14

-----

29/10/2019
ARA

Ara merenung lama sebelum mengangguk, membuatkan Jungwon terkebil-kebil.

"Awak pasti? Tak menyesal? "

"Tak. Saya tak kesah apa yang akan jadi pada saya. Asalkan saya cuba untuk selamatkan diorang. " Jawab Ara dengan yakin.

Jungwon merenung Ara dengan riak wajah kosong.

"Jadi, macam mana saya nak jumpa BTS? Macam mana saya boleh selamatkan diorang? " soal Ara sambil berdiri dengan bersemangat.

Jungwon bingkas bangun tanpa sebarang kata. Dia menuju ke arah cermin lalu wajahnya direnung lama.

Ara memerhatikan tindakan Jungwon yang aneh itu.

"Uhh, J—Jungwon? "

"Kau beria-ria sangat nak selamatkan diorang... "

Terkedu Ara apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Jungwon.

Jungwon tersenyum senget, membuatkan bulu roma Ara tegak berdiri.

"K—kenapa awak senyum macam tuh? " Soal Ara, sudah tidak sedap hati.

Jungwon terkekeh kecil sebelum tubuh badannya dikelilingi suatu bayang yang gelap. Mata mula bertukar warna merah, membuatkan Ara mengundurkan diri dengan mulut yang terlompong besar.

"HAHAHAHAHA!! KAU NAK SANGAT JUMPA DIORANG KAN?! SELAMAT DATANG KE NERAKA BUAHAHAHAH!! "

Jerit Jungwon, namun suaranya bertukar seperti suara seorang nenek tua.

Ara menjerit takut dengan perubahan Jungwon yang aneh lagi dasyat itu. Dengan segera dia berlari ke arah pintu untuk membukanya namun usaha hanya sia-sia.

"ARKHHH BUKALAH PINTU! " jerit Ara dengan ketakutan.

"MATILAH KAU DENGAN DIORANG! "

Hanya sesaat kemudian, cahaya terang menyuluh seluruh bilik itu membuatkan Ara menjerit terkejut.

-----

??/??/2019
♔ BTS ♔

"Namjoon? Bunyi apa tadi tuh? "

Soalan dari Seokjin tidak terjawab.

Ikatan di tangan dan kaki terasa semakin longgar. 

Seusai tangan dan kakinya kini bergerak bebas, lantas dia membuka kain hitam yang terikat di mata.

"Yah, kenapa kau— "

Seokjin terkaku saat melihat Namjoon di hadapannya dengan perut yang mengalir darah tidak henti.

"N—NAMJOON!! "

"Ma—maafkan aku... " Namjoon tersandar di bahu Seokjin dengan lemah.

"No. No. No. Namjoon, Tolong bertahan! " Tangan Seokjin terketar-ketar memegang tubuh Namjoon. 

Darah yang semakin banyak mengalir membuatkan Seokjin semakin panik.

"A—Aku akan dapatkan bantuan. " Baru saja Seokjin ingin bangun, Namjoon menggenggam lengan Seokjin dengan erat.

"Takde gunanya. Takde sesiapa di sini. "

"JADI KAU NAK AKU TENGOK KAU MATI DEKAT SINI KE?! " Suara Seokjin meninggi, air mata mula mengalir laju.

Sungguh dia tak mahu kehilangan kawan karibnya itu.

Senyuman di bibir masih terukir di wajah Namjoon yang semakin pucat.

"Boleh tak aku nak rehatkan kepala di bahu kau...hyung? " Suara Namjoon semakin lemah.

Seokjin mengetap bibir. Rambut Namjoon diusap lembut.

"Kalau kau berjaya keluar dari tempat ni...T—tolong beritahu Army dan members kita yang lain...A—Aku sayangkan diorang.. "

Berakhirnya kata-kata itu, anak mata Namjoon perlahan-lahan tertutup rapat.

Tubuh Namjoon yang sudah tidak bernyawa tersandar di bahu Seokjin.

-----

sorry namjoon hiks :(

don't forget to vote and comments!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top