Bab 10 : Jangan cabar!
"No, aku tak nak cakap dengan kau! Buang masa! Ambik balik kad kau ni!" Dengan senyuman sinis, aku lempar kad dia sampai jatuh ke bawah lantai. Tak tahu lah pula apa jadi, patah ke tidak? Kalau patah pun ada aku kesah?
"Berani kau campak kad aku macam tu je? Dah lama sangat hidup?" Dia membentak geram. Matanya mencerlung garang, tengok macam dia nak mengamuk. Tetapi aku heran apa, malah aku menjeling dia. Ingat aku takut ke?
Mataku terpasak ke sekeliling cafe, mujur tiada customer. Aku mula bergerak ke bahagian belakang, tidak kuasa hendak melayan lelaki mental itu. Lama-lama layan dengan aku sekali jadi gila.
"Kau nak lari mana, hah?!" Jerkahnya lantang. Derap kakinya menapak ke arahku, tiba-tiba sahaja dia sudah berada di sisiku. Dengan selamba dia heret aku dan dudukkan aku di kerusi.
Aku tersentak juga dilayan begitu, pantas aku tepis tangannya. Tangan aku pula terasa ringan je hendak melekat ke pipi dia. Tanpa hiraukan aku, dia terus masuk ke bahagian dalam tanpa toleh kiri kanan. Suka hati kepala dia je main serbu macam tu! Sah sewel!
Aku tak betah duduk sahaja, segera aku bangun dan mendapatkan dia. Tapi itulah aku sedikit terlambat, dia dah menyerang siap menjerit dalam tu.
"Mana bos kau? Aku ada hal nak cakap dengan bini aku. Aku nak dia cuti hari ni, kau jangan risau aku bayar gaji kau dua kali ganda untuk hari ni kat bos kau!"
Sedap mulut setan dia je panggil aku bini dia. Sesuka hati dia nak cakap bukan-bukan sampai nak bayar gaji aku double. Berapa jin dah masuk badan ni, heh?
Far muncul, mukanya terpampang pelik. Kerutan dahinya jelas menunjukkan dia tidak faham situasi yang sedang berlaku sekarang ini.
"Far, jangan percaya. Ara belum kahwin. Dia ni orang gila!"
Aku menidakkan, menegakkan kebenaran. Tak nak lah Far salah sangka, dan percaya bulat-bulat bicara Ash itu.
"Kau ambik kad ni! Bayar gaji dia. Cepatlah!"
Habis arahan menggila itu, dia heret aku keluar. Dia fikir aku ini patung tidak bernyawa ke? Kurang ajar betul. Mentang-mentang kuat selamba badak dia je angkut aku sesuka hati. Sakit tahu tak tangan aku dibuatnya.
Aku ketap bibir, masih tanam kesabaran. Dia terus melepaskan aku setelah keluar di depan tempat parking. Tanpa teragak-agak aku melayangkan penampar di pipi dia. Tidak cukup itu aku serang perutnya dan untuk menyedapkan perencah kakiku naik memijak kakinya sekuat hatiku.
Dia meraung kesakitan. Berlapis-lapis dahinya menahan sakit, badannya juga dah tertunduk menahan perih. Huh, puas hati aku!
"Kau ni kenapa? Sakitlah! Aku tahulah aku salah. Sorry ar paksa kau." Dia angkat tangan di sisinya. Aku terpinga-pinga melihat mimik muka dia bertukar keruh ditampal pula riak ingin meraih simpatiku. Air liur ke teguk rakus, dia ada split personaliti ke? Pelik-pelik je perangai. Tak pernah dia sebut kata maaf sebelum ni.
"Apa kau nak Ash?" Aku membentak geram sambil memeluk tubuh sendiri.
Dia luruskan semula badan. Mata kami bertentangan, aku menjelingnya tajam. Tengok lama-lama menyampah betul.
