H-14
Kelihatan Kyung sedang memasuki ke dalam sebuah rumah usang yang terletak jauh dari bandar.
Segala titisan air hujan yang menitis di baju hoodie miliknya dikesat dengan kasar.
"Menyusahkan betul"
Dia merenung pemandangan ke luar jendela yang masih dihujani lebat membasahi bumi. Bayangan wajah gadis pujaan hatinya kini menerpa masuk ke dalam mindanya. Dia begitu rindukan gadis itu.
"Kenapa kau mengelak dari aku?"
"Kau dah tak sayangkan aku?"
"Tapi aku sayang kau, kau milik aku. hehe"
Pandangannya beralih memandang ke tingkat atas dimana terdapat seorang gadis yang masih tidak sedarkan dirinya. Dengan perlahan dia menaiki anak tangga satu persatu. Bibirnya pula bergerak seperti sedang menyanyikan sesuatu.
Kyung melihat gadis itu yang sedang diikat dengan menggunakan tali tebal.
'Wartawan Joo Nayoung'
Ubun-ubun milik Nayoung disentuh. Lembut. Sesekali dia menilik wajah si gadis itu yang masih tidak sedarkan dirinya.
"Kau cantik tapi sayangnya kau bodoh"
"Bodoh sebab ikut cakap ketua kau untuk buat liputan tentang kampung tu"
Mata yang ditutup dengan rapat dengan perlahan dibuka. Pandangannya agak kabur sehingga membuatkan si gadis itu menimbulkan beberapa garisan di dahi.
Nayoung agak terkejut sedikit tatkala melihat wajah Kyung bersama dengan satu senyuman.
"K-kau siapa?"
"Kenapa aku di sini? Di mana aku?"
Lelaki tampan itu berdiri. Sekali lagi dia merenung ke luar jendela. Menikmati setiap bunyi titisan hujan.
"Aku tanya kau. Kenapa tak jawab? Kenapa kau buat aku macam ni??"
Ujar Nayoung dalam nada desakannya. Setelah dia lama berdiam, lelaki itu memulakan perbicaraannya.
"Masih tak ingat tentang nenek tua tu? Kau yang buat liputan bukan?"
Dia berpaling sambil menguntumkan sebuah senyuman. Ditatap sepenuh hati ke dalam iris milik gadis itu. Nayoung cuba mengingati kembali. Nenek tua? Adakah dia maksudkan kampung Chiseong?
"K-kenapa?"
"Kau nak tahu? Akulah yang bunuh nenek tu"
Nayoung tersentak. Kelopak matannya kelihatan bergetar. Nafasnya kini seakan terhenti. Sekarang dia bersama dengan seorang pembunuh memang patut dia berasa gerun. Air liur ditahan kelat.
"A-aku tak percaya. Lepaskan aku"
Kyung ketawa besar. Dia tidak menyangka si gadis itu tidak mempercayainya. Apakah dia betul-betul polos ataupun berpura-pura polos?
"Jadi kau tak percayakan aku?"
Nayoung berdiam diri. Dia bingung sama ada mahu mengangguk ataupun menggeleng.
"Biar aku buat kau untuk percayakan aku"
"A-apa kau nak buat? Tolong jang-"
"Jangan takut sayan, aku akan buat seperti mana aku buat dekat nenek tu. Aku takkan sentuh kau, percayalah"
━─━────༺༻────━─━
"Joo Nayoung, seorang wartawan di stesen SBC tidak dapat dijejaki sejak 49 jam yang lalu"
"Joo Nayoung?"
Gahyeon mengerutkan dahinya. Wajah Nayoung di dalam skrin projector direnung. Wajah ini seperti pernah dilihatnya.
"Kenapa? Noona kenal dia?"
Soalan Seungkwan dibiarkan. Hanya jari milik si gadis itu yang bergerak bermain pen hitam.
"Kau ingat lagi tak tentang kes penyeluk saku dekat sungai Han?"
Seungkwan mengangguk kecil.
"Dialah mangsa tu. Joo Nayoung"
"Kau sempat berjumpa dengan dia?" Soal Chuljin pula. Gahyeon mengangguk laju.
"Kita kena cari dia cepat. Doyun, kamu ikut Gahyeon pergi stesen SBC. Korang berdua ikut saya"
Kesemua ahli di unit jenayah berat itu mengangguk faham pada arahan ketua Lee. Terus mereka berpecah lalu bergerak dengan laju.
Kunci kereta yang baru sahaja dikeluarkan oleh Gahyeon terus dirampas oleh Doyun sehingga membuatkan si gadis itu terkejut kecil.
"Kenapa kau ni?"
"Biar kita yang pandu. Noona duduk je kat sebelah kita hehe"
"Kau boleh memandu?"
Doyun mengangguk lalu memasuki ke dalam perut kereta Range Rover Evoque itu begitu juga dengan Gahyeon.
Setelah enjin dihidupkan, kereta berjenama mewah itu terus meluncur laju ke jalan raya.
"Noona punya kereta ke ni? Kaya betul noona eh"
Ujar Doyun sambil terkekeh kecil.
"Aku rasa kau lagi kaya dari aku. Setakat model ni apalah sangat bagi kau kan?"
Doyun mengangguk mengiyakan kata-kata Gahyeon. Memang betul pun setakat model Range Rover ni dia boleh beli sepuluh biji tak ada hal punya.
Kedua iris milik si gadis itu kini beralih pada stereng.
Wajahnya begitu kagum dengan skill memandu dari Doyun itu. Sungguh maskulin walaupun sebenarnya otaknya kerek.
"Kenapa noona tengok kita macam tu? Tahulah kita comel"
Dengan segera Gahyeon melarikan pandangannya. Doyun sudah terkekeh melihat raut wajah Gahyeon.
━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..
💌 : Sedekahkanlah vote hehe terima kasih ❤️❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top