum sempat aku menaip no Mak Lin, tertera nama "Princess" di skrin handphone. Tidak fikir panjang, aku menjawab panggilan tersebut.
Helaan nafas halus menusuk jantungku. Dan, suara lembut menyapa telingaku.
"Sayang. I rindu you, you kat mana? Kenapa call semua tak angkat. Dah sebulan I tunggu, you. I rindu you, sangat-sangat."
Detak ini kian tidak menentu. Kenapa suara itu seperti pernah aku dengar? Kenapa? Siapakah perempuan ini?
"Kau-kau... Siapa?" Kerana perasaan ingin tahu yang membuak-buak, terpacul soalan itu.
Sunyi di talian. Hampir seminit. Aku resah menunggu. Namun, semua resah hilang bilamana gerangan di sana menjawab.
"Aku Tiahani, kekasih Ash. Kau siapa?"
Terlepas terus handphone di peganganku. Aku terkejut, jantung ini bagai direntap oleh tangkainya.
Tia? Tiahani? Kekasih Ash yang dah mati tu? Ya Allah, seriuslah kekasih dia hidup lagi?
...
Writer's comment : Haha, apa yg anda fikirkan tidak berlaku 😂... So, boleh teka tak betul ke Tia hidup lagi?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top