20

Datin Mirah berdiri di luar rumah anaknya. Dia menekan loceng sebanyak 3 kali dengan wajah yang serius. Dan Fryceyla berada di sebelahnya.

"Mana pula perempuan murah ni? Dah mati ke apa? Lambat betul dia nak buka pintu ni." ujar Datin Mirah dengan hati yang panas.

"Biasalah tu mummy. Perempuan tu kan budak kampung. Dia mesti tidur nyenyak dekat atas katil yang bersaiz Queen tu. Orang tak pernah merasa hidup mewah kan, sebab tu tidur dia lena sangat," sinis Fryceyla berkata lalu tergelak. Datin Mirah turut tergelak.

"Betul juga kan? Kesian sangat hidup perempuan tu. Sanggup gadaikan maruah dia semata-mata nak harta anak aku. Macam je anak aku tu bodoh nak bagi harta dekat dia. Dasar perempuan tak sedar diri," Datin Mirah berkata dengan wajah yang menyampah. Fryceyla tersenyum senget.

'Memang dia tak sedar diri pun. Anak kau cuma cintakan aku seorang je. Mesti semua harta dia jatuh dekat tangan aku nanti bila dah khawin. Tak sabar aku nak tunggu waktu tu.' Fryceyla berkata di dalam hatinya.

"Betul lah tu. Ceyla pun tak sangka dia macam tu. Dia nampak macam perempuan alim je kalau di tengok dari mata kasar. Tapi tak sangka dia tu murahan. Walaupun Ceyla ni tak bertudung macam dia, tapi Ceyla masih ada maruah. Ceyla tak sanggup nak buat perkara terkutuk tu semata-mata nak harta Syed," ujar Fryceyla dengan perlahan. Datin Mirah tersenyum kecil. Tangan Fryceyla ditarik lalu digenggam.

"Mummy tahu yang Ceyla bukanlah semurah macam tu. Ceyla baik cuma Ceyla tak tutup aurat dengan sempurna je. Kalau nak dibandingkan Ceyla dengan perempuan tak guna tu, Ceyla lagi suci dan baik," kata Datin Mirah dengan yakin. Fryceyla tersenyum nipis.

"Terima kasih sebab percayakan Ceyla."

"Sama-sama. Mestilah kena percaya. Ceyla kan bakal menantu kesayangan mummy. Mummy tak sabar nak tengok Ceyla khawin dengan Syed. Mesti korang berdua akan jadi pasangan suami isteri yang bahagia kan?" ujar Datin Mirah lalu dibalas anggukan dari gadis tersebut. Perbualan mereka serta-merta terhenti apabila Nurul membuka pintu biliknya dengan kakinya yang masih berbalut.

"Mummy."

"Kau kenapa lambat sangat nak buka pintu ni? Tangan kau berat sangat ke nak buka pintu? Kau tahu tak kami penat tunggu kau? Jangan nak berlagak macam Datin!!" marah Datin Mirah dengan lantang kepadanya. Fryceyla tersenyum mengejek kepadanya. Nurul mengeluh kecil.

"Nurul rehat tadi. Kaki Nurul terseliuh sebab tu Nurul lambat buka pintu. Nurul tak boleh jalan laju sangat," jujur Nurul. Datin Mirah melihat ke arah kakinya.

"Kau saja nak berlakon supaya anak aku bagi perhatian penuh dekat kau kan?" tuduh Datin Mirah melulu.

"Kau jangan nak lebih-lebih. Syed tu bakal suami aku. Kau tu cuma isteri atas kertas dia je. Jangan nak menggatal sangat dengan dia," sampuk Fryceyla pula kepadanya.

"Takde masa aku nak minta perhatian dekat dia. Aku cuma nak harta dia je bukannya dia," balas Nurul kepada mereka berdua. Datin Mirah memandangnya tajam.

"Dah, kau tepi!! Aku nak masuk!! Jom, Ceyla," ajak Datin Mirah lalu menarik tangan gadis itu melangkah masuk ke dalam. Tubuh Nurul ditolak kasar sehingga dia terjatuh ke lantai. Gadis itu memejamkan matanya menahan sakit.

