Bab 5

Surprise!!! Kael dan Isya buat comeback...


Written by : _Syafiera

Sebulan telah berlalu. Sebulan juga aku menyandang gelaran isteri buat jejaka 'ais batu' bernama Noah Mikhael. Hari-hari yang dilaburkan bersamanya terasa kosong. Seperti tak pernah ada ikatan yang terjalin antara aku dan dia.

Setelah dua minggu usia perkahwinan, Mikhael mengambil keputusan untuk membawa ku tinggal di rumahnya. Hanya berdua. Semakin mudahlah dia nak mendera perasaan aku.

Rumah ini... Menjadi saksi air mata yang tumpah angkara ungkapan dan tingkah lakunya. Rumah ini... Menjadi saksi perbalahan mulut antara aku dan dia. Walaupun tidak banyak kata-kata dari bibirnya yang menyakitkan hati, tetapi seorang Isya Insyirah ini rapuh. Rapuh tanpa kasih dari Noah Mikhael.

Air mata yang entah kali keberapa mendiami pipi aku usap pergi. Sakitnya perasaan ini, hingga tak dapat aku usirnya pergi. Diabaikan oleh suami. Nampak remeh bukan? Tetapi untuk sesiapa yang pernah rasa apa yang aku rasa, mereka akan berdiam diri. Mereka takkanย  menidakkan apa yang aku rasa.

'Baru sebulan... Kau dah putus asa?'

Aku melagakan jari-jemari ku. Membiarkan hati pula mengambil alih untuk berkata-kata.

'Baru sebulan kau dah rasa tak dapat teruskan semuanya? Mana Isya Insyirah yang tak mudah putus asa tu? Mana Isya Insyirah yang tegas bila nak dapatkan sesuatu tu? Takkan baru sebulan hadap benda ni kau dah longgar lutut? Dah rasa tak sanggup? Lupa dah title hot girl yang pernah kau sandang zaman kolej dulu?' Hati mula membakar membangkitkan semangat yang telah lama tidak memuncul kan diri.

Title hot girl. Ya! Siapa pernah lupa si penggoda terkenal kolej bernama Isya Insyirah ni? Petik jari je, beratur 'barang panas' kolej yang menjadi idaman para gadis. Berbekalkan wajah berkacukan Arab, aku mendapat gelaran hot girl zaman kolej dulu. Sepatutnya kelebihan aku tu dapat digunakan untuk menawan hati Mikhael. Tapi sebaliknya pula. Dia tak pandang rupa!

"Bangkit Isya! Jangan putus asa. Rebut hati Mikhael macam mana kau pernah rebut hati lelaki dekat kolej dulu," ujarku penuh semangat. Rasa sedih tadi serta merta hilang diterbang angin.

Tak usah layankan perasaan, sakit saja yang mendapat. Baik kau atur strategi untuk tawan hati Mikhael!

Ketukan pada pintu mengalihkan perhatianku. Tatkala pintu dikuak, aku berdiri bersedia menyambut kepulangan Mikhael. "Assalamualaikum." Sapanya dengan nada yang jelas kepenatan. "Waalaikumussalam." Sahutku tenang. Tiada getar suara teruja seperti sebelum ini saat aku menyambutnya pulang.

'Ya Allah, suntikkan lah rasa cinta di hati suamiku untuk aku...'

Baiklah, langkah pertama, jangan beria!

Beg kerja Mikhael aku ambil dan dibawa ke sofa. "Nak minum?" Seperti rutin, aku akan menyediakan minuman setelah Mikhael pulang dari tempat bertugasnya. Wajah kosong Mikhael terpalit riak pelik. Mesti dia pelik kenapa aku tak beria berceloteh setelah menyambut dia seperti sebelum ini.

"Air kosong je," balasnya seraya melabuhkan duduk. Tiga butang atas bajunya dibuka satu persatu. Lengan baju kemejanya pula disinsing hingga ke paras siku. Aku hanya memerhati tingkahnya sebelum berlalu pergi.

Segelas air kosong disuakan kepada Mikhael. Dia menyambut.

"Awak nak makan apa-apa tak malam ni? Isya boleh sediakan."

Reaksi terkejut Mikhael berpatri diwajahnya. Aku mengemam bibir. Adakah perubahan aku terlalu drastik? Ah, lantaklah! Asalkan aku mencuba.

"Ayam masak merah. Tomyam daging."

Aku menghela nafas kecil. Order dekat isteri macam tengah order dekat kedai mamak.

"Awak dah solat asar?"

Mikhael balas dengan anggukan.

"Naiklah mandi. Saya nak sediakan barang masak," tukasku ringkas. Aku bangun berlalu ke dapur. Sebenarnya dalam hati hanya Allah saja yang tahu betapa aku sedang menahan diri dari beriak teruja setiap kali ada bersama Mikhael.ย 

Mahu pula hari ini tidak ada pergaduhan mulut antara aku dan dia. Jarang-jarang berlaku!

"Sembab mata."

Langkahku terhenti. Mulutku sedikit ternganga akibat kejutan yang tidak biasa ini. Sebelum ini, Mikhael tak pernah menegur sebarang perubahan pada diriku. Kalau aku sedang menangis pun dia tak pernah nak tanya aku okay atau tidak. Tapi hari ini...

