H-28
Pintu kereta dikatup dan sejambak bunga baby breath secara tiba-tiba telah mendarat tidak jauh dari wajah putih bersih si gadis itu.
Dahinya berkerut. Doyun? Apa dia buat di depan rumahnya pada lewat malam ni?
Dan dia tampak lain. Penuh dengan gaya. Tidak macam Shim Doyun yang dia lihat sebelum ini.
"Noona, kita sukakan noona"
Gahyeon terdiam disaat pengakuan drastis yang dilakukan oleh lelaki itu.
"Kau suka aku..?"
Doyun mengangguk laju lalu dia kembali bersuara lagi namun kali ini nada suara tampak berubah menjadi suram begitu juga raut wajahnya.
"Tapi kita tahu, noona sukakan Chuljin hyung. Jadi kita sengaja buat pengakuan sebelum kita dipindahkan nanti"
"Dipindahkan? A-apa maksud kau? Jadi kau dah tak bekerja di sana lagi ke?"
Bertalu-talu soalan dikeluarkan olehnya. Doyun sekadar tergelak kecil apabila melihat reaksi Gahyeon yang begitu spontan.
"Jangan risaulah noona, kita bukannya berhenti kerja pun. Kita cuma berpindah ke tempat yang lebih baik"
"Jadi kita bawa bunga ni untuk noona sebagai tanda perpisahan. Ambillah"
Gahyeon merenung sejambak bunga indah bersih itu. Jadi bunga ini sebagai tanda perpisahan? Kenapa dia perlu pergi secepat ini?
Yang datang mesti akan pergi bukan? Itulah kehidupan. Dengan perlahan tangannya menyambut huluran jambakan bunga tersebut.
"Terima kasih dan macam mana kau tahu aku sukakan Chuljin eh?"
"Itu rahsia. Dan kita tahu juga yang hyung pun sukakan noona jadi noona buatlah pengakuan sebelum terlambat ye"
Tanpa berlengah lelaki itu mencicit berlari meninggalkan keadaan Gahyeon yang masih terpinga-pinga.
━─━────༺༻────━─━
Seluruh kota Seoul yang indah ditatap. Walau dalam keadaan malap namun ianya masih dapat mengekalkan keindahannya dengan ribuan cahaya kenderaan di jalanan.
Wain yang masih tinggal sisanya disisip sehingga habis. Dengan perlahan sepasang lengan mulai melingkari pinggangnya.
"Termenung apa itu? Kenapa minum tak ajak sayang hm?"
Bitna tergelak kecil. Dia meletakkan gelas wain itu di meja sisi sebelum menghadap tubuh badannya memandang wajah sang suami.
"Esok ada majlis pelancaran buku terbaru jadi sayang saya ni tak boleh minum hari ni. Esok kita sambut besar-besaran okay?"
Pipi milik Jisoo diusap lembut. Jisoo hanya mengangguk kecil. Gadis itu kembali memandang kota Seoul yang terpancar melalui cermin kaca besar begitu juga Jisoo.
"Lusa hari peringatan Kyung"
Jisoo secara tiba-tiba bersuara. Dapat dilihat raut wajah sang isteri yang kian berubah melalui pantulan tingkap kaca itu.
"Agak-agak apa jadi pada dia..? Adakah dia berada di syurga ataupun..neraka?"
Jisoo terdiam buat seketika. Soalan yang diajukan ini sungguh seakan-akan soalan kbat. Seperti mana ia hanya menggunakan jawapan sendiri dan boleh diterima sekiranya ia masuk akal.
"Itu semua kerja tuhan, biarlah hanya tuhan sahaja yang tahu. Maaf, sebab dah rosakkan suasana"
Lantas Bitna menggeleng kecil. Bukan salah suaminya. Dirinya yang terlalu emosi.
Bukan. Seharusnya nama lelaki itu tidak perlu meniti lagi di atas segala perbuatannya terhadap dirinya dan suaminya.
Ia sungguh menyakitkan walaupun kisah itu sudah berlalu beberapa tahun. Dan lelaki itu pun sudah tiada di muka dunia ini lagi.
"Dah jangan fikirkan lagi, tengok pemandangan tu cantik bukan?"
"Cantik macam sayang?"
Jisoo mengangguk bersama tawa kecilnya. Dieratkan lagi pelukan itu.
Siapa sangka bermulanya hubungan di antara doktor dan pesakit terus menjadi kawan dan akhirnya sudah menjadi pasangan hidup. Sesungguhnya tuhan maha merancang.
Kesakitan, keseronokan malah kesedihan itu kini mereka dapat berkongsi bersama.
━─━────༺༻────━─━
The End..
💌 : Akhirnya habis jugak fanfic ni ehe lama betul masa diambil eh hshshshh Oh nampak macam endingnya tergantung ke? Ada bau-bau season 2 ke ni? HAHAAHGAGS aku pun tak tahulah nyah.
Oh! by the way, aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada yang setia fanfic ni syukur sangat-sangat. Sumpah aku cakap dengan adanya korang even sorang yang baca, itu pun dah buat aku semangat nak update dan teruskan even harapannya sikit.
Dalam masa terdekat aku akan publish ff wonwoo so sesiapa mahu ditag jangan malu-malu gichuw hehe aku tak makan orang pun aku makan sardin je hshshshdh
Spread love, no hate bro !
❤️❤️❤️❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top