7. 𝐇𝐄𝐑'𝐒 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋


DERINGAN telefon yang sedari tadi memekik meminta disambut mengejutkan lelaki itu dari lenanya.

Buat sejenak, dia asyik mengomel dek rasa lenguh di tengkuknya.

Masakan tidak, lenanya juga sekadar berbantalkan lengan dengan posisi tidur dalam keadaan duduk di meja. Dia picit belakang tengkuk yang rasa lenguh sambil matanya yang masih diulit kantuk mencari cari akan telefon yang tak henti berdering. Tsk. Unknown number? Detik hatinya.

Entah mengapa sejak akhir akhir ini, panggilan daripada nombor asing asyik sampai kepadanya.

Termasuk panggilan kali ini, sudah masuk dua kali nombor yang tak dia kenal kerap menelefonnya sejak majlis tempoh hari. Dek rasa lali, dia akhirnya tekad untuk menyambut panggilan itu dengan harapan si pemanggil tersilap nombor.

Rayne yang tak suka akan panggilan telefon bukan makanannya lah jenis orang yang suka menelefon.

"Hello?"

"Hey?"

Tak semena sepasang mata lelaki itu perlahan membuntang. Automatik dia angkat kelopak mata sehingga matanya melirik ke wajah mamai si isteri yang masih diulit kantuk. Bukan main cemberut wajah gadis di hadapan matanya itu. Barangkali dia tak puas hati kerana awal pagi lagi lenanya sudah diganggu.

Rayne Arzhael berdehem. Cepat cepat dia pusing tubuhnya membelakangi Nadine Aira yang terkumat kamit dek mengomel si pemanggil. Ada sahaja bicara meniti lewat bibirnya.

Lelaki itu geleng kepala, dia agaknya sudah lali akan perangai itu.

Dari ekor mata, dia asyik memerhati gelagat isterinya yang kini sibuk dengan suatu panggilan telefon. Ralit matanya memerhati raut wajah gadis itu sehingga lupa panggilan telefon di telinganya itu juga sudah lama bersambut. Sehinggalah namanya terdengar lewat corong telefon.

Tak semena kerutan di dahi berlapis.

Suara di sebalik panggilan telefon itu kedengaran cukup familiar.

Dia tebak, ini bukan kali pertama dia mendengar suara itu.

Sepanjang panggilan telefon itu, Rayne Arzhael cuma pasang telinga. Dia beri ruang kepada si pemanggil untuk berbicara kepadanya sehinggalah panggilan itu akhirnya terhenti. Usai itu, kelibat lelaki itu terlihat bangkit dari duduknya. Dia mengatur langkah hendak beredar.

Namun, langkahnya mati sebaik dia dengar namanya dipanggil.

Rayne pusing tubuhnya ke belakang.

Sehinggalah sepasang matanya jatuh melirik ke arah isterinya.

Gadis itu masih melentokkan kepala ke atas meja, berbantalkan lengan. Matanya juga masih dilelapkan. Barangkali panggilan telefon sebentar tadi sudah selesai. Rayne sekadar menggumam, kemudian lelaki itu ralit menunggu di posisi. Dia tunggu si isteri melanjutkan bicara yang jeda.

"Nanti teman aku, boleh?"

"I'll share you the location. We'll meet there after you're done."

Bicara itu terlontar dengan nada yang malas. Nada suara orang yang barusan terjaga dari lena tapi menolak untuk bangun. Rayne akur sahaja sambil matanya masih terpaku ke wajah isterinya yang kini kembali menyambung lena. Buat sejenak, lelaki itu mengerling jam di dinding.

Entah pada jam berapa dia akhirnya mampu untuk lena semalam.

Usai terjaga dek mimpi itu, dia duduk di meja ini atas asbab mata yang menolak untuk lena. Nadine Aira lah yang telah menemani dirinya. Dia ingat ingat lupa, tapi semalaman gadis itu berbicara dengan dirinya, kononnya dengan cara itu Rayne pasti mampu untuk kembali lena.

"Tapi, lepas tu..."

Omelan panjang Nadine Aira terhenti.

