37

Syed berlari anak menuju ke wad kecemasan dengan linangan airmata. Berita yang disampaikan oleh Alvin telah mematahkan hatinya.

"Nurul!!! Nurul!!"

Pintu wad masih belum dibuka. Itu bermakna gadis itu masih bertarung nyawa di dalam. Soffiyah dan Zulaikha memandang Syed pelik.

Alvin dan lain berada di belakang lelaki tersebut. Mereka semua menunggu di luar. Masing-masing mengunci mulut mereka.

"Macam mana keadaan Nurul?" soal Alvin kepada Soffiyah tetapi gadis itu membalas dengan gelengan lalu kedua bahunya diangkat.

Dia dan Zulaikha pun masih menunggu keputusan doktor. Mereka hanya mampu berdoa agar semuanya akan baik-baik sahaja.

"Sayang..jangan tinggalkan abang. Abang tak kuat nak hilang sayang," katanya dengan tangisan yang lebat.

Datin Mirah menundukkan kepalanya. Dia berasa sedih kerana telah berbuat jahat dengan gadis itu. Dia menyesal kerana mempercayai menantunya berbanding Nurul. Jika masa boleh diputar kembali, dia akak membetulkan segalanya.

Klak!

Syed terus berdiri dan mendapatkan doktor tersebut. Wajahnya yang lecun dengan airmata tidak dihiraukan. Dia tidak kisah lagi. Apa yang penting adalah isterinya.

"Keluarga pesakit kan?"

"Yah. Saya suami dia. Macam mana keadaan isteri saya? Dia baik-baik je kan?" kata Syed penuh berharap. Lama doktor tersebut membuka mulutnya.

"Kami minta maaf. Kami tidak dapat selamatkan isteri encik. Dia banyak kehilangan darah dan jenis darah encik susah didapati. Kami dah cuba sedaya-upaya tetapi Allah lebih sayangkan dia. Maafkan kami," ucap doktor tersebut dengan kesal kerana tidak dapat menyelamatkan satu nyawa yang amat penting untuk keluarga.

Doktor tersebut terus melangkah pergi. Dia faham akan perasaan Syed kerana dia juga pernah berada di posisi tersebut.

Semua terdiam. Keadaan menjadi sunyi tanpa ada suara. Syed jatuh terduduk. Dia menjerit dengan kuat dengan tangisan yang lebat.

"Arghhhh!!!!! Tak mungkin dia dah takde!! Tak mungkin!!" jeritnya bagai orang gila. Alvin mendapatkan Syed lalu memberinya semangat.

"Bro, kau—"

"Alvin!! Semua ni cuma prank je kan? Korang nak prank aku atas kesalahan aku kan? Betul kan? Dia masih hidup kan?" kata Syed seakan tidak waras. Alvin simpati dengan Syed tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Semuanya sudah tertulis.

"Kau kena terima kenyataan. Dia dah takde. Isteri kau dah takde," balas Alvin kepadanya lalu melangkah pergi. Airmata mengalir dengan laju. Dia tidak menyangka dia kehilangan seorang adik yang sudah dianggap seperti adik kandungnya sendiri.

Syed terdiam. Dia menangis dan terus menangis. Syed lantas berdiri dan meluru masuk ke dalam. Mayat yang tidak berjasad itu dipandang dengan perasaan yang retak seribu.

Perlahan-lahan Syed menarik kain yang menutup wajah Nurul dengan terketar-ketar. Wajah Nurul yang pucat diusap dengan lembut.

"Sayang...abang dah datang ni. Sayang..abang dah tahu siapa yang buat sayang macam ni. Sayang mesti gembira kan? Sayang taknak bangun ke?" soalnya dengan sayu. Dia mengucup dahi Nurul dengan lama. Dia tidak kuat untuk hadapi dugaan tersebut.

"Maafkan abang, sayang. Abang tak dapat nak jaga sayang dengan baik. Abang banyak sakitkan hati sayang," kata Syed lagi dengan tangisan. Terimbas kembali perbuatan jahatnya sewaktu gadis itu masih hidup.

Flashback

Nurul menundukkan kepalanya apabila dirinya diejek oleh pekerja-pekerja Syed. Dia datang ke office suaminya kerana ingin memberikan file syarikat yang tertinggal di rumah mereka.

Nurul hanya mengenakan pakaian rumah kerana sememangnya dia tidak mempunyai baju yang mahal.

"Siapa perempuan tu? Apa hubungan dia dengan boss kan? Tapi tengok dari gaya dia macam pembantu rumah je," kata seorang pekerja lalu tergelak.

Nurul hanya terus menundukkan kepalanya. Dia tersenyum kecil. Syed keluar dari bilik dan memandangnya dari atas hingga bawah.

"Kau buat apa dekat sini?"

"Ouh..ni file kau tertinggal dekat rumah. Aku tolong hantarkan pergi sini," balas Nurul kepadanya. Syed mendengus geram.

"Kau tak payahlah datang sini. Menyusahkan betul lah! Aku boleh suruh Pak Samad ambilkan file tu. Tak pasal-pasal sekarang kau dah jadi topik,"

"Tapi saya datang sini pun sebab-"

"Pulang!! Tolong beri tunjuk jalan keluar untuk perempuan ni,"

"Baik, Tuan!!"

"Cik, ikut saya,"

"Jangan panggil dia macam tu. Dia tak layak dipanggil macam tu. Dia tu miskin,"

Kata Syed memalukan Nurul tetapi gadis itu hanya tersenyum.

.........

"Nurul!! Woiii!!"

"Kenapa? Kau cakap apa dekat jiran sebelah?"

