Bab 4

Aaa!!! Habis mood Aryana gara-gara semalam. Peristiwa yang sangat malang dan memalukan. Entah kenapalah makin teruk perangai cuai dia. Kenapalah dengan kau ni, Aryana? Buat malu keturunan saja!

Skrin telefon ditatapnya lama. Dah banyak kali dicall number pakwenya, sekali pun tidak berjawab. Kemanalah Kyrel pergi? Tatkala diperlukan tidak pula muncul. Digodek-godek nombor contact... Kawan baiknya hanya ada seorang saja yang masih boleh dicontact, iaitu Sarah. Tapi ganggu tak kalau call waktu sekarang ni? Tak silap dia, kawan baiknya itu ada bisnes niaga cup cakes. Mungkin takdelah sibuk sangat kut?

"Hello... Sarah! Kau buat apa tu?" Sergah nya tanpa beri salam.

"Eh... Budak ni tak reti beri salam ke?" Bebel Sarah dihujung talian. Aryana tersengih-sengih, menyedari kesalahan sendiri. Dah terbayang muka garang Sarah di depan mata. Kawan baiknya jenis suka membebel. Macam mak-mak, Aryana tidak punya sesiapa di dunia ini melainkan Sarah dan Kyrel. Dia anak yatim piatu sejak dari kecil. Kyrel merupakan kawan baiknya dari rumah anak yatim sehinggalah mereka membesar bersama, dan saling berkasih sayang sehinggalah membuat keputusan menjadi pasangan kekasih.

"Assalamualaikum mak cik Sarah... Aku ganggu kau ke?" tanya Aryana sambil mata meneliti luar tingkap. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup halaman wajahnya yang putih mulus. Ketenangan ada juga menemaninya. Terasa rindu hendak bertemu empat mata dengan Sarah. Dah berbulan jiga mereka tidak bertemu sejak Sarah sibuk dengan perniagaannya.

"Takdelah. Aku tengah tengok pekerja aku susun cup cakes ni. Kau apa khabar, Ryana? Bila nak datang jenguk aku?" Sarah membetulkan tudungnya yang sedikit senget. Matanya tidak lekang memerhatikan pekerja barunya, Tina. Buat kerja lambat, kalah Si Ryana! Dah bekerja seminggu pun masih tidak memberangsangkan. Terasa nak berhentikan saja. Lebih baik bagi Ryana kerja sini, itupun kalau Ryana free. Kebiasaannya Ryana banyak sangat ambil kerja part time. Sibuk setiap masa. Dengan nasi arabnya, kerja 7 elevennya, dan bermacam-macam.

"Alhamdulillah, aku sihat je. Kau pulak apa khabar? Hm, aku nak jenguk sekarang boleh? Ada benda aku nak cerita. Aku stress sangat wei!" Bersemangat sekali dia mengadu pada Sarah. Tingkap ditutup terus. Terasa nak gerak ke kedai kawannya sekarang juga.  Dah tak sabar nak bersua muka dan bercerita segalanya tentang peristiwa semalam dan tentang Kyrel.

"Aku sihat jugak. Haa, datang je sini. Aku pun ada benda nak cakap dengan kau." Tersenyum lebar Sarah. Tak sabar nak jumpa Ryana, si budak cantik yang cemerkap itu.






"YA ALLAH, kau ni kenapa Ryana? Teruk sangat dah kau ni. Aish, bila nak berubah?" kesal Sarah bila Aryana bercerita tentang peristiwa memalukan itu. Dicepuk sekali belakang badan Aryana kerana geram. Sikap cuai Aryana boleh memakan diri. Sampai tahap mendedahkan aurat depan bukan mahram, itu memang teruk. Boleh jatuh maruah jika Aryana boleh lupa sarung baju.

Aryana tunduk. Yelah, dia tahu memang dia teruk sangat. Air sirap limau disedutnya perlahan. Lepas ni tadah sajalah jika kena bebel dengan Sarah.

