9. πππ'π πππππππ
NADINE Aira mencuri pandang ke arah suaminya.
Entah apa yang lagi bermain main di fikiran lelaki itu sehingga wajahnya terlihat mencuka sejak tadi.
Genggaman tangannya pada stereng juga lama kelamaan mengeras. Seolah olah dadanya menyimpan api. Namun, amarah itu terpaksa ditahan sehingga makan diri sendiri. Gadis ini tunggu waktu yang sesuai. Takut pula sekiranya dia buka bicara, bait kata itu tiba tiba mengusik hati Rayne.
Silap hari bulan, mahu ke 'dalam' dek memandu luar kawalan.
Nadine Aira berdehem.
Matanya berkelip kelip. Barusan saja gadis itu ingin buka bicara, suara Rayne terlebih dahulu memecah sepi. Tak semena Nadine Aira tersenyum sumbing. Dia kenal peribadi Rayne itu seperti apa. Jikalau hatinya lagi panas, meskipun marah itu mampu untuk dipendam, tapi dia yakin Rayne pasti takkan bertahan lama.
Anarahnya kalau boleh dilampiaskan dengan segera. Biar tak melarat!
"I hate that guy."
Sepasang kening Aira terangkat. Dia tidak menyangka akan bicara itu.
Apatah lagi menebak amarah Rayne itu adalah berpunca daripada Ran.
Nadine Aira cuma pasang telinga. Dia tekun mendengar suaminya itu mengomel tanpa henti, melampiaskan apa yang menjadi ketidakpuasan hatinya sejak tadi. Telingkah lelaki itu mendapat tawa daripada Nadine Aira. Rayne mendengus, matanya menjeling tajam isterinya yang galak bergelak tawa sehingga berair mata.
"Aku ingat kau akan sekepala dengan Ran. Lagipun, kau berdua kan sama."
"Sama? Sama dari segi apa?"
"Perangai?"
Rayne Arzhael menggeleng kepala.
Dia membangkang bicara itu sekeras kerasnya. Dari segi aspek mana pun, dia tidak mahu disamakan dengan lelaki asing yang cuma dia kenal dengan nama itu. Sekepala? Sila mati! Pada pertemuan kali pertama lelaki itu sudah mencari pasal dengannya. Bukannya bersambut salam sebagai teman tapi mengajak bermusuh.
"Macam mana kau boleh kenal dia?"
"Setahu aku, Cik Muda Aira jarang nak berteman dengan orang."
Nadine Aira menggulingkan matanya.
Dia sudah lali dengan perangai Rayne yang suka mengusik dengan nada sinis. Gadis itu silangkan lengannya di dada lantas dia buang pandang ke luar lewat tingkap kereta. Pertanyaan Rayne dibiarkan sejenak tanpa balas.
Tak semena telingkah gadis itu yang sengaja membisu bikin Rayne menjadi tak keruan. Dia sehingga jadi terdesak untuk tahu. Tambah tambah lagi dengan perangai si isterinya yang suka jual mahal untuk kunci mulut. Rayne mencemik, genggaman tangan lelaki itu pada stereng dieratkan.
"Sejak lima tahun lalu."
"Selepas kau keluar dari rumah tu."
Usai bicaranya jeda, gadis itu melirik wajah suaminya.
Dia tebak, wajah mencuka itu makin melarat. Tapi, senyuman pula terlihat terlukis pada bibir Rayne Arzhael. Si isteri dilanda kebingungan. Raut wajah suaminya itu sukar untuk gadis ini tafsir. Entah maksud di sebalik air muka itu baik baik saja atau wajah itu menceritakan sebaliknya pula.
"Haha, I win!"
"Sebab aku kenal kau lebih lama."
Bukan main melebar senyumannya.
Nadine Aira tepuk dahi sendiri.
Dia tidak menyangka pula suaminya ini punya perangai persis anak kecil.
"Kau dari mana tadi?"
