H-16
"Terdapat beberapa warga asing yang telah masuk ke Korea menggunakan nama Xander. Kebanyakkan nama ini digunakan sebagai nama terakhir mereka"
"Dan termasuk warganegara Korea yang mempunyai keluarga campuran"
Terang Doyun panjang lebar. Beberapa keping kertas dihulur kepada ahli-ahli unit jenayah berat itu.
Terdapat banyak gambar beberapa orang di dalam kertas itu. Warga asing dan juga beberapa warganegara Korea yang berdarah campuran.
"Chuljin, rasanya kita pernah nampak dia ni"
Jari si gadis itu sekarang melekat pada gambar seorang lelaki. Pelipis lelaki itu diukir seribu garisan.
Betul. Lelaki yang mereka baru berjumpa hari itu ketika mereka ingin menyiasat kes budak yang hilang itu. Walaupun hanya bersemuka sebentar tetapi dia yakin wajah lelaki itu sama seperti di dalam gambar.
"Jadi nama keluarganya Xander? Patutlah kacak"
━─━────༺༻────━─━
"Ahjumma?"
Selangkah demi selangkah dijejak lantai bercorak marble putih itu. Iris miliknya meliar mencari kelibat tuan rumah.
Apabila dilihat kembali keadaan di dalam rumah itu, sungguh dia merindui suasana seperti dulu. Dimana mereka sekeluarga akan berkumpul pada hari Chuseok di rumah makciknya.
Suasana di situ kelihatan hidup saat dia mengingati kembali wajah-wajah tersayang.
"Jisoo? K-kamu datang..?"
Jisoo mengangguk kecil. Puan Hong mendekati anak saudaranya itu.
"Kamu dah keluar ya sayang? Terima kasih"
Erat pergelangan tangan Jisoo digenggam. Bersyukur wanita itu kerana hasratnya sudah tercapai. Dia melihat Jisoo yang sudah tidak kelihatan takut ingin keluar dari zonnya.
"Duduklah, ahjumma buatkan kamu air"
"S-saya bawa kawan"
Kedua kelopak mata wanita itu dikerlip beberapa kali. Bitna kini memunculkan dirinya di sebalik pintu. Puan Hong mengukir senyuman kecil. Ingatkan siapa tadi.
"Bitna kamu datang? Duduklah"
Bitna mengangguk lalu melabuhkan punggung di atas sofa begitu juga Jisoo. Melihat puan Hong yang sudah beredar, Bitna membuka bicara.
"Kau cakap apa tadi? Kawan?"
"Kenapa? Tak boleh ke aku cakap macam tu?"
"Tak bukan. Maksud aku kau betul-betul percayakan aku dengan menganggap hubungan kita sebagai kawan? Dan bukan sebagai seorang doktor dan pesakit?"
Jisoo mendiamkan dirinya sedetik. Kenapa dia secara tiba-tiba menganggap Bitna seorang kawan? Walhal mereka baru kenal tidak sampai sebulan.
"Jadi, kau jadilah kawan aku. Aku tak ada kawan"
Kedua iris coklat gelap milik si gadis itu direnung dengan dalam. Menunggu jawapan darinya.
"Baiklah, kita kawan"
Bitna tersenyum dengan lebar. Buat kali pertama dia tersenyum selebar ini dan pada seorang lelaki.
Disebabkan masa silam yang pernah dialaminya dia cukup takut ingin memberi kepercayaan kepada orang asing. Entah mengapa saat bersama dengan Jisoo hatinya terasa tenang.
Mungkin mereka mempunyai banyak persamaan. Persamaan yang hanya tuhan sahaja yang mengetahuinya. Yang bakal terungkai sebentar lagi.
━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..
💌 : Terima kasih banyak-banyak sebab masih baca ff ni. If you don't mind, just click the beautiful star. Saya sayang anda semua
❤️❤️❤️❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top