"Lepas tu apa jadi. Kau balik dengan siapa semalam? Kyrel ke?" tanya Sarah lagi. Pada pandangan mata Sarah, sahabat dia didepan matanya ini baru berusia belasan tahun. Macam budak-budak perangai cuainya itu. Umur sudah jejak 23 tahun pun masih tak berubah. Macam manalah jika tiada dia nanti. Boleh ke Aryana hidup? Kyrel tu pula boleh diharapkan ke?

"Aku naik grab je. Kyrel takde. Dia busy..."

Sarah terjegilkan anak mata. Tak percaya Kyrel akan biarkan kekasih hatinya balik naik grab malam-malam? Hish, dah tak sayang kekasih ke?

"Pakwe kau tu kenapa? Ada perempuan lain ke sampai abaikan kau?" Terus lancar bibirnya menyembur. Tak kesah jika Aryana berkecil hati ataupun tidak. Dia rasa sangsi bila seorang lelaki yang merangkap sebagai kekasih membiarkan kekasihnya pulang lewat malam sebegitu sekali.

"Tak baiklah kau ni. Dia busy je. Aku yakin dia ada aku sorang je. Lagipun kitorg dah bertahun-tahun bersama, takkanlah dia nak lupakan aku? Aku cinta pertama dia. Dia pun cinta pertama aku." Cuba pertahankan Kyrel, walaupun dia juga turut terasa tidak sedap hati bila Sarah sebut tentang Kyrel ada perempuan lain. Ah, janganlah itu terjadi. Dia tak sanggup menghadapi kekecewaan itu. Dia takkan dapat terima jika perkara buruk itu berlaku dalam hidupnya yang serba kekurangan ini.

"Hm, kau pun janganlah husnuzon sangat. Cuba kau slow talk dengan dia. Tanya dia apa masalah dia. Dia sekarang kerja apa?" Tangan Aryana disalut lembut, cuba meredakan kegusaran yang ternoda di hati gadis cantik itu. Dia sayangkan Aryana dah macam adik beradiknya sendiri. Keluarganya juga sudah menganggap Aryana sebahagian daripada mereka. Dia tak akan biarkan Aryana sorang-sorang, menenun kesukaran hidup seorang diri. Seboleh mungkin dia akan menolong jika Aryana perlukan bantuan.

"Dia kerja kerani kat opis. Balik kerja dia buat part time grab food. Aku sebenarnya nak kerja tempat dia sekali, tapi masa tu dah full. So terpaksa berpisah. Aku kerja tempat lain. Lagipun dia pandai dari aku. Aku ni setakat cashier, store keeper... Itu bolehlah. Selain tu tak dapatlah, dah aku ni lembab." Sedih hatinya mengenang kekurangan diri. Sudahlah miskin, lembab pula tu. Ditambah dengan cuai. Kadang-kadang ramai pekerja tak suka pada dia. Dan, ramai pandang dia serong. Nasib baik bos di 7 eleven memahami, lagi pula tidak berapa sibuk. Dan, hari ni kebetulan dia cuti. So, dapatlah rehat sekejap. Sementara esok sambung lagi kerja.

"Sabarlah. Aku ada job nak bagi kat kau. Kau nak tak?"

"Job apa?"

"Jadi assistant aku kat sini. Jomlah. Aku ajar kau sampai kau jadi laju macam aku. Komfirm dah tak lembab!"

"Amboi, perli nampak?"

Sarah ketawa kecil. Saja nak bagi Aryana ceria sikit. Tapi terperli pula.

"Nak tak? Aku bagi kau gaji ok. Jangan risau. Lepas tu, aku boleh tolong kau niaga nasi arab kau tu. Sambil-sambil. Mana tahu order kau makin berlambak. And, mana tahu abe tengku tengkuk tu rindukan nasi arab comot kau tu?"

"Sarah! Sampai hati kau kata nasi arab comot! Ish, nak kena ni!" Terus dicucuk pinggang Sarah sampai keduanya terkekeh-kekeh ketawa. Akhirnya suasana yang suram itu bertukar ceria. Sekurangnya tidaklah malap macam rumah kosong.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top