10

Nurul sejak tadi hanya menundukkan kepalanya dengan wajah yang sedih. Alvin yang berada di sebelahnya tidak dihiraukan. Fikirannya serabut dan tidak dapat mengeluarkan sebarang suara.

Datin Mirah mencerlung tajam ke arah Nurul yang hanya berdiam diri saja. Wajah Nurul ditenung dengan penuh kebencian.

"Sumpah mummy! Syed tak kenal pun dengan perempuan ni! Sumpah demi Allah. Syed tak kenal dia pun." kata Syed bersungguh-sungguh. Dia dan juga Nurul sudah sah bergelar suami isteri.

"Takkan Syed tak kenal dia? Kalau Syed tak kenal dengan dia macam mana dia boleh ada dekat rumah Syed sendiri?" soal Datin Mirah menginginkan kepastian. Syed meraup wajahnya dengan kasar.

"Tak tahu. Syed pun tak tahu macam mana dia boleh masuk. Tolong percayakan Syed," ujar Syed seakan merayu. Suami Datin Mirah melihat ke arah Nurul.

"Nurul kan?" soal suami Datin Mirah yang bernama Dato Fikri kepadanya. Nurul mengangkat wajahnya lalu mengganguk.

"Macam mana Nurul boleh masuk dekat rumah Syed? Nurul kenal ke dengan dia?" soal Dato Fikri kepada Nurul.

"Sebenarnya..macam ni. Saya Alvin, abang kepada Nurul. Nurul tak kenal pun dekat anak Dato dan Datin. Semua yang berlaku ni bersebab," ujar Alvin dengan serius. Dia tidak mahu keluarga itu berfikir yang buruk terhadap Nurul. Walaupun dia agak sakit hati dengan kedegilan Nurul yang bertegas nak membantu Syed daripada diperangkap.

"Jadi kau la abang kepada dia ni. Macam mana adik kau boleh ada dekat rumah anak aku? Macam mana dia boleh masuk? Ataupun kau dengan adik kau ni memang dah rancang sesuatu dekat anak aku kan?" tuduh Datin Mirah melulu. Nurul lantas menggelengkan kepalanya.

"Tak..bukan macam tu. Saya takde niat pun nak buat perkara yang tak baik. Saya masih waras lagi nak buat dosa. Saya cuma nak selamatkan anak Datin," cantas Nurul jujur. Mereka semua memandang ke arahnya.

"Apa maksud kau nak selamatkan anak aku?"

"Saya terdengar perbualan mungkin teman wanita daripada anak Datin. Dia kata nak perangkap anak Datin untuk khawin dengan dia dalam masa yang terdekat. Tapi saya tak sangka semua yang terjadi terkena dekat diri saya sendiri," ujar Nurul dengan kesal. Syed menghampiri Nurul lalu pergelangan tangan gadis itu dicengkam kuat.

"Kau nak kata Fryceyla nak perangkap aku? Kau nak fitnah dia pula? Aku dah kenal dengan dia dah lama! Tapi kau? Aku langsung tak kenal dengan kau! Suka hati kau je kan nak fitnah dia!" marah Syed. Alvin lantas melepaskan cengkaman tangan Syed daripada Nurul. Dia menumbuk pipi Syed dengan sedikit kuat.

Buk!!

"Kau jangan berani nak sakitkan dia." kata Alvin lalu menarik Nurul bersembunyi di belakangnya. Syed memegang pipinya yang terasa kebas. Datin Mirah terkejut dengan perbuatan Alvin yang menumbuk anaknya.

"Berani kau sentuh anak aku??" marah Datin Mirah lalu menampar pipi Alvin. Nurul terkejut. Dato Fikri menarik tubuh isterinya agar menjauh dari Alvin.

"Dah. Jangan bergaduh!"

"Dia dah melampau! Dia tumbuk anak kita depan mata kita! Aku takkan duduk diam je!" kata Datin Mirah kepada suaminya. Matanya tajam melihat ke arah Nurul dan Alvin.