"Auchh!!"

"Jangan nak berlakon sangatlah. Sakit sikit je pun. Menyampah pula aku tengok," kata Fryceyla kepadanya. Nurul memegang meja yang ada di kawasan tersebut untuk membantunya berdiri.

"Kau pergi buatkan kami air. Kami haus. Kau jangan lambat pula. Pergi cepat!!" Arah Datin Mirah kepadanya.

"Buatlah sendiri. Ada tangan kan? Kenapa nak suruh Nurul pula?"

"Eh, perempuan. Kau jangan nak melawan eh?? Kau nak kami beritahu dekat Syed ke yang kau tak layan mak mertua kau dengan baik?"

"Dia mak mertua aku ke? Setahu akulah kan..aku takde mak mertua sebab mak mertua aku tak anggap aku ni menantu dia," balas Nurul dengan cukup sinis. Datin Mirah dan Fryceyla terdiam seribu bahasa.

"Kau jangan nak banyak cakap sangat!! Kau pergilah jelah buatkan kami berdua air!!" kata Fryceyla lalu menolak tubuh Nurul sehingga dahinya terhantuk pada meja.

"Kau dengar tak? Buatkan kami air. Kami tunggu dekat ruangan tamu," kata Datin Mirah pula lalu melangkah ke arah ruangan tamu dan meninggalkan Nurul.

"Ya Allah, tolong kuatkan hati hambamu ini. Sungguh aku tak mampu untuk hadapi semua ini. Tapi aku yakin yang kau takkan uji aku kalau aku tak mampu." ujar Nurul perlahan. Setitik airmatanya mengalir. Dia mengesat dengan laju lalu menuju ke dapur untuk membuat air.

Selesai membuat air, Nurul menuju ke ruangan tamu. Dia meletakkan air di atas meja lalu berura-ura melangkah pergi. Namun, langkahnya terhenti apabila Fryceyla bersuara.

"Kenapa kau buat kopi? Kau ingat kami nak minum air kopi ke?"

"Korang tak cakap pun yang korang tak nak minum air panas. Aku cuma buat je," balas Nurul malas.

"Takpelah. Kita minum jelah. Lagipun, mummy suka minum kopi,"

"Tapi mum—-"

"Takpe, Ceyla. Minum je,"

Fryceyla akhirnya menurut dengan wajah yang tidak puashati. Nurul menjeling malas ke arahnya.

"Kejap. Mummy nak pergi tandas dulu. Nanti mummy datang sini balik." kata Datin Mirah lalu melangkah pergi menuju ke tandas.

Fryceyla memandang Nurul yang masih berdiri disitu. Dia berdiri lalu menghampiri tubuh Nurul dengan senyuman sinis. Bibirnya didekatkan ke telinga milik Nurul.

"Kesian sangat kan hidup kau? Murahan pula tu. Tak layak langsung dengan Syed. Cuma aku je yang layak untuk dia. Kau faham tak ni?"

"Aku cuma nak selamatkan dia daripada diperangkap dengan perempuan murah macam kau. Aku dengar apa yang kau cakap waktu waktu kau nak buat rancangan untuk perangkap dia. Kau jangan ingat aku tak tahu," balas Nurul sinis. Fryceyla terdiam.

"Macam mana kau tahu?"

"Itu bukan urusan kau,"

"Kau jangan nak berani beritahu dekat mummy dan Syed tentang hal tu. Kalau kau beritahu, aku akan pastikan kau takkan selamat," ugut Fryceyla kepadanya. Nurul tergelak.

"Kau ingat aku takut ke?"

"Aku tahu kau tak takut tapi mereka berdua takkan percaya cakap kau. Sebab kenapa? Sebab mereka lebih percayakan aku daripada kau!!" kata Fryceyla lalu tergelak jahat.

"Kau yakin yang mereka berdua tak percaya cakap aku? Aku ada bukti waktu kau tengah bercakap dengan seseorang melalui telefon," ujar Nurul. Dia ada merakam perbualan di antara Ceyla dengan orang suruhannya. Bukannya dia taknak membagi bukti tersebut kepada Syed. Dia ingin membaginya kepada lelaki tersebut tetapi lelaki itu tetap tidak mahu percayakan dia dan tidak mahu melihat apa yang dia ingin tunjukkan. Sudah berkali-kali dia mencuba untuk mencari masa bersama lelaki tersebut namun lelaki itu selalu menjauh dan jarang berada di rumah.

