4. 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋


ㅡ ARZHAEL, 2024 ㅡ

Chapter 004

*
*
*


PULANG sahaja ke rumah, dia lekas menghempas tubuh ke katil.

Matanya merenung kosong ke siling.

Mindanya lagi celaru. Dadanya masih lagi rasa sesak. Seolah olah dirinya seperti sudah lepas kendali. Dia lekas memukul dada sendiri dengan buku lima yang dikepal kemas.

Dia mahu membuang rasa aneh yang sejak tadi bikin dia tak tentu hala.

Barusan saja dia hendak melelapkan mata, deringan telefon seakan menyedarkan mata yang mahu lena. Dia tilik skrin yang bernyala. Seperti kebiasaan, panggilan dari nombor asing dibiarkan tak bersambut.

Mati saja panggilan itu, satu pesanan ringkas pula masuk.

Juga dari suatu nombor tak dikenali.
Namun, ianya ternyata berbeza.

Panggilan dan pesanan itu bukan dari nombor yang sama. Dia periksa pesanan yang diterima. Isinya diteliti. Tak semena keningnya berkerut. Dia hairan barangkali. Pesanan aneh itu memaksa mindanya bekerja.

Entah perlu dia ambil secara serius atau sebaliknya. Lelaki itu kemudiannya terlihat bangkit. Buat sejenak dia tenung skrin telefon di tangan. Sehinggalah matanya beralih merenung papan yang tergantung kepingan gambar di dinding.

Dia hela nafas kasar, apa yang kala ini menekan dada dilampiaskan.

Perlahan lahan dia menggeleng.

Dia cuba menepis apa yang terlintas di benak fikiran. Namun, dia mencuba sekuat mana pun, apa yang barusan lahir di minda masih jelas berlegar legar. Rayne meraup wajah. Dia hempas semula tubuhnya lantas menutup mata dek mahu lena.

Mindanya harus dijernihkan segera. Fikiran yang tak masuk akal itu tak sepatutnya terlintas di kepalanya.

Dear king, keep it in your mind.

You're on your own.

And it's better.

.
.
.

"Kau memang gila, Nadine."

Setiap melihat susuk tubuh gadis itu muncul ke ruang makan, bicara dengan nada mengutuk itu meniti di bibirnya. Jelas terdengar tak puas hati lahir lewat bicara lelaki itu.

Nadine Aira seperti biasa cuma akan memekakkan telinga.

Dia sudah lali akan sikap Nick Aiden yang tak pernah sekali sehaluan dengannya. Pasti ada sahaja yang tak kena pada mata lelaki itu. Dan paling utama yang mendapat tentangannya ialah hasrat Nadine Aira yang tiba tiba melamar Rayne Arzhael.

Lima tahun lelaki itu menghilang. Tak ada sesiapa pun yang tahu di mana keberadaan Rayne selama itu.

Padahal dunia itu cukup kecil. Sejauh mana pun membawa diri, akhirnya pasti akan bertemu kembali. Tapi, tak bagi Rayne Arzhael. Setelah lelaki itu tekad angkat kaki dari kediaman ini, keberadaannya tidak lagi diketahui. Entah dia mana dia bersembunyi. Tak ada seorang pun yang tahu.

Tapi, Nadine Aira... Barangkali gadis itu cukup bertuah tempoh hari.

"Dah tak ada jantan lain lagi ke dalam dunia ni? Budak tu juga kau pilih?!"

"Apa sebab Abang Nick tak berkenan sangat pada Rayne? Lagipun, Aira berhak untuk pilih sesiapa pun. Dan, sesiapa pun yang Aira pilih bukannya akan merugikan abang pun."

"Sesiapa pun kecuali Rayne Arzhael."

Nick Aiden ketap bibir.

Barusan sahaja dia nak hentak garfu ke atas meja, kelibat Danial Haesar membantutkan niatnya.

Cepat cepat lelaki itu pasang air muka dengan senyuman yang direka.