"Aku cari kau! Aku hampir nak gila cari kau! Kenapa kau berhenti macam tu je, s***! Kau lupa kau masih pekerja aku?!"
Hatiku tersentak. Macam pelik je. Untuk apa dia cari aku? Agaknya otak dia dah bocor kut sebab tu cakap tak guna otak?
"Peduli apa? Aku tak hingin kerja bawah majikan setan macam kau!" Selantangnya aku menjerkah tanpa fikir aku di mana sekarang ini. Sempat juga aku menjelih dia sebelum membalikkan tubuh ingin berlalu. Rasanya tak perlu dipanjangkan cerita. Dah terang lagi bersuluh aku kena call polis untuk tangkap lelaki gila ini.
"Lya dah keluar penjara, orang kaya macam dia mudah sangat dilepaskan. Aku datang sini sebab nak selamatkan kau. Aku risau dia apa-apakan kau." Kendur suaranya menyelinap masuk ke dalam ruangan pendengaranku. Dadaku seakan terhenti berdetak seketika. Perkataan risau aku ulangi dalam kepala. Dia risaukan aku? Bumi nak terbalik ke? Pembohongan apakah ini?
"Aku tak nak duit aku lesap sebab kau! Papa aku mengamuk sebab 100k tu. Lepas koma je aku kena belasah. Papa tengah cari kau untuk dapatkan balik duit dia sebab dia tahu kau puncanya."
Darahku naik menyerbu muka. Ah, ini rupanya alasan dia jadi gila begini? Alamak, apa nak jadi ni. Dia fikir aku ada duit ke nak bayar balik?
"Asal kau cerita? Aku tak paksa kauselamatkan aku!" Aku kembali menghadap dia. Tanganku rakus memukul dadanya kerana geram yang sedang mencanak naik. Aku risau juga kalau papa dia akan buat apa sahaja asalkan dapat kembali duit dia yang lebur itu. Tetapi, rasa gusarku tercampak jauu tatkala ada buah tawa terletus di bibirnya dan dia pula tadah sahaja pukulan aku. Dia persendakan aku sahaja ke macam mana?
"Aku selamatkan kau bersebab..." Ash jeda. Dia pandang aku dalam-dalam. Seraut wajahnya kelihatan tidak terurus. Rambut serabai, jambang berjela naik hingga ke pipi. Selekeh betul. Muka serupa macam mati bini sahaja?
"Kalau nak cakap tolong straight. Tak payah nak sekerat jalan. Aku malas nak buang masa dengan kau," komenku sambil mengawal baran yang membelenggu diri. Berdiri bawah cahaya matahari memang mencabar jiwa raga. Nak-nak kena melayan lelaki gila ni.
"Kau nak bercakap panas-panas ni? Better kita masuk dalam berbincang. Aku haus pulak."
Banyak songeh betul! Aku malas nak layan, langkahku panjang meninggalkan dia dan masuk ke dalam cafe. Di kaunter, Far merenungku tidak lepas. Mukanya terpinga-pinga melihat kemunculan aku semula ke sini.
"Suami kau betul ke?" soal Far tertanya-tanya. Aku geleng lemah. Apron aku capai dan dibalutkan semula ke tubuh. Aku dah berhajat nak sediakan 100 cawan air strawberry permintaan setan tu. Jantan tu kemaruk sangat, kan? Memang aku kasi kemuka dia.
"Tak, Far. Far rasa perempuan muka pecah macam saya ada orang nak, ke?"
Far terdiam, tidak menjawab.
Pintu berdenting menandakan ada customer datang. Aku hadiahkan jelingan kerana menyedari dia muncul lagi ke sini.
"Gaji dia berapa sehari? Cepat swap,aku nak kad aku semula. And, buat dua air sekarang untuk aku dan isteri aku. Ara, sini! Aku belum habis lagi nak cakap."