"Kau tak apa-apa ke?" soal Nurul dengan perasaan rasa bersalah yang bergunung. Dia menyesal kerana masuk campur dengan urusan orang lain. Kalaulah dia mendengar cakap Alvin supaya tak masuk campur dengan hal orang lain. Pasti yang semua berlaku pada waktu itu takkan terjadi.

"Aku tak apa-apa. Kau jangan risaulah," balas Alvin lalu menggosok kepala Nurul yang berlampikkan tudung.

"Eh, perempuan! Kau dengar sini eh? Aku takkan pernah anggap kau tu isteri aku! Kau dengar tak? Aku takkan pernah anggap kau isteri aku sampai aku mati! Kau tu cuma isteri atas kertas je!" marah Syed dengan lantang. Alvin mengepal penumbuk. Nak je dia tumbuk muka Syed hingga pecah.

"Kalau kau tak suka dengan dia, kau ceraikan jelah! Kenapa kau tak ceraikan je?"

"Kau ingat senang macam tu je ke aku nak ceraikan dia? Aku pasti semua yang jadi ni rancangan daripada dia kan? Kau pun terlibat sama kan?" tuduh Syed kepada Alvin.

"What?? Are you kidding me?"

"Apa? Betul kan? Kau dengan dia——-"

"You!!"

Mata mereka semua memandang ke arah Fryceyla. Gadis itu berlari anak menuju ke arah Syed lalu tubuh lelaki tersebut dipeluk erat dengan linangan airmata yang lebat.

"You...apa yang dah jadi ni? Sampai hati you buat i macam ni?" soal Fryceyla dengan sayu. Syed membalas pelukkan tersebut. Matanya memandang ke arah Nurul. Nurul lantas menundukkan pandangannya apabila melihat pandangan tajam dari lelaki itu.

"Sayang. Sumpah i tak kenal pun dengan dia. You pun tahu kan yang i cuma cintakan you seorang je. Takde orang lain," kata Syed kepada Fryceyla. Hatinya berasa pilu melihat gadis yang dicintainya mengalirkan airmata.

"Macam mana dia boleh masuk dekat rumah you! You permainkan i!" marah Fryceyla lalu memukul bidang dada Syed berkali-kali. Syed menggengam kedua pergelangan tangan gadis itu.

"I tak tahu. Sumpah i tahu," balas Syed menyakinkan gadis kesayangannya. Nurul memandang Fryceyla dengan pelbagai persoalan. Gadis itu jahat ke atau berpura-pura baik? Dia pening.

'Suara ni macam suara yang aku dengar dekat restoran. Dia ke yang nak perangkap Syed?' soal Nurul di dalam hati.

Fryceyla mengesat airmatanya lalu mendekati tubuh Alvin dan Nurul. Alvin melindungi diri Nurul daripada disakiti.

"You ni siapa? Macam mana you boleh ada dekat rumah boyfriend i?" soalnya namun tidak dijawab oleh Nurul.

"You bagi perempuan murah tu dekat i! Jangan nak lindungi dia!"

"Kau siapa nak aku dengar cakap kau?"

"I ni bakal isteri kepada Syed! Lelaki yang perempuan ni perangkap!"

"Bakal je kan? Bakal! Bukannya isteri dia pun. And satu lagi, perempuan yang kau kata murah ni adalah adik aku. Kau siapa nak kata dia murah? Kau jangan nak tuduh dia perangkap bakal suami kau tu. Kau ada bukti ke?"

"Bukti? Dah ada bukti kan yang dia ada dekat rumah Syed!"

"Aku rasa kau pun ada dekat rumah dia. Betul kan?" kata Alvin lalu tersenyum senget. Nurul melihat ke arah Fryceyla.

"Ceyla, betul ke apa yang dia cakap? Ceyla ada dekat rumah Syed? Korang buat apa?" soal Datin Mirah kepada gadis itu. Ceyla terdiam.

"Ceyla tak sedar pun masa tu. Ceyla cuma ingat yang kepala Ceyla terasa sakit sangat. Tapi bila Ceyla bangun je rumah tu dah takde orang. Ceyla pun terkejut juga macam mana Ceyla boleh ada dekat rumah Syed," tipunya dengan wajah yang sayu.