Nadine Aira mencemik. Dia gigit roti bakar sambil matanya mencerlung wajah Nick Aiden. Lelaki itu sambut lirikan matanya, menyumpah dalam diam lewat panahan mata. Danial Haesar yang melihat ruangan makan tiba tiba hening sekadar hela nafas.

Dia sudah arif akan suasana itu. Pasti anak anak nya itu barusan berkelahi.

Suasana di meja makan panjang kekal hening. Masing masing lebih selesa fokus dengan urusan sendiri.

Sehinggalah Danial Haesar didatangi oleh seorang figura, menyampaikan kedatangan seorang tamu. Nick Aiden dan Nadine Aira yang sedari tadi memasang telinga berbalas pandang. Masing masing terlihat menayang kerutan di dahi dek kehairanan.

Tiada angin, tiada ribut. Tiba tiba saja kediaman ini didatangi tamu.

"Kau...?!" Suara Nick Aiden terdengar keras memecah hening.

Mengamit perhatian gadis itu yang sedari tadi menguis makanan di pinggan. Tak semena sepasang mata Nadine Aira membuntang. Dek kaget, dia sehingga bangkit dari duduk.

Bukan cuma gadis itu yang kaget.

Danial Haesar juga mati kata.

"Rayne?"

.
.
.

"Saya minta maaf sebab datang ke sini tanpa beritahu Tuan dulu."

Danial Haesar diam membisu. Lelaki itu barangkali masih kaget.

Lima tahun setelah Rayne menghilang tanpa jejak, tiba tiba dia muncul kembali ke kediaman ini. Kedatangan itu juga sepertinya bersebab. Apatah lagi setelah Danial Haesar melihat kotak empat segi jenis baldu di atas meja. Ada sebentuk cincin tersemat di dalamnya, kemas terletak.

Danial Haesar tatap wajah milik lelaki muda di hadapan matanya itu.

Barangkali kerana dadanya gemuruh, dia terlihat tak senang duduk.

"Saya datang sini jumpa Tuan sebab nak melamar Nadine Aira." Barusan sahaja dia lepas nafas lega, Rayne Arzhael rasakan leher bajunya ditarik dari belakang. Dia kemudiannya diheret supaya mengekori entah ke mana oleh Nadine Aira.

"Cik...?"

Sebaik langkah melewati pintu, leher baju lelaki itu dia lepaskan.

Gadis itu cekak pinggang. Matanya menatap wajah Rayne Arzhael.

Seolah olah hatinya rasa geli, gadis itu sehingga ketawa. Dia raup wajahnya buat sejenak sebelum iris matanya kembali menatap lelaki itu. "Kepala kau tiba tiba kena hantuk ke apa? Tiba tiba datang jumpa Tuan sebab nak melamar aku?"

Nadine Aira menyoal tidak percaya.

"Hari tu bukan main kau kutuk aku psiko sebab tergila gilakan kau."

"Kalau kau datang sini sebab sengaja nak bahan aku, tak perlu lah."

"Buang masa."

Rayne Arzhael setia pasang telinganya sambil mendengar leteren gadis itu. Walhal dia mahu menyerang balas, tak juga dia mencelah. Dia tunggu saja Nadine Aira menghabiskan bicara. Sehinggalah bicara gadis itu terjeda. Dia pusing tubuhnya ke belakang. Dia mahu menapak masuk kembali.

Lagipula dia sudah puas dileter sejak tadi. Kalau makin betah di situ, mahu panas sepasang telingannya ini.

"Rayne, aku cakap aku give up, kan?"

"Tak payah lah beri malu aku sampai kau nak bahan aku depan Tuan!"

Sayup kedengaran suara Nadine Aira menjengah telinganya.

Dia sembunyi tawa.

"Aku datang sini bukan sebab aku nak bahan kau. Aku datang melamar kau."

"Aku jumpa Tuan nak minta izin. Aku nak jadikan kau isteri aku. Sebagai seorang lelaki, aku punya ego. Kalau kau perempuan yang melamar, runtuh air muka aku. Mana aku nak letak muka aku ni nanti, kan?"

