Bab 10
Aryana mengelus lembut baju pernikahannya yang berwarna putih. Cantik dan menyerlah dengan labuci indah. Pilihan Tengku Hayden. Semuanya diuruskan oleh bakal suaminya sendiri. Bakal mak mertua, Datin Rissa langsung tidak mahu mengambil tahu tentang majlis pernikahannya nanti. Helaan nafas berat terlepas jua setelah lama dipendam. Tidak sampai 6 jam majlis pernikahan bakal berlangsung, hatinya tidak pernah tenang. Jari-jemarinya yang terhias indah dengan inai dipandang sayu. Hatinya meronta tidak mahukan pernikahan ini berlaku.
Dia tidak mencintai Tengku Hayden. Begitu juga lelaki itu, kan? Bagaimana dia mampu menjalani kehidupan sebagai suami isteri kemudiannya nanti? Bisakah dia bahagia seperti wanita lain?
Paling menyedihkan, pernikahan ini tidak direstui oleh mama Hayden. Hanya papa Hayden menerima dia dengan berlapang dada. Wajah Dato' Zarith yang bercahaya tatkala menerima perkhabaran mereka ingin menikah menebarkan secebis rasa senang di hati walaupun Datin Rissa langsung tidak sudi menerima dia. Namun, apa perlu diperbuat lagi? Ini sahaja jalan yang dia ada untuk selamat. Hendak mengharapkan Kyrel? Bekas kekasihnya itu seakan lesap tanpa dapat dijejaki. Pernah juga dia mencuba menghubungi lelaki itu, tapi satu panggilan pun dah disekat.
Kemana menghilang. Dia tidak tahu. Hendak dicari dia tidak kuasa. Dia tak berani keluar dari rumah Sarah sejak peristiwa hitam itu berlaku. Hanya dia berdaya, kerja di tempat Sarah dan pulang ke rumah Sarah tanpa keluar ke mana. Melainkan jika ada Hayden menemani. Pernah juga Hayden ajak dinner, tapi hanya kadang-kadang. Mereka masih terasa seperti orang asing. Dia tidak selesa apabila bersama Hayden. Sangat janggal. Dan dia takut. Bayang-bayang Aryan masih mengejar dia. Terkadang dia tersalah melihat Hayden, muncul rupa Aryan. Sungguh, dia hampir gila. Aryan telah membuatkan dia trauma. Mujur Hayden tidak mengesyaki apa-apa. Lelaki itu kelihatan tenang. Tidak menunjukkan sebarang sikap buas seperti Aryan.
Dia berharap Hayden terus bersikap begitu. Tidak berubah menjadi lelaki biadap dan pekerti jahat. Dia perlukan perlindungan Hayden sebagai suami. Itu saja dia mahukan.
"Aryana. Termenung panjang? Mak andam dah datang ni nak solek kau." Sarah menyapa lembut bahu kawannya. Sedih dan bahagia memandangi seraut wajah cantik milik Aryana. Kawannya bakal menjadi isteri orang tak lama lagi. Dia bersyukur walaupun terkejut kerana keputusan Aryana memilih jutawan muda itu sebagai pasangan. Apa-apapun dia sokong Aryana, dia berharap kehidupan Aryana lebih baik daripada sebelum ini. Hanya itu doa dipohon disepanjang solatnya buat kawan yang paling dia sayangi ini.
"Cantik pengantinnya. Senanglah mak andam nak solek. Teringat pulak mak andam masa muda-muda. Mak andam pun rupawan macam awak tau Aryana." Tersenyum simpul Aryana kerana dipuji. Dia duduk membetulkan posisi menghadap cermin, untuk memudahkan kerja mak andam untuk merias wajahnya. Sarah duduk di birai katil, menjadi pemerhati.
"Untunglah awak dapat suami jutawan. Pandai awak goda Tengku Hayden tu. Tak silap akak, Tengku Hayden tu sombong kan orangnya? Macam mana awak pandai goda ni. Power betul." Aryana sengih segan. Padahal hatinya sedikit terusik, seperti ada sindiran disebalik kata-kata mak andam tersebut. Tapi, dibuang jauh-jauh. Buat apa nak kecil hati. Benda biasalah tu. Siapa saja mesti pelik melihat perempuan biasa seperti dia berjaya mendapatkan jutawan muda yang terkenal di Malaysia ni.