"Cakap apa? Aku takde cakap apa-apa pun,"

"Kau beritahu dekat jiran yang kau tu isteri aku kan? Kau ni memang cari nahaslah!! Aku dah pesan dekat kau jangan beritahu orang lain yang kau tu isteri aku sah!!"

"Salah ke aku cakap? Aku cakap benda yang betul,"

"Memang salah!! Sebab kau tu cuma perempuan simpanan je!! Jangan nak berlagak jadi isteri aku!!"

.........

"Emmm..Syed!!"

"Eh..kau nak apalah bodoh?"

"Emm..cuba tengok ni? Cantik tak? soal Nurul dengan senyuman manis terukir di bibirnya. Sebuah kek yang bercorak love dan mempunyai nama Syed diberikan kepada lelaki tersebut.

"Cantik tak? Aku buatkan untuk kau. Aku takde duit nak bagi kau hadiah mahal-mahal. So..aku buatkan kau kek yang tak seberapa ni. Cantik tak?" kata Nurul dengan gembira. Kek tersebut ditolak kasar oleh Syed.

"Cantik kepala otak kau!!"

.......

"Syed!! Oh..Syed!!"

"Hmm..kenapa?"

"Eh..kau demam ke? Ya Allah, panasnya badan kau ni. Kau takde minum ubat ke?" risau Nurul lalu memegang dahi suaminya dengan perasan yang risau. Syed menepis tangan Nurul daripada menyentuhnya.

"Kau jangan sentuh akulah,"

"Badan kau panas ni. Kita pergi klinik eh?"

"Eh..kau jangan sibuklah!! Keluar!!"

"Tapi kau tak sihat,"

"Aku cakap keluar, keluarlah!!!"

End flashback

Syed menangis dan terus menangis. Dia memeluk tubuh isterinya dengan erat. Dia banyak berbuat salah dengan gadis itu.

Tangan Nurul dikucup berkali-kali dengan airmata. Dia menyesal kerana selalu melayan gadis itu dengan kasar. Sekarang tiada guna untuk dia menyesal lagi kerana gadis itu sudah tiada. Nurul sudah pergi meninggalkan dia.

Alvin dan yang lain melangkah masuk ke dalam. Sayu hati mereka melihat Syed dalam keadaan seperti itu. Terutama sekali Datin Mirah.

"Nurul!!!"

Wanita itu terus memeluk tubuh menantu dengan tangisan yang kuat. Dia berulang kali meminta maaf kepada Nurul.

"Nurul, maafkan mummy. Maafkan mummy. Mummy banyak buat salah dekat Nurul," kata Datin Mirah lalu terimbas kembali waktu gadis itu masih hidup.

Flashback

"Mummy..mummy dah makan ke ni?" soal Nurul prihatin kepada mak mertuanya. Datin Mirah datang ke rumah Syed untuk bertemu dengannya.

"Aku taknak makan masakkan dari kaulah perempuan!! Aku tahu kau mesti suruh aku makan sebab kau nak racun aku kan?" kata Datin Mirah kepadanya.

"Bukan macam tu. Cuma Nurul ingat nak ajak mummy makan sekali dengan Nurul,"

"Takde masa aku nak makan dengan perempuan kampung macam kau ni. Jijik!!!"

......

"Ya Allah, mummy. Nurul tak buat pun benda tu. Nurul tak salah,"

"Kau jangan nak menipu lagi. Dah jelas Ceyla kata kau yang ambil emas aku. Kau nak menipu lagi?"

"Tak..mummy. Nurul nampak emas tu terbiar sebab tu Nurul simpan,"

Pang!!!

"Penipu!!!"

.....

"Mummy..kenapa mummy benci sangat dekat Nurul? Macam mana nak buat mummy happy?"

"Aku benci sebab kau perosak kebahagian anak aku. Dan kau nak aku happy?" soal Datin Mirah. Gadis itu mengangguk laju.

"Aku cuma happy bila kau mampus perempuan tak guna!!"

End flashback

"Maafkan, mummy."

Datin Mirah tidak berhenti mengungkapkan perkataan maaf sehingga dia jatuh pengsan.

"Mummy!!"

"Mirah!!!"

Dato Fikir mendapatkan isterinya. Syed hanya mampu menangis. Dia tidak sedikit pun menjauh dari tubuh Nurul.

"Abang minta maaf. Tolonglah bangun. Abang dah ada dengan sayang ni. Sayang tak kesian ke dekat abang?" soalnya sayu namun semuanya hanya sia-sia saja. Gadis itu sudah pergi meninggalkan mereka semua.

"Syed..dahlah tu. Kau kena relakan pemergian dia. Kau tak boleh macam ni nanti arwah tidak tenang," ujar Alvin.

Zulaikha tidak mampu berkata-kata apa-apa. Dia hanya mampu menangis. Rakan baiknya sudah tiada. Tiada lagi orang yang sanggup berbuat apa saja untuk kebahagiaannya.

"Nurul..sampai hati kau tinggalkan aku. Kenapa kau tak bawa je aku sekali pergi dengan kau?" kata Zulaikha dengan tangisan.

Syed mengucup dahi isterinya lama seakan tidak mahu pergi. Hatinya bagai ditusuk pisau secara berkali-kali.

"Abang lepaskan sayang. Abang harap sayang tenang ye disana. Tunggu abang menyusul sayang tau," ujar Syed lalu melangkah keluar dengan langkah yang lemah.

'Isteri aku dah takde. Dia dah takde. Takde lagi perempuan yang aku gelarkan perempuan simpanan. Dah takde' getus hati Syed sayu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top