Jeda sahaja bicaranya, kelibat lelaki itu beredar masuk dahulu.

Nadine Aira kematian kata kata. Dia hampir rebah dek lemah jantung.

Cepat cepat dia urut dada yang rasa berombak. Nafasnya turun naik dalam kadar cepat dek rasa gementar.

Damn, Rayne Arzhael.

Silap hari bulan, aku ke dalam 6 kaki!

.
.
.

Sepasang matanya meliar kosong dari tadi. Sesekali jemarinya mengetuk kusyen dalam pelukan. Bosan.

Jikalau dilihat lihat, lelaki itu seperti rasa gementar juga. Sehingga dia kelihatannya tak senang duduk. Dia bangkit tegak dari posisi menyandar. Dagunya kini berehat pada kusyen. Barusan saja ingin melelapkan mata, dia dengar bunyi selakan langsir.

Tak semena lelaki itu bingkas bangkit usai melempar kusyen ke kerusi.

Matanya lurus memandang hadapan.

Sehinggalah sepasang matanya jatuh menatap sekujur tubuh gadis itu.

Gaun pengantin yang saja saja dipilih dek gadis itu minta pendapatnya. Hakikatnya dia tak fikir panjang hal itu. Lagipula dia juga tak percaya cita rasa sendiri. Apa yang terlintas di fikirannya, itu yang dia pilih. Memang dia hentam saja tunjuk gaun itu.

Tak menyangka pula dirinya gaun itu sebenarnya secantik; seindah itu.

Nadine Aira tayang wajah hairan. Dia pelik melihat lelaki itu mematung.

Hendak memberi reaksi juga tidak. Memujinya apatah lagi.

"Kau rasa, cantik tak?"

"Kalau masih tak sesuai, aku tukar."

Nadine Aira tatap wajah lelaki itu. Dia tunggu jawapan balas Rayne.

Tak semena gadis itu hela nafasnya. Lantaran dia susun langkahnya, menapak mendekati lelaki itu. Bukan main panas hatinya dek sedari tadi dirinya bercakap seorang diri. Buku lima yang dikepal dilayang ke bahu Rayne Arzhael. Lelaki itu mengaduh sakit lantas cepat mengurut bahunya.

"Kau..."

"Apa kau kau? Aku tanya kau, kau tak jawab. Aku hempuk biar sedar sikit."

"Ni, aku tanya kau. Cantik tak gaun ni sebab kalau tak cantik, aku tukar."

Nadine Aira tilik tubuh sendiri. Gaun yang menjadi pilihan acuh tak acuh si Rayne Arzhael diamati dengan lirikan mata curiga. Padahal gaun itu awalnya jadi antara pilihan terakhir. Tapi, setelah mendengar Rayne pilih gaun ini untuk dia cuba, dia dengan senang hati menyarungnya.

"Jawab lah. Aku tanya kau, Rayne!"

Butir katanya sengaja dikeraskan. Dia hampir naik angin. Sekali lagi dia soal lelaki itu sambil membelek gaun yang tersarung di tubuh dengan harapan kali ini Rayne beri jawapan.

Rayne tatap wajah gadis itu sejenak.

Tak lepas lirikannya sejak tadi.

"Cantik..."

"...gaun tu." Gadis itu senyum riang.

Dia kemudiannya melirik tubuhnya di dalam cermin di hadapan mata.

Puas melirik diri sendiri, lirikan mata gadis itu jatuh pula menatap biasan susuk tubuh milik Rayne. Dalam diam dia lepaskan kasut tumit di kakinya sambil dia melirik ke cermin. Rayne Arzhael ternyata cukup tinggi. Setelah dilihat lihat, ketinggiannya tanpa heels cuma paras bahu lelaki itu saja.

Padahal saat mereka masih remaja dahulu, Rayne itu setinggi dirinya.

Ternyata masa itu cepat berlalu.

_

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top