Sebaik matanya melirik Rayne Arzhael yang sudah lena berbantalkan lengan di hadapannya itu, bibirnya menyulam senyuman senang hati. Barangkali bicara panjang lebarnya sebentar tadi bikin lelaki itu jemu mendengarnya.

Sehingga kantuknya lama kelamaan jadi melarat. Nadine Aira bawa jemarinya mengelus rambut lelaki itu.

Nightmares...

please go away from my husband!

*
*
*

Bukan main bersinar sepasang mata Nadine Aira kala itu.

Sebaik sahaja langkahnya menerpa ke ruangan ekspo seni itu, senyuman di bibirnya tak lekang sejak tadi.

Gadis itu rambang mata melihat hasil seni yang diperagakan di hadapan mata. Pameran seperti ini memang Nadine Aira cup of tea. Syurga bagi dia yang seorang pencinta seni dan hasil lukisan tangan. Sehingga sekali pandang belum cukup buatnya.

Ralit matanya menatap kanvas yang tergantung pada setiap ruangan sehinggalah gadis itu didatangi oleh seorang lelaki yang mengenakan painting apron di tubuhnya.

"Nadine Aira...?"

Tak semena gadis itu terperanjat dek bahunya ditepuk dari belakang.

Sebaik sahaja dia menoleh, senyuman di bibirnya melebar. Lelaki dengan pelitup muka di bawah dagu itu ukir senyuman tipis, dia balas senyuman. Selang kemudian, matanya terlihat mencari cari akan kelibat seseorang. Nadine Aira yang sedar akan telingkah itu cepat cepat buka bicara.

"My husband is coming too."

"Tapi, lambat sedikit."

*
*
*

Dia memandu pulang.

Tinggal lebih kurang 500 meter jarak ke rumah tertera pada alat canggih.

Sehinggalah dia teringat akan pesan si isteri sebelum dia keluar pagi tadi.

Tak semena lelaki itu tepuk dahinya sendiri lantas dia kerling jam kereta. Lantaran Rayne Arzhael lekas memutar roda stereng melakukan pusingan U. Kereta yang dipandunya memecut laju ke lokasi yang dihantar oleh Nadine Aira lewat pesanan.

Entah dirinya sudah lewat atau tidak, dia cuba tuah untuk pergi sahaja.

Mujur sahaja dia teringat akan pesan itu, jikalau tak, mahu menjawab kepada Nadine Aira. Jikalau isterinya itu sehingga tahu, entah apa yang boleh dijadikan alasan kelak.

Sampai sahaja ke lokasi ekspo seni, dia lekas cari kelibat gadis itu.

Sehinggalah matanya menangkap kelibat gadis itu yang lagi rancak berbual dengan seorang lelaki. Lelaki asing yang tak dia kenal. Rayne Arzhael hela nafas panjang. Nafasnya berat, dadanya turun naik dek penat. Usai memarkir kereta tadi, lelaki itu lekas berlari mencari tempat ini.

"Rayne..." Sayup sayup kedengaran suara gadis itu memanggilnya.

Rayne hayun langkah sehingga kelibat lelaki ini tampil di samping isterinya.

Raut wajahnya automatik mencuka. Apatah lagi sebaik dia bersambut mata dengan lelaki di hadapannya itu. Bukan main matanya menilik lelaki itu dari hujung rambut ke kaki. Sehinggalah dia rasakan lengannya dipaut oleh Nadine Aira, gadis itu ingin memperkenalkan dirinya kepada lelaki dengan painting apron.

"He's my husband, Rayne Arzhael."

"Rayne, he's Ran Kaiser."

Rayne kerutkan dahi. Matanya kerling lelaki yang digelar nama Ran Kaiser.

Ran Kaiser hulur tangannya yang lagi berlitup sarung tangan hitam.

Nadine Aira menyiku suaminya. Gadis itu beri isyarat supaya Rayne sambut huluran tangan daripada Ran. Mahu tak mahu, suaminya itu menurut saja. Dia akhirnya sambut salam yang telah dihulur oleh Ran Kaiser. Nadine Aira tatap wajah Rayne, sebelum matanya beralih menatap Ran pula.

"Mr Arzhael, welcome to my art expo."

"Haa, thank you."


TBC

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: AzTruyen.Top