12
-----
29/10/2019
ARA
"Yoongi!! "
Kuat jeritan Ara memenuhi seluruh bilik hotel itu.
"Yah, kau mimpi apa nih sampai terjerit-jerit? "
Ara membetulkan kedudukannya sambil mengurut kepala yang terasa sakit. Perlahan-lahan kepala Ara menoleh ke tepi, memandang kawannya yang sedang berada di atas katil, menonton televisyen.
"Aku tertidur ke? " Tanya Ara, separuh terjaga.
"Haih, yelah. Kau terus tertidur selepas pergi breakfast tanpa aku..." Kata Eunbyeol bernada sindir.
Ara hanya membisu. Mata melirik ke arah jam. Sudah 1:30 petang. Dia masih tak makan ke?
"Kau masih tak makan lagi? "
Eunbyeol hanya menjeling tajam lalu bangun dari katil, mengambil beg tangannya.
"Belum. " Jawab Eunbyeol dengan dingin.
Perasaan serba salah mula timbul dalam diri Ara.
"Sorry—"
"Tak payah nak minta maaf. Pergilah cari BT—ke apa benda tuh. Aku takde mood nak cakap dengan kau. "
Berakhirnya kata-kata Eunbyeol itu, dia menghempas pintu dengan kuat, menyebabkan bahu Ara sedikit terjongket akibat terkejut.
"Kenapa dia marah sangat? Sebelum nih dia tak pernah pun badmood macam tuh. " Soal Ara sendirian.
Sejak pagi tadi, ada saja kejadian yang dasyat berlaku.
Segalanya berubah hampir 100%!
Ara mengeluh perlahan. Dia bingkas bangun dan berlalu ke bilik air, pergi membasuh muka.
Wajahnya yang basah kini direnung lama di cermin.
Mimpi tadi kembali bermain di fikiran.
"Itu mimpi atau....petunjuk? "
Ada sesuatu yang tak kena.
Mula-mula, dia terdengar suara seseorang.
Dan sekarang, mimpi pula?
Bagaimana kalau itu satu petunjuk bahawa diorang masih hidup?
"Ugh, peningnya kepala! "
Laju Ara menggeleng kepala. Semakin lama dia memikirkan mimpi itu, semakin sakit kepala dibuatnya.
Ara kembali ke ruang tamu sebelum melompat terkejut apabila ternampak Jungwon yang berada di atas katil.
"JUNGWON?! Tunggu, macam mana awak boleh masuk dalam bilik saya nih?! " Ara menjerit terkejut.
Soalan Ara dibalas dengan senyuman manis Jungwon.
"Tadi saya terserempak dengan kawan awak time dia keluar so saya minta lah kebenaran dia nak masuk. " Terang Jungwon.
Ara mendekati Jungwon lalu mengambil tempat duduk bersebelahan dengan dia.
"Kenapa awak datang? "
"Saya nak bagitahu sesuatu. "
Kening Ara terjongket tinggi. "Bagitahu apa? "
"Saya tahu macam mana awak boleh jumpa BTS. " Ujar Jungwon sebelum tersenyum sinis.
"Huh? Macam mana? " Ara memandang Jungwon dengan teruja. "
"Tapi—"
"Tapi apa? "
"Awak mungkin tak akan wujud di dunia nih lagi. Awak sanggup ke? " Tanya Jungwon mengurut lehernya sambil mengelak pandangan dari Ara.
Ara membisu. Fikiran semakin buntu.
Perlukah dia merisikokan nyawa sendiri untuk selamatkan mereka?
Atau—
Patutkah dia melupakan saja mereka seolah-olah mereka tidak wujud?
Lagipun, dirinya bukanlah sesiapa bagi mereka.
Betul, kan?
-----
heyoo! lama tak update enn hshshshs
don't forget to vote and comments!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top