H-18
Nafas yang tercungap-cungap akibat berlari tadi tidak dihiraukan lalu dengan perlahan kakinya melangkah mendekati lelaki tersebut.
"K-kamu.."
Lelaki itu mengangkat wajahnya memandang Gahyeon.
"Siapa nama kamu?"
"Hong Jisoo imnida"
Lidah si gadis itu menjadi kelu malah tubuhnya turut terkaku disitu. Budak yang dicarinya selama ini kini berada di hadapannya.
"Akhirnya..aku jumpa kau.."
Mungkin inilah hasil kerja kerasnya selama ini. Walau hanya sedikit namun dia bersyukur kerana tuhan masih lagi mendengar rayuannya.
Tuhan, terima kasih.
"Ceritakan apa yang kamu nampak pada hari kejadian"
Jisoo kelihatan teragak-agak untuk membuka mulutnya. Terasa gugup pula seluruh tubuhnya. Ruang sekeliling ditilik beberapa detik.
Gahyeon yang perasan akan kegelisahan jejaka itu, cuba untuk menenangkan jejaka tersebut.
"Jangan risau, di sini selamat"
Jisoo menghela nafas kecilnya. Pandangannya ditunduk. Entah dari mana dia patut mulakan. Dia bingung buat seketika sebelum membuka bicara.
"Saya tak tahu nak cerita, ianya pelik.."
"Mereka seperti dipukau"
Jisoo meraih pergelangan tangan Gahyeon yang sedang menulis itu. Sepasang iris milik Jisoo itu menatap elok ke dalam iris milik Gahyeon.
"Diorang seolah-olah dipukau untuk membunuh diri"
Pen hitam yang masih dipegang telah dilepas perlahan. Gahyeon menarik semula pergelangan tangannya. Wajahnya menunjukkan sedang memikirkan sesuatu.
Pukau? Bunuh diri?
"Jadi kamu nak cakap yang si pelaku itu dah pukau keluarga kamu dan diorang bunuh diri melalui pukauan itu?"
Jisoo mengangguk kecil. Gahyeon menyandarkan tubuhnya seketika.
"Kamu tunggu sekejap"
Dia bangun lalu meninggalkan Jisoo keseorangan di dalam bilik siasatan. Pintu bilik pemerhatian yang tidak jauh dari bilik siasatan tersebut dikuak perlahan.
"Korang dah dengar kan?"
Seungkwan mengangguk begitu juga Doyun yang turut menganggukkan kepalanya bersama wajah polos.
"Apa pendapat korang?"
"Kita tak tahu, kita rasa kes ni hebatlah. Macam mana dia boleh pukau orang untuk membunuh eh?"
Ujar Doyun teruja. Lantas kepalanya diketuk perlahan oleh Seungkwan.
"Eh budak, tak payah nak teruja sangat"
Doyun menggosok sedikit kepalanya yang diketuk oleh lelaki itu. Nasib baik senior kalau junior dah lama dia saman si anak Boo ni sebab main ketuk-ketuk kepala orang.
"Kes ni memang jarang berlaku, rasanya tiga dalam sepuluh"
Gahyeon mengangguk. Betul tu, kes ini memang jarang berlaku di Korea. Tubuhnya dipeluk lalu pandangannya beralih memandang susuk tubuh Jisoo melalui pantulan cermin.
"Korang bertahanlah, aku dapat rasa yang kes ni akan jadi semakin rumit. Siap sedia"
━─━────༺༻────━─━
Kelihatan sesusuk tubuh sedang berdiri di sebalik dinding. Sesekali matanya menjenguk ruang balai itu.
Senyuman kecil diukir saat dia melihat figura yang sedang mendekati dirinya.
"Sudah?"
Jisoo mengangguk kecil. Mereka berdua mula melangkah perlahan menuju ke pintu keluar.
"Terima kasih, aku dapat rasakan beban ni terasa ringan sedikit"
"Jadi, belanjalah aku"
Kening lurus berwarna kelabu lembut dijungkit Bitna. Jisoo mengedipkan kelopak matanya beberapa kali lalu dia mengangguk kecil. Comel.
Tanpa disedari sepasang iris secara tidak langsung sedang memerhati gerak-geri mereka berdua.
Hujung bibir naik seinci pada wajah lelaki yang berpakaian serba hitam. Iris miliknya itu terus berubah menjadi tatapan yang agak menakutkan.
"Jadi kau lebih memilih budak itu ya sayang?"
"Kau tetap aku punya. Selamanya"
━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..
💌 : Terima kasih banyak-banyak sebab masih baca karya aku yang tak seberapa ni. Dan terima kasih sebab masih sudi untuk vote dan comment dalam ni. Insyallah aku akan habiskan buku ni dalam bulan ni jugak. Nah this is for you sayang saya ! ❤️❤️❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top