"Saya terlajak tidur," balasku ringkas sebelum menapak ke dapur. Senyuman tak dapat aku hilangkan dari ulas bibirku. Ya Allah, adakah ada sinar kebahagiaan dalam mahligai halal ini?

_

Seperti biasa, makan malam kami dihiasi dengan bunyi dentingan sudu dan garpu saja. Cuma kali ini lebih luar biasa apabila Mikhael mula menunjukkan minat untuk berbicara denganku walaupun masih hambar.

"Kerja awak macam mana? Okay?"

"Lately banyak kes kemalangan, jadi ramai patients," balas Mikhael.

"Esok awak kerja?"

Mikhael mengangkat muka lalu menggeleng. Suasana kembali bertukar sunyi. Sesekali mataku dan Mikhael bertembung.

"Anything?" soalku bila dapat mengesan riak wajah yang tidak biasa itu.

"I'm sorry."

Selera makanku tiba-tiba mati. Detak jantungku melaju tatkala kat maaf terluah dari bibirnya.

"Ke... kenapa?"

"Nothing. Makan."

Mengikut arahan Mikhael, aku tunduk menekur pinggan. Perasaanku berbunga-bunga mendengar ucapan maaf darinya. Walaupun tidak jelas atas alasan apa dia meminta maaf, aku tetap gembira. Mungkin ada peluang untuk aku berbahagia dengan Mikhael?

Mungkin...

Selesai makan dan mengemas dapur, aku berjalan ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Sempat jajan di dalam kabinet dapur aku bawa sekali. Alat kawalan televisyen dicapai untuk menghidupkannya. Malam minggu ni seronok tonton filem genre apa? Aksi? Horror? Atau... Romantik?

Horror!

Sedang leka memilih filem yang bakal ku tonton di Netflix, tiba-tiba seseorang menghenyak punggung di sebelahku. Badanku terus kaku melihat Mikhael yang berada disisi.

"Nak tengok cerita apa?" soalnya tak memandang wajahku.

"Zombie." Suaraku kedengaran perlahan. Setelah jumpa cerita yang sesuai untuk ditonton, aku bangun dan mematikan lampu ruang tamu. Baru feel tengok cerita zombie!

_

"Huargh! Belakang tu belakang!" Aku menjerit sambil menunding jari ke skrin televisyen di mana ada seekor zombie yang mendekati watak protagonis dari belakang.

"Lari! Nanti kena makan!" Jeritku lagi seolah-olah watak lakonan pelakon terkenal Hollywood itu dapat mendengar suaraku yang seperti katak panggil hujan ni.

"Huargh!" Jeritan zombie itu berjaya membuat jantungku bagai luruh dari tempatnya. Tindakan spontan, wajahku disembunyikan pada dada bidang Mikhael yang turut sama menonton di sebelahku. Wajahnya sedikit pun tidak beriak apabila scene yang mendebarkan menjengah mata.

"Ambil kesempatan ke?" soalnya tanpa nada. Aku tersenyum malu.

"Maaf. Salah zombie tu terkejut kan saya."

Mikhael menggeleng saja. Salah sendiri yang mudah terkejut lagi nak salahkan zombie tak berdosa tu!

Hampir 2 jam menonton, akhirnya filem tamat. Aku meregangkan otot-otot yang lenguh akibat terlalu lama duduk. Mataku digosok beberapa kali menahan kantuk yang mula menjengah.

Tubuh kekar Mikhael yang terlebih dahulu melelapkan mata dipandang lembut. Wajah itu tenang tanpa sekelumit riak kosong dan dingin yang selalu dipamerkan khusus buatku. Seperti bayi yang tenang tertidur.

Tangan yang baru naik ingin mengusap wajah kacak itu terhenti ditengah jalan. 'Belum Isya. Bagi dia suaikan diri dulu.'

"Awak, bangun tidur dekat atas."

Aku menepuk lembut bahunya untuk menyedarkan lelaki itu.

"Hrm..." Itu saja balasannya sebelum memalingkan wajah dan sambung tidur. Penat sangat gayanya.

"Kael, bangun tidur dekat atas. Sakit badanlah tidur atas sofa."

"Hm... Nak tidur bawah," balas Mikhael seolah-olah merengek. Aku menggaru kepala. Takkan nak usung badan sasa dia? Tulang empat kerat aku dengan kudrat yang tidak seberapa ni mana lah larat!

"Okay. Baring elok-elok. Isya teman awak tidur bawah," ujarku lalu bangun mengambil selimut dan bantal untuk Mikhael.

Selesai menyelimutkan tubuh itu, aku berbaring di sofa bertentangan. Wajah polos Mikhael aku renung sedalam-dalamnya. Sedikit sebanyak, ada persoalan yang menjengah kotak fikiran berkaitan perubahan Mikhael hari ini. Adakah Allah telah memakbulkan doa aku?

Kalau benar, terima kasih Ya Rabb...

"Selamat malam. Isya sayang awak, Mikhael..."


...

Writter comment : Slow update ya...

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: AzTruyen.Top