8. 𝐇𝐄𝐑'𝐒 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋

SALAM antara mereka berdua masih bersambut sambil menatap mata satu sama lain dengan senyuman sinis.

Nadine Aira yang berdiri di tengah si gergasi dua itu menggeleng kepala.

Erat sekali genggaman tangan antara Rayne dan Ran sehingga gadis ini melihat lengan kekar suaminya keras. Urat lengan lelaki itu juga timbul. Ran tayang senyuman menyinis, dia juga tak mahu kalah dengan lelaki ini.

Masing masing beranggapan sesiapa yang melarikan pandangan mata dan melepaskan genggaman terlebih dahulu tanda mengaku kalah. Rayne mahupun Ran, masing masing sudah tentu tak mahu angkat bendera putih. Nadine Aira hela nafas berat. Salam itu akhirnya lepas kerana gadis ini yang terpaksa masuk campur.

"We're not in a staring contest. So, please stop both of you."

Rayne gulingkan bebola matanya. Dia lekas sembunyikan lengan di belakang tubuh sambil dia curi curi mengelap telapak tangannya.

"Oh, ya Nadine. Jom, aku bawa kau melihat sekeliling."

Sepasang mata milik Rayne sejak tadi masih fokus memerhati.

Setiap gerak geri Ran Kaiser menjadi perhatian matanya. Apatah lagi setelah lelaki itu berani menghulur tangan kepada isterinya. Jemarinya itu juga dibiarkan tidak lagi berlitup sarung tangan. Padahal sewaktu dia menyalami tangan Rayne Arzhael tadi, jemarinya itu bersarung.

Tak semena senyuman yang terukir di bibir Rayne terlihat menyinis.

Ran Kaiser?

Semerbahaya apa agaknya lelaki itu?

Detik hatinya.

Masakan pertanyaan seperti itu tidak terlintas di benak fikirannya.

Lagipula bukan semudah itu untuk mengambil hati Nadine Aira.

Untuk melihat lelaki berada dekat dengan gadis itu adalah payah. Namun, jikalau ada, maknanya lelaki bernama Ran Kaiser ini boleh dibuat untung. Jadi, dia rasa ingin tahu. Lelaki seperti apa Ran Kaiser sehingga dia ada tempat di sisi Nadine Aira?

*
*
*

Sejak tadi, Rayne Arzhael sekadar jadi pemerhati. Matanya mengerling kosong ke segenap ruangan pameran.

Hasil seni dan lukisan yang diperaga di hadapan mata sekadar dipandang antara mahu tak mahu. Sambil sambil lelaki itu mengekori jejak langkah isterinya yang beriringan dengan Ran Kaiser di hadapan sana.

Gadis itu sedari tadi kelihatannya rancak melontarkan bicara.

Bait kata yang terlontar lewat bicara gadis itu panjang lebar.

Banyak inti dalam perbualannya itu.

Namun, Ran Kaiser mampu jua untuk catch up dengan setiap bicaranya. Seolah olah lelaki itu sudah terbiasa dengan gaya perbualan seperti ini. Rayne mencemikkan bibir dalam dia tak sedar. Bebola matanya juga diputar dek rasa jengkel. Sehinggalah matanya tertancap ke arah satu kanvas yang terpamer di suatu sudut.

Sudut ruangan itu seperti sudut khas.

Sudut itu seolah olah tersedia cuma untuk kanvas itu sahaja.

Dek tertarik, dia bawa langkahnya ke hadapan untuk melihat lebih dekat.

Tak semena sepasang mata lelaki itu perlahan membuntang. Hatinya barusan seperti kena panah. Kanvas itu pernah dia lihat sebelumnya. Hasil tangan yang dia lihat kali pertama dan terakhir di kediaman itu sebelum dia pergi lima tahun yang lepas.

"That's why I thought you're familiar."

"Rupa rupanya ada lukisan di ekspo aku terinspirasi daripada kau."

Bicara yang menampar gegendang telinganya itu kedengaran sinis.

Bicaranya itu juga jelas kedengaran terisi ketidakpuasan hati.

Dari hujung alis mata, Rayne kerling ke arah Ran Kaiser yang tiba tiba sahaja muncul di sampingnya. Lelaki di sebelahnya itu berpeluk tubuh. Raut wajahnya mencuka sambil mata miliknya itu menatap kanvas yang diperagakan. Rayne sembunyi tawa. Namun, senyuman tanda menang kini terlukis pada wajahnya.

Melihat senyuman itu, Ran Kaiser jadi bertambah jengkel akan lelaki ini.

Sehingga air mukanya tampak tegang.

"I'm sorry, Sir Arzhael, about what I'm about to say. Can you give her to me?"

"Huh?"

Nada suara Rayne Arzhael terdengar kasar di telinga Ran.

Ran Kaiser sambut jelingan tajam itu.

Senyuman yang tadinya terlihat sinis pada wajahnya berubah nakal.

"Give her to me."

"She can put me in a good use and I'd say, I'm a better choice."

Ran Kaiser angkat sebelah keningnya.

Bicara itu memang sengaja terlontar untuk mencari pasal dengan Rayne. Rayne Arzhael mengetap bibir. Mata Ran yang sengaja terlihat redup berjaya mengusik emosinya sehingga dia hampir naik angin. Mahu sahaja lelaki ini melontar bicara balas namun suara Nadine Aira yang sayup sayup kedengaran memanggil akan namanya membantutkan niat itu.

Tak semena Rayne hela nafas panjang. Raut wajahnya diubah supaya tampak santai, dan kelihatan mesra.

Bicara Ran sebentar tadi sengaja dia biarkan tanpa balas.

Lelaki itu sebaliknya lekas beredar.
Dia menerpa ke arah isterinya yang sudah menunggu sedari tadi.

Ran Kaiser kepal kemas jemarinya.

Telingkah lelaki itu yang sengaja nak kunci mulut bikin dia bertambah kesal. Tak semena air mukanya makin terlihat mencuka. Namun, cepat cepat dia kawal raut wajahnya supaya tetap tersenyum manis menghantar Nadine Aira yang pamit hendak pulang.

Ran Kaiser sekadar jadi pemerhati. Matanya ekori jejak langkah pasangan itu ke muka pintu. Sebelum kelibat mereka beredar lewat pintu, Rayne Arzhael sempat mengerling ke belakang. Matanya tatap wajah kesal Ran dengan senyuman tipis.

Ran Kaiser juga tayang senyuman, sekadar direka.

Dia kemudiannya angkat tangannya melepasi aras kepala, melambai.

Rayne Arzhael,

You don't even love her, am I right?

Then, why would you keep her?


TBC

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: AzTruyen.Top