"Alah. Dah rezeki dia, kak Diana. Takde goda-goda pun. Aryana ni sopan dan semulajadi ayu sebab tu Tengku Hayden terpikat. Betul kan, Ryana?" Celah Sarah dibelakang. Tak boleh duduk dia bila mendengar sindiran mak andam yang agak berbisa itu. Dah kerja menyolek orang kenapa lah tak reti jaga mulut tu. Jangan sampai aku solekkan muka dia jadi hantu mak lampir. Baru tahu siapa Sarah ni!
Aryana tersenyum semula. Mengiyakan dalam diam. Kak Diana, merangkap mak andam pula gelak-gelak gedik. Tersedar dia melebih, dia kembali mengaut beberapa alat solek dan berpura-pura sibuk.
"Oh, my bad. Okey, Kak Diana nak rias awak molek-molek. Biar muka awak kalah Uqasha. Terbeliak mata jutawan muda tu. Kui kui."
Tercebik bibir Sarah. Nampak sangat gelak plastik. Tergeleng Sarah memerhati muka Kak Diana yang beria sekali tu. Nasib baiklah kau tu mak andam, kalau bukan dah lama kena lesing dengan aku.
Aryana diam dengan muka bersahajanya. Nak cakap apa lagi. Dia pun dah malas.
Aryana terbaring lesu di atas katil. Lenguh badannya berdiri lama di majlis resepsi tadi. Ramai sedara mara dari pihak Tengku Hayden hadir. Semuanya memandang dia dengan lirikan tajam. Datin Rissa juga langsung tak nak bertegur dengannya. Majlis tidaklah besar-besaran, dan tertutup. Rasanya saudara terdekat sahaja dijemput. Mesti kerana dia adalah menantu yang tidak didendang. Paling tak boleh dilupakan ada pula insiden baju pengantinnya tertumpah air fresh oren. Entah siapa datang tiba-tiba mencurah ke bajunya. Terpaksa dia tukar baju persalinan lain.
Hayden pula kelihatan tidak mahu ambil tahu. Disuruh bibik membantu Aryana, langsung tidak mengambil berat perihal Aryana. Dirinya sibuk berbual dengan tetamu yang hadir. Sungguh, Aryana berkecil hati. Layanan Hayden ternyata lain hari ini. Tidak seperti kelmarin. Elok saja. Hari ini hendak memandangnya jauh sekali. Pandang sebelah mata saja. Macam hodoh saja muka dia hari ni. Ditilik tidak ada pula cacat cela. Dia ada buat silap ke?
Adakah dia telah membuat kesilapan kerana mengahwini lelaki berdarah tengku ini? Perangai orang kaya susah ditebak. Sekejap okey, sekejap tidak. Kalau Hayden melayani dia dengan teruk bagaimana? Boleh ke dia harungi rintangannya dikemudian hari?
"Ehem..." Dehaman muncul menghapus lamunan sendunya. Aryana terbangun dan membetulkan tudungnya yang sedikit senget. Pakaiannya masih elok terletak. Lega tiada kain terselak tadi.
"Kenapa masih tak buka tudung dengan baju tu. Nak aku tolong?" Suara garau milik Hayden menyerapi sukma Aryana. Dia telan liur yang rasa berpasir. Rasa gementar datang tanpa dipinta. Kehadiran Hayden tidak disukainya tika ini kerana mengingati layanan endah tak endah Hayden di majlis tadi. Untuk apa dia tiba-tiba datang hendak membantu? Pelik.
"Hello. Aku bercakap dengan hantu?" Sindir Hayden halus. Kaki mengorak merapati sang isteri. Wajah cantik Aryana mengusik nafsu kelakiannya. Hampir 3 tahun menduda, dia rindukan belaian seorang isteri. Tak dapat ditahan lagi. Jujur, pertama kali Aryana masuk ke apartmentnya tempoh hari, nafsunya begitu bergelora. Kerana itulah mulutnya gatal meminta Aryana menjadi kekasih upahannya. Tak disangka pula pengakhiran kisahnya begini. Aryana menjadi miliknya jua. Gadis manis itu berjaya berada dalam dakapannya jua.