Topik perbualan dialih. Giliran gadis itu pula menyoal Rayne Arzhael.
Rayne Arzhael lirik sejenak wajahnya sebelum lelaki itu kembali fokus memandang arah hadapan. Lelaki itu pula yang sengaja berdiam diri.
Namun, Nadine Aira tetap menunggu.
"Aku jumpa kawan lama."
Jawabnya, cukup setakat itu sahaja.
Gadis itu juga tidak bertanya lanjut. Dia iyakan sahaja.
Barangkali ada asbab mengapa Rayne tidak mahu berbicara tentang itu. Jawapannya juga singkat seperti dia mahu lekas mengalih inti perbualan. Nadine Aira juga tidak tertarik untuk tahu. Jikalau Rayne Arzhael mahu berkongsi, dia senang hati memasang telinga untuk mendengarnya.
Tapi, lelaki itu terlihat seperti perkara itu lebih selesa untuk didiamkan.
Jadi, dia tidak mahu untuk tahu.
*
*
*
Siang sebelum dia ke ekspo seni atas permintaan Nadine Aira.
Panggilan telefon yang diterima awal pagi itu bawa dia ke tempat ini.
Ralit matanya mengerling ke segenap ruangan sehinggalah dia melihat seorang remaja melambai lambai ke arahnya. Sebaik melihat remaja lelaki itu, dia hayun langkahnya mendekati. Tempat kosong di hadapan remaja itu diduduki olehnya. Kala itu, dalam dirinya menyimpan debar.
Entah mengapa remaja ini sehingga meminta untuk menemuinya.
Dan, apa tujuan remaja ini menemui dirinya setelah sekian lama.
"Saya nak bercakap sesuatu."
"Saya nak beritahu encik pasal hari kejadian empat tahun yang lepas."
Rayne Arzhael tersentak. Dia genggam kemas jemarinya yang menggigil.
Hatinya mendesak supaya dia angkat kaki, tapi mindanya pula diulit perasaan ingin tahu. Jikalau remaja ini sehingga sanggup datang jauh jauh semata mata untuk menemuinya, apa yang ingin dia bicarakan itu pasti hal yang cukup penting bagi Rayne.
"Maaf sebab baru sekarang saya nak datang jumpa encik."
"Pasal kejadian tu, saya..."
Pprang!
Bunyi hempasan kaca ke atas lantai melenyapkan lamunan lelaki itu.
Tak semena mindanya tiba tiba kacau apatah lagi setelah mendengar bunyi mangkuk kaca terhempas berkecai. Rayne terduduk dek lemah lututnya. Cepat cepat dia menekup telinga. Dia mahu menepis bunyi bising yang menampar nampar telinga.
Sehinggalah dia rasakan sehelai tuala diletakkan di kepalanya.
Dia angkat matanya yang menggeletar sehingga jatuh menatap wajah itu.
Senyuman hangat terlukis pada bibir isterinya, menyambut tatapan mata redupnya yang berkaca. Nadine Aira elus lembut rambut suaminya lantas dia raih tubuh lelaki itu, didakapnya erat. Tubuh Rayne yang tadinya menggigil ketakutan perlahan lahan berubah tenang. Telinganya yang tak henti dibaham bunyi bising juga perlahan lahan memudar bunyi itu.
Telapak tangan isterinya terasa menepuk lembut belakang tubuhnya.
Perlahan lahan bagi menenangkan lelaki itu yang diserang gelisah.
Rayne diam seribu bahasa.
Setitis air mata tumpah ke cerun pipi dari sepasang mata yang berkaca.
Namun, dakapan isterinya bikin dia rasa selamat. Sehingga ketakutan yang menekan dirinya lama kelamaan hilang. Dia rasa nyaman di sisi gadis itu sehingga dia rasa yakin, 'rumah' untuk dia berteduh masih ada setelah kematian mendiang ibunya, Sophia.
"Mulai sekarang, kau tak perlu risau."
"Aku ada untuk kau, Rayne."
TBC
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top