"Syed, macam mana Ceyla boleh ada dekat rumah Syed?"

"Syed yang bawa dia, mummy. Syed tak sampai hati nak biarkan dia duduk sendiri dekat rumah dia dalam keadaan yang tidak sedarkan diri,"

"Korang berdua takde buat apa-apa kan?"

"Takde,"

"Kau kan yang duduk dekat restoran tadi? Kau kan yang nak perangkap Syed?" soal Nurul setelah lama berdiam diri. Fryceyla terkejut. Macam mana gadis itu tahu?

"Restoran mana satu? You nak tuduh i pula untuk tutup kesalahan you?"

"Tak. Saya pasti awak orangnya. Saya tak tuduh awak kalau saya tak dengar dengan telinga saya sendiri dengan apa yang awak cakap,"

"Apa bukti you nak tuduh i macam tu? You ada bukti ke?" soal Fryceyla kepadanya. Nurul terdiam serta-merta. Alvin mengeluh.

'Aku kena siasat hal ni. Aku tak boleh biarkan Nurul jadi macam ni. Aku takkan biarkan dia hidup merana.' desis hati Alvin.

Dia sayangkan gadis itu kerana dia sudah menganggap Nurul seperti adik kandungnya sendiri. Dia tidak mahu gadis itu bersedih ataupun dilanda kesusahan.

"Dah. Kau tak payah nak berlakon lagi! Aku takkan pernah anggap kau dan terima kau jadi menantu aku! Takkan! Kau jangan nak tuduh bakal menantu aku macam tu. Aku dah cukup kenal dengan dia! Kau jangan nak bodohkan kami," kata Datin Mirah dengan lantang. Fryceyla tersenyum kemenangan.

"Munmy tengok dia tu. Dia sanggup tuduh Ceyla macam tu. Ceyla tak buat benda jahat tu pun. Ceyla tak sejahat itu," katanya dengan nada sayu. Datin Mirah membelai rambut gadis itu dengan lembut.

"Mummy tahu sayang. Perempuan tu saja nak burukkan bakal menantu mummy. Jangan risau ye sayang. Mummy takkan pernah anggap dia jadi menantu mummy," kata Datin Mirah. Fryceyla tersenyum lalu memeluk tubuh Datin Mirah.

Alvin menarik tangan Nurul untuk pergi dari situ namun dihalang oleh Syed. Matanya dengan mata mata Syed bertembung.

"Kau nak bawa dia pergi mana?"

"Aku nak bawa dia pulang,"

"Bawa dia pulang? Kau lupa ke yang dia dah jadi isteri aku? Kau lupa?"

"Aku tak lupa. Kau sendiri yang kata yang kau takkan pernah anggap dia isteri kau kan? Jadi buat apa lagi kau nak halang?"

"Bukan senang macam tu je aku nak lepaskan dia. Aku akan buktikan semua yang jadi ni semua disebabkan rancangan dia. Kalau memang betul dia tak salah, aku akan lepaskan dia. Tapi kalau dia salah, aku akan pastikan hidup dia merana," ujar Syed dengan tegas. Nurul memandang wajah Alvin. Perlahan-lahan dia menggangukkan kepalanya.

Alvin mengeluh. Dia tidak sampai hati nak lepaskan gadis itu kepada Syed. Dia takut nanti Nurul dipukul atau sebagainya.

"Kau jangan risau. Aku tak apa-apa. Kita boleh jumpa juga kan nanti?" kata Nurul. Alvin mengganguk lemah. Lantas tangan Nurul dilepaskan secara perlahan-lahan.

"Kalau dia tak salah, aku akan buat apa je aku nak dekat kau! Kau faham?" kata Alvin. Syed tersenyum sinis.

"Kita tengok nanti," balas Syed. Alvin melihat Nurul dengan senyuman kecil. Nurul turut membalas senyuman tersebut.

"Kau tunggu apa lagi? Pergilah balik." kata Syed sedikit kasar. Alvin mencerlungnya tajam. Mamat ni lebih-lebih pula.