"Buka tudung kau. Semalam kau masih sembunyi. Hari ni no kompromi." Tegas nadanya berbunyi. Muka kelat Aryana bikin hatinya gementar. Pasti Aryana takutkan dirinya. Siapa suruh ajak aku kahwin? Penangan duda ni lain. Siapa je ajak kahwin, mulalah berfantasi bukan-bukan. Semudah itu dia terima penawaran Aryana. Dengan senang hati dia mahu mengahwini gadis cantik itu.
Aryana kecut perut. Hayden jahat! Kenapa dia macam Aryan! Tapi, tenang Aryana. Aryan dan Hayden berlainan. Hayden suami kau yang sah, dan Aryan tu syaitan. Kau kena bezakan. Mereka orang yang berlainan. Jika Hayden sentuh kau pun semuanya dah halal. Kau tak boleh menolak. Hayden berhak melihat makhota rambut kau. Ingat tu, Aryana.
Menggigil tangannya cuba merungkai tudung yang menyaluti kepalanya. Kerongsang dan jarum peniti dicabut tapi tak lepas-lepas.
"Let me help you, wife." Tangan kekar Hayden mulai membantu mencabut segala jarum dan kerongsang. Leceh betul! Setelah berhempas pulas meleraikan segalanya, akhirnya terpampang rambut beralun berwarna keperangan milik Aryana. Hayden terpaku lama, tak terkerdip menyaksikan keindahan yang dimiliki oleh sang isteri. Tangannya merayap mengurai setiap helaian rambut Aryana.
Aryana turut terkaku. Gementar usah dicakap. Dia membiarkan saja kelakuan Hayden yang sedang leka. Dia cuba menenteramkan jiwanya yang sedang merusuh mahu melarikan diri. Namun, kakinya bagai terpasak di situ. Tak mampu bergerak walaupun seinci.
"You're pretty, Aryana. So gorgeous." Pujian meniti lembut di bibir Hayden. Dia tersenyum lebar. Pertama kali dia tersenyum tanpa berselindung. Ikhlas buat isteri yang telah berjaya mencuri hatinya. Tetapi sekejap saja senyumannya mati bila tangan Aryana menepis tangannya.
"Why honey?" soal Hayden bersama kerutan di dahi. Dipuji bukan nak berterima kasih malah dihadiahkan tepisan begini. Apa masalah isteri dia ni?
"S... saya nak mandi dulu." Dingin suara Aryana cuba menolak sentuhan tangan Hayden di bahunya. Dia takut sekiranya tubuhnya bakal dirasmikan oleh Hayden malam ni. Pasti terbongkar rahsianya. Takkanlah dia nak mengaku bahawa Aryan yang meragut kesuciannya? Ah, itu malapetaka!
"No way. You can't go anywhere my dearest wife. You're mine now." Hayden menolak Aryana sehingga terjatuh atas katil. Dia menindih tubuh kecil itu. Tidak peduli penolakan dari Aryana. Sudah cukup bersabar dia semalam. Memberi ruang pada Aryana. Malam ni dia tak mampu mengawal diri. Aryana pasti jadi tawanannya meskipun dengan paksaan.
"Tengku... S... saya belum bersedia." Lemah suara Aryana merayu. Bayangan buas Aryan menyapu pandangannya. Dia menggigil ketakutan seandainya layanan Hayden turut kasar seperti Aryan. Ya Allah, beri aku kekuatan. Kesakitan yang pernah Aryan lakukan pada tubuhnya seakan kembali mengores setiap inci tubuhnya. Sakit dan memeritkan.
"Why not, sayang? Kau kena bersedia juga sebab aku suami kau yang sah. Aku berhak ke atas kau. Do you understand?" Keras suara Hayden menyisip di sisi cuping telinga isterinya. Bibirnya mengucup lembut di situ dan menuruni pada leher Aryana.
Aryana pegun tidak dapat bergerak. Air mata menelusuri lesu hingga ke pipi. Dia pasrah. Dia tahu dia berdosa jika menolak. Biarlah suaminya meneroka segala yang dia ada. Dia cuma berharap Hayden tidak mengasari tubuhnya seperti Aryan.
...
Writer's comment : Habislah kalau Hayden tahu Aryana takde dara lagi? Siapa yg nak beli ebook ni tunggu esok ya bru sye update harga ebook.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top