6. πππ'π πππππππ
"SPAGHETTI Carbonara for dinner, what do you think?"
Pelindung pendengaran yang dipakai, dia perkemaskan.
Sebaik handgun dalam genggaman si isteri beralih tangan, kini miliknya, lelaki itu menapak ke hadapan. Ambil langkah melewati Nadine Aira.
Gadis itu tatap curiga wajah si suami sambil dia mengundur ke belakang. Dia beri ruang kepada Rayne Arzhael untuk mengambil tempat. Lelaki itu... setiap kali perbualan mereka berdua menyentuh perihal apa yang terjadi dalam lima tahun ini, Rayne Arzhael pasti akan berdalih, setiap kali.
Lelaki itu sering cuba mengubah inti perbualan. Seolah olah dia mengelak dari berbicara soal itu.
Atau, barangkali ada sesuatu yang dia sembunyikan dari pengetahuan orang sehingga perkara lima tahun ini begitu susah meniti di bibirnya. Entah apa yang berlaku, Nadine Aira sendiri tidak pasti. Tapi, telingkah Rayne yang cuba untuk merahsiakan hal itu bikin dirinya diulit tanda tanya.
Dia mahu tahu.
Mungkin sekarang bukan masa yang tepat. Tapi, lambat laun, rahsia itu akan sampai juga ke telinganya.
Rahsia itu akan diperdengar kepada dirinya lewat bicara Rayne itu sendiri.
Barangkali kerana Rayne Arzhael dan Nadine Aira itu pada awalnya bermusuh. Sudah pasti, kepercayaan antara mereka belum kukuh. Lagipula, untuk pupuk rasa percaya antara satu sama lain itu ambil masa. Dan, untuk itu, Nadine Aira akan beri ruang dan waktu kepada Rayne.
Dalam waktu itu juga, Aira juga akan belajar untuk raih kepercayaannya.
...supaya suami isteri ini percaya satu sama lain. Dan, takkan mengkhianat.
"Beri aku masa."
"Aku akan serah kepercayaan aku."
Nadine Aira sedikit tersentak.
Perlahan lahan matanya membulat.
Bicara yang barusan meniti di bibir suaminya seolah olah lelaki itu mampu untuk membaca fikiran. Aira tak dapat nak menyangkal kebolehan itu. Lagipula, Rayne Arzhael sudah terlatih untuk jadi seperti ini. Sekadar dengan melihat air muka saja, tebakannya hampir seratus peratus adalah benar.
As his wife,
I'd say I'm lucky enough to have him.
*
*
*
Nafasnya terhela berat, pendek.
Dadanya berombak. Tubuhnya juga sehingga menggigil kala itu.
Entah keadaan tubuhnya itu kerana dia takut, kaget atau sebaliknya.
Tapi, sepasang matanya membuntang. Dia seperti barusan kena tampar pada wajahnya sebaik menapak masuk ke ruangan rumah itu. Apatah lagi setelah kaki yang tidak beralas stokin menginjak cecair merah di lantai.
Bibirnya bergerak gerak, seperti ingin mengatakan sesuatu. Namun, suaranya pula seakan akan tersekat di kerongkong. Sehingga keinginannya itu terpaksa dikubur begitu sahaja. Dia mahu ambil langkah ke hadapan padahal tubuhnya lagi terpaku. Usai dia berjaya paksa diri untuk ambil langkah, tubuhnya ditarik.
Sepasang lengan melilit di pinggang, menarik tubuhnya dari tempat itu.
Walhal dirinya berkeras tidak mahu, entah mengapa dia tak berdaya.
Kudratnya seperti terhakis.
Sehingga tubuhnya mampu ditarik ke belakang oleh remaja itu.
Apa yang menjamu matanya buat kali terakhir ialah letupan. Dia bawa lengan ke muka sebagai pelindung. Sebaik dia alihkan lengan dari mata, dia melihat kediaman itu musnah dalam sekelip mata. Gambaran itu lah yang menghantui lenanya sebelum sepasang mata milik Rayne Arzhael akhirnya tercelik. Dia automatik bangkit dari pembaringan. Mimpi. Detik hatinya. Namun, mimpi itu bikin dia hampir putus nyawa.