"Nurul, aku pulang dulu eh? Kalau ada apa-apa nanti, kau call je aku nanti." katanya dibalas anggukan dari Nurul. Alvin melangkah pergi dari rumah milik Datin Mirah.

Fryceyla melihat wajah Nurul dengan penuh kebencian. Tak pasal-pasal Syed berkhawin dengan minah tu! Geram!!!

"You!! Takkan you nak perempuan murah ni tinggal dengan you! You gila ke apa?" soalnya tidak puashati.

"Selagi i tak dapat bukti yang dia tak salah, selagi itu i takkan lepaskan dia. Sayang jangan risau, kita akan khawin juga nanti," balas Syed dengan senyuman kecil. Fryceyla tersenyum bahagia mendengarnya. Nurul hanya mampu menundukkan kepalanya.

"Sayang pulanglah dulu eh? Dah malam ni. Nanti ibu sayang cari sayang pula."

"Yelah. I pulang dulu tau. Esok kita jumpa lagi,"

"Okey, sayang," balas Syed. Fryceyla mengucup tangan Datin Mirah dan juga suaminya sebelum keluar dari rumah tersebut.

Datin Mirah lantas naik ke tingkat atas. Dia benci melihat wajah Nurul yang sudah memerangkap anak kesayangannya. Dato Fikri mengeluh sebelum menggeleng. Dia tengok Nurul seorang gadis yang baik je.

"Syed, nanti bawa Nurul pulang ke rumah Syed ke?"

"Yelah. Takkan nak biarkan dia pula? Syed masih belum puas dengan dia ni. Syed nak pastikan yang jadi ni adalah salah dia atau tak," balas Syed kepada ayahnya. Dato Fikri mengganguk faham.

"Yelah. Syed jangan buat yang lebih-lebih pula. Kena ingat kita ni manusia. Jangan menghukum orang lebih dari Tuhan menghukum manusia. Setiap manusia di muka bumi ni pasti akan buat kesilapan. Kalau dia salah, jangan hukum dia dengan kejam. Cukup Allah je yang balas," pesan Dato Fikri. Syed terdiam. Dato Fikri terus melangkah naik meninggalkan Syed dengan Nurul.

"Kau perempuan! Kalau kau salah dan yang jadi ni semua salah kau, aku takkan biarkan kau terlepas!" ujar Syed kepadanya. Nurul menelan air liur dengan kesat.

'Ya Allah, tolonglah aku.'









Adyan tergelak kuat di dalam biliknya. Dia berasa gembira kerana Nurul dan juga Syed sudah bergelar suami isteri. Dialah yang melaporkan kepada pihak Jabatan Agama Islam tentang hal tersebut. Dan dia juga yang bersembunyi di sebalik kawasan gelap di perumahan Syed Arnizam.

Dia pasti yang Syed takkan biarkan hidup Nurul senang dan bahagia. Dan itu membuatkan dia berasa gembira yang berganda. Melihat Nurul sengsara adalah kebahagiannya. Kalau dia tak boleh membuatkan Nurul derita, biar Syed yang buatkan gadis itu derita.

"Kesian kau kan? Mesti kau menyesal? Maafkan aku eh" kata Adyan sendiri lalu tergelak jahat. Melihat wajah Nurul yang sayu dan sedih terimbas di fikirannya.

"Nurul, Nurul. Aku ucapkan selamat pengantin baru sayang," katanya lagi. Bibirnya tersenyum senget memikirkan rancangannya yang seterusnya.

Itu masih belum cukup untuk dirinya. Dia masih belum puas. Dia mahu lakukan sesuatu yang lain untuk membuatkan Syed dan juga keluarganya makin bertambah benci dengan gadis itu. Dia akan pastikan hidup Nurul tidak akan tenang dan juga bahagia! Kerana melihat Nurul gembira akan membuatkan dia tidak senang.

"Kau tunggu jelah nasib kau yang seterusnya nanti. Aku akan pastikan kau takkan bahagia. Tunggu je eh? Maafkan aku," katanya lalu tergelak sinis.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top