Aku buat pekak sahaja. Lantaklah dia nak melalak pun. Lebih baik aku buat kerja aku daripada melayan dia. Rasanya masih banyak barang kena susun dalam bahagian dapur. Hari ni tidak silap banyak stock sampai.
Aku dekati Far, tak sangka jarak kami terlalu dekat sehingga hidung aku secara tak sengaja tersentuh pipi dia. Riaknya berubah sedrastik dan dia pantas jarakkan badannya daripada aku. Aku hanya mampu ketap bibir, kerana dapat mengagak dia pasti pandang serong pada aku kerana hal ini.
Dah aku tak sengaja, nak buat macam mana?
"Er, sorry Far. Saya tak sengaja. Saya buat kerja kat dalam dulu, ya. Pasal lelaki tu buat bodoh je. Dia gila." Aku berbisik perlahan. Entah dengar ke tidak, aku tak pedulilah. Yang paling penting sekarang ini aku nak jauhkan diri daripada Ash. Aku penat nak bertekak dengan dia. Tak ada gunanya aku bazirkan masa semata untuk dia.
Far nampak tidak senang dengan aku. Dia hanya pamer muka tiada riaknya sahaja. Aku hela nafas lemah, biarlah dia. Tak suka sudah. Menyampah dengan aku pun takpe. Aku ambil keputusan untuk berlalu sahaja ke dapur, tetapi tidak habis dua gerak langkah, lenganku ditarik oleh dia. Serta merta langkahku terhenti, aku paling muka menghadap dia.
"Kenapa?" soalku pendek.
"Kalau betul lelaki tu bukan suami kau. Better aku mengaku kau makwe aku untuk elak dia kacau kau lagi."
Tercengang aku. Mataku juga membulat mernung dia. Wajahnya dipalit riak serius, tiada tanda dia ingin bermain-main. Aku hanya diam, tidak tahu hendak ulas apa-apa. Sudahnya aku tarik tanganku, ingin segera berlalu. Namun, tika ini tanganku ditarik semula sehingga pipiku terlanggar bahunya. Haruman minyak wanginya menusuk ke ruang hidung. Dia tarik tanganku dan bawa aku ke depan kaunter. Aku tergamam, dah macam orang bodoh. Muka aku mesti dah hodoh tahap apa entah. Aku tak fahamlah kenapa dengan Far ni?
Mataku tergerak ke depan, dan bertemu dengan anak mata Ash yang sedang berbara.
"Encik, tak payah nak menipu! Aku boyfriend dia! She is mine, kau boleh berhambus!"
Far mengumumkan penipuan itu siap pakej lakonan memeluk bahu aku. Aku kurang selesa, terasa seperti perempuan murahan pula kerana membiarkan lelaki bukan mahram memelukku sesuka hati begini. Tapi, itulah aku tahan aje amarah. Aku terpaksa, mungkin cara ini akan membuatkan Ash cepat-cepat berhambus.
"Ingat aku percaya? Takkan kau selera nak jadikan dia makwe kau? Hahahaha. Lawak bodoh!" Ash menyindir sinis, mukanya juga tegang semacam.
"Mulut kau tu jaga sikit, s***! Kalau aku takde selera, kau pulak apasal mengaku jadi suami dia? Kau dah buang tebiat atau kejap lagi nak mampus!"
Aku kemam bibir. Lawak betul Far, boleh tahan juga ganas dia. Kalaulah Far jadi pakwe sebenar aku kan bagus, dapatlah hero untuk selamatkan aku daripada jantan tak guna tu. Tengoklah muka Ash, merah menyala macam kena salai lada.
Untuk apa dia nak marah sangat pun aku tak tahu.
"Kau jangan cabar aku! Kau tak kenal aku siapa! Aku nak kau lepaskan Ara sebelum penumbuk sulung aku kena dekat muka pecah kau sekarang!"
...
Writer's comment : Dpt agak tak apa yg Ash nak?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top