Rayne hela nafas panjang. Dada yang berombak cuba untuk ditenangkan.
Dia raup wajahnya lantas turun dari sofa, alas tidurnya.
Sebelum langkahnya dibawa ke muka pintu, dia mengerling sekujur tubuh isterinya yang lagi lena. Ralit matanya memandang ke arah gadis itu sebelum Rayne beredar ke luar kamar meninggalkan gadis itu bersendirian. Dia mahu ruang. Dia perlu rawat minda yang lagi hebat berkecamuk sebelum masalah itu makan dirinya.
Bunyi engsel pintu yang dipulas bikin Nadine Aira yang disangka lagi lena mencelikkan mata. Dia curi pandang ke belakang sehingga matanya jatuh ke arah siluet Rayne Arzhael.
*
*
*
Segelas minuman habis diteguk.
Sambil sambil matanya memandang kosong ke suatu sudut ruangan.
Dia cuba untuk mengosongkan minda supaya tidurnya setelah ini lena.
Asyik lelaki itu melayan fikiran yang serabut sehingga tidak peduli andai ada yang memerhati. Dia juga tidak sedar akan ruangan yang sedari tadi sekadar disimbahi lampu malap itu kini terang benderang.
Sehinggalah dia rasakan tengkuknya disambar dari belakang.
Tak semena lamunannya lenyap.
Dari hujung alis mata, Rayne melirik ke belakang. Dia lihat raut wajah keliru milik isterinya. Tak semena dia hembus nafas panjang. Jikalau setiap masa 'diserang hendap' oleh Nadine Aira, memang pendek umurnya. Dia cuba untuk buka bicara, namun gadis itu pula beri isyarat supaya dia diam.
Mahu tak mahu, Rayne kunci mulut.
Dia membisu di posisinya.
Parut?
Desis hati kecil Nadine Aira.
Matanya melirik belakang tengkuk Rayne Arzhael.
Parut itu barangkali parut disebabkan oleh luka yang sudah lama.
Oleh sebab pada belakang tengkuknya ada lukisan tatu, parut itu tidak jelas pada pandangan jarak jauh. Jika lihat dari jarak dekat, ternyata ada parut pada tengkuk Rayne Arzhael. Nadine Aira diam, mindanya sibuk berfikir akan sesuatu. Lima tahun yang lepas, Rayne pernah ditimpa kecederaan.
Dia diserang hendap sedang dirinya itu lagi leka tanpa waspada.
Barangkali serangan itu punca parut pada belakang tengkuknya ini.
Mata gadis itu beralih pula pada bahu Rayne Arzhael. Luka melecur?
Luka pada bahagian bahunya itu pula seperti luka kebakaran ringan. Rayne mengerutkan dahi. Entah apa yang berlegar legar di minda isterinya itu. Gadis itu bertelingkah seperti dirinya sedang menyiasat akan sesuatu. Lebih lebih lagi setelah gadis itu tak puas menilik setiap inci tubuhnya.
Nadine Aira hulur telapak tangannya. Semakin berlapis dahi Rayne dibuatnya. Gadis itu beri isyarat, dia minta Rayne hulurkan lengannya.
Rayne Arzhael tak banyak bunyi. Dia turuti jua permintaan isterinya.
Kala ini, lengan sebelah kanan lelaki itu pula ditiliknya. Sehinggalah matanya melihat kesan luka melecur. Gotcha! Reaksi aneh pada wajah gadis itu bikin kerutan di dahi Rayne semakin bertambah. Namun, tak pula dia buka suara untuk bertanya. Dia juga tak berniat untuk baca air muka gadis itu. Ah, jikalau sudah namanya Nadine Aira, isi kepalanya pasti gila.
TBC
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top