H-12

"Ini ke tempatnya?"

Lelaki itu mendonggak kepalanya melihat pagar berbatu yang agak tinggi. Sungguh tinggi betul privasi kawasan rumah di situ. Gahyeon sekadar membiarkan persoalan Chuljin tidak berjawab lalu dia menekan punat loceng.

"Maafkan saya, boleh saya berjumpa dengan tuan rumah?" Sopan Gahyeon menyoal sambil membongkok sedikit tubuhnya bagi menyamakan paras dengan kamera yang tersedia di loceng tersebut.

"Siapa ya?"

Dengan segera dia menunjuk sekilas kad kerjanya di hadapan kamera.

"Kami dari balai polis Seoul. Saya ada beberapa soalan pada puan"

Klak!

Secara automatik pintu berpagar itu dibuka dan terdapat seorang wanita separuh abad yang lengkap berpakaian hitam datang menghampiri mereka berdua.

"Masuklah, tuan rumah ada di dalam" Pelawanya. Lagaknya seperti pembantu rumah. Dengan penuh sopan mereka melangkah memasuki ke dalam rumah tersebut. Sesekali mata Chuljin menilik dengan tajam pada setiap sudut rumah agam itu.

"Puan, mereka datang mahu berjumpa dengan puan. Katanya ada beberapa soalan"

"Annyeonghaseyo" Serentak mereka berdua menunduk sedikit pada seorang wanita yang sedang duduk di kerusi rodanya. Pembantu rumah itu menolak perlahan kerusi itu mendekati ruang tamu.

"Duduklah" Ujarnya lalu melemparkan senyuman manis.

"Maafkan saya kalau mengganggu cuma saya nak bertanya, adakah puan pemilik asal rumah ni?"

Wanita itu menggeleng perlahan.

"Tak adalah, saya hanya menyewa di sini. Kenapa ya?"

"Puan pernah nampak budak ni? Katanya dia anak pemilik rumah ni"

Sekeping gambar dihulur kepada wanita itu. Terdapat seorang budak remaja lelaki yang lengkap berpakaian sekolah. Budak ini seperti pernah di lihatnya tetapi dia tidak pasti. Dahinya menimbulkan kerutan halus cuba untuk mengingati.

"Mama?"

Serentak mereka bertiga memandang ke arah empunya suara itu. Seorang lelaki sedang berdiri elok sambil memandang hairan ke arah Chuljin dan juga Gahyeon. Sempat lagi dia menunduk hormat menyapa mereka berdua.

"Kyung ah, kamu dah balik?"

Lelaki itu mengangguk kecil lalu tersenyum. Tidak lama kemudian dia mengatur langkahnya menuju ke bilik. Sedang lelaki itu berjalan perlahan, senyuman yang diukir tadi dengan perlahan bertukar menjadi senyuman sinis.

Pintu biliknya ditutup rapat. Mata tajamnya itu memandang ke arah sebuah rak kayu yang dipenuhi dengan beberapa buah buku. Sepasang tapak kakinya melangkah menuju ke arah rak tersebut.

Kini rak itu terbahagi kepada dua tatkala lelaki itu menolak perlahan rak kayu itu. Ruangan yang begitu gelap dilengkapi dengan beberapa buah komputer dan juga satu lagi rak kayu dimana ianya lebih tinggi daripada rak kayu yang berada di luar tadi.

"Rasanya saya pernah nampak dia"

Kyung melabuhkan punggungnya di kerusi sambil matanya tertumpu pada skrin komputer. Tidak sia-sia dia memasang cctv secara rahsia di seluruh rumahnya.

"Terima kasih sebab datang. Aku pun tengah cari mana budak tu sekarang" Gumam lelaki itu secara perlahan.

"Encik boleh tanya ejen hartanah rumah ni, mungkin dia tahu"

"Siapa?"

"Hong Wooran. Mungkin dia boleh tolong"

Alatan kawalan jauh dicapai lalu punat berwarna merah ditekan. Lantas jejaka itu berdiri bersama senyuman lebarnya. Dia teruja. Ya dia begitu teruja. Nampaknya permainan ini belum berakhir lagi.

"Hidup? Mati? Dimana kau ya budak? ehehe"

"Hidup. Aku tahu kau masih hidup tapi kenapa kau tak bermain dengan aku?!"

Alat kawalan itu dibaling kuat sehingga membuatkan serpihan berselerak di atas lantai. Tak lama kemudian dia ketawa girang.

"I'll find you"

"We gonna play a game"

"Again"

━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..

💌 : Hai teman teman ! hehe Terima kasih banyak sebab masih baca fanfic ni. Dan pada masa yang sama aku hargai sangat pada sesiapa yang masih vote dan comment. Nah kasih sayang dari saya ♡♡♡♡♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top