"Lebih baik kau padam!! Padam!!" kata Fryceyla cemas lalu mencengkam tangan Nurul dengan kuat.

"Sakitlah!! Lepaslah!!!"

"Aku cakap padam!!"

"Aku taknak!! Lepaslah!!"

"Padam!!"

"Aku cakap lepaslah!!!"

Pangg!!

Pipi Nurul ditampar kuat oleh Fryceyla. Terteleng kepada gadis itu. Nurul membalas tamparan Fryceyla sebanyak dua kali.

Pang!! Pangg!!

Fryceyla memegang pipinya yang terasa kebas. Nurul menarik tangannya dengan kasar lalu menolak tubuh Fryceyla. Gadis itu terjatuh.

"Nurul!!!!"

Nurul tergamam. Dia melihat Syed sedang menghampiri mereka berdua. Fryceyla juga turut memandang ke arah Syed.

"Kau buat apa ni?"

"Aku mana ada buat apa-apa,"

"You..."

Fryceyla memanggil Syed dengan tangisan. Syed mendekati gadis tersebut. Fryceyla terus memeluk tubuhnya.

"Kenapa ni?"

"Dia tampar i tadi. Lepastu dia tolak i sampai i jatuh," adunya dengan Syed. Syed melihat sekejap ke arah Nurul sebelum memandang semula ke wajah kekasihnya.

"Kenapa dia tampar you?"

"Sebab i kata yang i dengan you akan bernikah tak lama lagi. Dia tak boleh terima dan dia terus marah dekat i," tipu Fryceyla dengan esakan. Syed memandang Nurul tajam. Datin Mirah yang baru sahaja keluar dari tandas terus mendekati mereka bertiga.

"Kenapa ni, Syed? Ceyla kenapa Ceyla menangis ni?"

"Mummy..Nurul tampar i tadi," adunya pula kepada Datin Mirah.

"Kenapa kau tampar dia? Kau memang tak pernah puashati dengan bakal menantu aku ke?"

"Nurul tak tampar dia kalau bukan dia yang mula. Dia yang cari pasal dengan Nurul dulu," jujur Nurul berkata berharap mereka berdua percaya dengan apa yang dia katakan.

"Tipu!! Dia tipu!! Dia yang cari pasal dulu dengan Ceyla,"

"Kau jangan nak menipu!! Kau yang mula dulu!!"

"Kau!!"

"Kau yang mula dulu. Bukan aku!! Dasar perempuan munafik!!"

Pangg!!!

Nurul terdiam. Datin Mirah dan Fryceyla turut terkejut. Lalu perlahan-lahan bibir Fryceyla mengukirkan senyuman bahagia.

"Kau jangan nak gelar dia macam tu, Nurul!! Dia bukan perempuan munafik!!" ujar Syed dengan keras. Nurul masih terdiam. Matanya sudah berkaca-kaca.

Dia memandang wajah Syed dengan mata yang berkaca. Syed terkaku. Mata Nurul yang berkaca membuatkan hatinya rasa bersalah.

"Baiklah. Salah aku. Aku minta maaf. Aku sedar aku tak sebaik dia. Aku minta maaf," ujar Nurul lalu melangkah pergi dengan terhinjut-hinjut. Syed terdiam.

"You..you okey tak ni?"

"I okey, jangan risau. Kau tak apa-apa ke?"

"I tak apa-apa. Terima kasih sebab bela i tadi," ujar Fryceyla lalu memeluknya semula. Syed tersenyum kecil lalu dia membalas pelukkan tersebut.

Airmata seseorang yang berada di sebalik tiang mengalir secara perlahan-lahan. Nurul menangis tidak bersuara.

'Sampai hati kau tak percayakan aku. Aku tak salah. Dia yang salah. Sampai hati kau buat aku macam ni.'

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top