H-15

"Joo Nayoung telah meninggal pada 29 november pukul 2:14 pagi"

Kain putih yang menutupi separuh tubuh Nayoung itu ditarik sehingga ke kepalanya. Chuljin mengatur langkahnya keluar dari wad itu. Dia meraup wajahnya seketika lalu kelopak matanya dipejam.

"Kau okay?"

Bahu jejaka itu terhinjut tatkala suara itu menerpa. Satu keluhan berat dikeluarkan.

"Kau tak rasa kes ni hampir sama macam kes di kampung Chiseong tu?"

Pandangan jejaka itu terus beralih memandang wajah mulus Gahyeon. Si gadis itu menganggukkan kepalanya setuju dengan apa yang diucapkan rakannya itu.

Memang betul hampir sama. Semuanya tampak biasa namun secara tiba-tiba mereka mati mengejut. Dan bila dibuat ujian DNA tiada apa-apa yang mencurigakan kecuali cap jari mangsa.

"Aku jumpa..satu kelaran yang kau tunjukkan pada aku hari tu. Kes budak yang hilang tu"

"Kau p-pasti?"

Chuljin mengangguk. Telefon dikeluarkan dari kocek seluar sebelum dia menghulur kepada Gahyeon.

"Cuba perhatikan betul-betul"

Gahyeon akur lalu ditilik dengan penuh tekun gambar yang diambil oleh Chuljin. Memang betul, kelaran beberapa abjad itu betul-betul serupa cumanya ia dilakar pada bahagian yang berbeza dari sebelum ini.

"Kau faham apa yang ditulis?" Soalan Chuljin itu dibalas dengan sebuah gelengan kecil. Dia pun tidak berapa pasti.

"Xander"

Buat kali kedua bahu milik Chuljin terhinjut termasuk Gahyeon. Gahyeon memandang si empunya suara itu. Wajahnya kelihatan agak serius tidak seperti sebelum ini yang sentiasa polos.

"Kau faham apa maksudnya?"

Doyun mengangguk kecil sebelum bersuara kembali.

"Itu tulisan Greek ataupun yunani pada zaman kuno dulu. Kalau diterjemah jadi Xander"

"Mungkin perempuan tu dibunuh tapi dibuatnya seperti kes bunuh diri"

Ucap Doyun lagi. Nampak tak kebolehannya? Nampak saja budak itu tidak berguna tetapi siapa tahu kepintarannya.

"Xander.." Gahyeon bergumam sendirian. Kedengaran seperti nama orang. Hujung kuku ibu jari digigit secara tidak sedar.

"Doyun, pergi balai dan cari maklumat tentang Xander"

Selepas menerima arahan, pemuda itu mengangguk lalu beredar dengan langkah yang besar.

"E-encik.."

Lengan milik Chuljin itu disentuh oleh seorang wanita berumur.

"Tolong siasat siapa yang dah buat macam ni pada Nayoung. T-tak mungkin Nayoung bunuh diri"

Satu senyuman kecil diukir oleh lelaki itu. Kedua pergelangan tangan wanita itu diraih cuba untuk menenangkannya lalu wajah wanita itu ditatap.

"Makcik jangan risau, kami akan tolong"

Jika dilihat sekarang ini tampaknya wajah wanita itu sungguh sedih kerana anak kesayangannya sudah tiada di dunia. Diusap kecil pergelangan tangan yang kian menua itu.

━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..

💌 : Hai sayang-sayang saya ! Terima kasih sebab masih sudi setia dengan ff ni. Jumpa esok tau ! ❤️❤️❤️❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top