H-02

"Lain kali hati-hati. Won.Bit.Na"

Kaki si gadis itu mulai bergetar tatkala suara garau milik lelaki itu menyerbu ke cuping telinganya. Sengaja lelaki itu mendekati Bitna bersama senyuman yang sukar ditafsir. Tangan yang memegang barang milik Bitna dihulur perlahan.

"Tak nak ambil?"

Lama lelaki itu menunggu sahutan dari Bitna. Senyuman itu masih lagi melekat di bibirnya.

"Kita jumpa sekali lagi sayang..?" Perlahan lelaki itu berucap sambil matanya menilik setiap sudut wajah bersih gadis di hadapannya.

Semakin lama ia di pandang, semakin cantik. Kelihatan lelaki itu cuba untuk menyentuh pergelangan tangan gadis itu namun segera Bitna menjauhi dirinya. Memori pahit secara tiba-tiba masuk ke dalam mindanya. Kepalanya dipegang erat lalu dengan segala kudratnya melangkah laju menuju ke tandas meninggalkan lelaki yang masih berdiri di situ.

"Ri Kyung..Perlu ke kau tunjukkan muka kau depan aku?!" Tinggi nadanya bersuara. Memori yang dia ingin hindari kini muncul dalam sekelip mata sahaja gara-gara lelaki yang bernama Ri Kyung itu. Dia yakin bahawa lelaki itu sengaja memunculkan diri di hadapannya.

Nafas yang kelihatan laju kini menjadi tenang semula selepas dia menarik nafas seketika cuba menenangkan diri. Namun tidak di kepalanya yang dari tadi asyik berdenyut laju. Pandangan yang jelas dengan perlahan menjadi semakin kabur. Perasaan ini dia cukup bencikannya. Perasaan lemah malah tubuh badannya juga terasa lemah. Terus tubuh gadis itu rebah menyembah lantai.

━─━────༺༻────━─━

Terlihat kelibat yang tidak dikenali mulai masuk ke dalam ruang yang mewah. Senyap sunyi malah ia gelap gelita. Pintu utama ditutup rapat lalu dengan perlahan lelaki itu menaiki anak tangga satu persatu. Senyuman kecil mula terukir sedikit di bibirnya apabila memikirkan kejadian yang begitu menyeronokkan yang akan berlaku sebentar lagi.

"Hana"

"Dul"

"Set. Net"

Lelaki itu berdiri tepat di hadapan pintu bilik yang berwarna hitam. Direnung seketika pintu itu.

Tidak lama kemudian pintu itu dibuka perlahan dan terpapar sepasang suami isteri yang kelihatan seperti nyawa-nyawa ikan. Bau di bilik itu penuh dengan bauan hanyir disebabkan darah mereka yang merecik di merata tempat. Namun bauan itu telahpun menjadi salah satu kegemaran lelaki itu.

"Eodi kkaji watna, tto eodi sum eotna
Mame deureo watna, nanananana
I like you!"

Perlahan lelaki itu bernyanyi sambil tangannya ligat membuka beg plastik yang berwarna hitam.

Nak tahu lagu apa dia nyanyi?

t ara-roly poly ehehehe.

Sebilangan paku berkarat diambil dalam plastik lalu terus dia tersenyum. Lelaki separuh abad itu menggeleng lemah sebaik sahaja dia melihat paku berkarat itu. Di dalam hatinya kuat berdoa supaya tuhan melepaskannya dari genggaman lelaki ini. Cukuplah selama tiga bulan dia dan juga isterinya diseksa kejam oleh lelaki itu.

Ttuk!

"Apa yang kau termenungkan tu?"

Tersentak gadis itu apabila rakan sekerjanya menyapa. Dia mengurut sedikit dadanya akibat sergahan itu lalu kembali menilik beberapa fail di atas meja.

"Kau rasa siapa saksi kes ni selain dari budak yang hilang tu?"

Pemuda itu melabuhkan punggungnya di hadapan gadis itu. Fail itu dilihat sekilas.

"Kau masih siasat kes ni? Kes ni dah lama tutup takkan kau masih tak puas hati lagi?" Ujar lelaki itu. Gadis itu hanya mendiamkan diri tanda tengah memikirkan sesuatu. Kes ini bukan kes pembunuhan biasa.

"Aku peliklah, cuba kau tengok kat sini"

Segera Gahyeon menghulur dua keping gambar kepada Chuljin. Terdapat satu kesan seperti dikelar di pergelangan tangan mangsa itu. Bentuk kelaran itu juga bukan seperti kelaran biasa seperti mana mereka melihat sebelum ini. Ia seolah-olah pelaku itu sengaja melukis ia di tangan mangsanya. Malah kedua-dua bentuk juga sama tiada sedikit pun yang berbeza.

"Sama kan? Berkemungkinan pelaku yang sama terlibat dengan kes budak perempuan ni"

"Jadi kalau sama pun apa kau nak buat? Buka semula kes lama tu? Yah ketua Lee tu pun tak dapat selesaikan kes ni apatah lag-"

Terus terhinjut lelaki itu tatkala Gahyeon menghentak meja kuat. Tokojot den.

"Dengar sini, aku tak rasa budak tu hilang. Dia ada"

"Kalau dia ada kenapa dia tak munculkan diri? Kalau dia dibunuh pun mana mayatnya?? Mana berita tentangnya??"

Mereka berdua segera mengalihkan pandangan mereka tatkala suara itu mencelah. Kelihatan ketua Lee sedang berdiri sambil kedua tangannya diseluk ke dalam saku. Terus mereka berdua menunduk sedikit tanda hormat.

"Ketua, tolong biarkan saya buka semula kes ni" Gahyeon menatap kedua iris lelaki itu dengan penuh harapan. Berharap agar lelaki itu membenarkannya untuk menyiasat semula kes ini.

"Kalau saya tak dapat selesaikan juga kes ni, biar saya yang bertanggungjawab"

"Walaupun disuruh berhenti sekali pun?" Pedas ketua Lee menyoal.

"Ya"

Lantas ketua Lee mengangguk. Dia mendekati Gahyeon lalu membalas tatapan dari si gadis itu.

"Geurae. Buatlah sesuka hati kamu"

Terus ketua Lee beredar meninggalkan mereka berdua. Chuljin yang dari tadi hanya menjadi penonton mula bersuara.

"Kau betul-betul nak ambil alih kes ni? Kau biar betul? Benda apa yang kau nak tahu sangat?"

"Jawapan. Aku perlukannya"

Kini Gahyeon pula yang beredar meninggalkan Chuljin keseorangan. Lelaki itu menghela nafas beratnya. Keras kepala sungguh si gadis itu. Dia pun tidak faham dengan si gadis itu yang beria ingin membuka semula kes yang sudah lama tertunggak.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

To be continued..

꒰💌꒱ jajjang's messege: hai! Keep vote and comment. Thank you so much♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top