3. πππ'π πππππππ
NADINE Aira lekas tarik jemarinya dari genggaman kemas Rayne. Lantaran gadis itu bingkas bangkit.
Cepat cepat gadis itu minta diri untuk pamit. Kononnya, hendak ke bilik air.
Padahal dia sebenarnya mahu larikan diri. Dia tidak mahu terus berlama di ruangan itu berdua duaan bersama Rayne Arzhael. Dia segan, sehingga pipinya membahang panas.
Langkahnya juga teratur tergesa gesa ke muka pintu. Mujur sahaja langkahnya tidak tempang, atau gadis itu akan terpelecok dek mengenakan kasut tumit di kakinya itu. "Aku okey! Aku okey!" Dia tayang simbol 'okey' dengan jari sebagai isyarat. Lantas dia berlari anak meloloskan diri lewat bukaan pintu meninggalkan Rayne yang masih bertinggung.
Rayne sembunyi tawa. Dia tak sangka pula semudah itu Aira akan goyah.
Bodoh!
Kau memang bodoh!
Bertalu talu dia bedik dirinya sendiri usai dia lolos dari ruangan itu.
Dari hujung alis mata, dia kerling ke bilik itu semula. Bibirnya dicebik.
"Kan?"
"Keputusan aku sendiri."
"Aku tarik balik, aku akan binasa."
Suara yang sayup sayup kedengaran lewat pintu yang tidak bertutup masih jelas kedengaran di telinganya. Bait bicara itu bikin niatnya untuk menapak masuk siang tadi sebelum majlis terbantut. Dia tunggu di luar, telinganya dipasang dek isi perbualan itu mengamit perhatiannya.
Namun, perbualan antara Rayne dan Louis itu tidak juga berlanjut.
Perbualan itu terhenti di situ saja.
Siang tadi, sebaik telinganya tangkap bunyi derapan langkah menghampiri daun pintu, dia lekas angkat kaki. Apa yang barusan menampar gegendang telinganya dikubur dahulu. Soal itu lah yang memaksa dirinya untuk menemui Rayne Arzhael tadi.
Tapi, Rayne Arzhael pula seakan akan sudah membaca niatnya.
Sehingga lelaki itu berjaya lepaskan diri daripada terus disoal.
Nadine Aira berdecit. Gadis itu kepal kemas jemarinya, dia geram.
Lantaran dia lepaskan kasut bertumit tinggi yang tersarung di kedua dua belah kakinya lalu berlari meninggalkan tempat itu. Jikalau dia berlama di situ, tak semena hatinya pula akan jadi makin panas. Tak mustahil kelak dia sendiri yang akan makan hati tanpa ketahuan orang.
Alamatnya jadi sendiri yang merajuk, diri sendiri juga yang pujuk.
*
*
*
Kotak berwarna maroon jenis baldu empat segi ditolak ke hadapannya.
Senyuman teruja tersungging di bibir Nadine Aira. Nick Aiden sekadar tayang wajah mendatar sambil lelaki itu menyilang lengan di dada.
Bibirnya dicemikkan, sambil matanya melirik ke tempat lain. Mengelak dari bertembung mata bersama Nadine Aira yang pastinya bersinar sepasang matanya melihat pemberian itu. Aira lekas menilik isi kotak baldu itu.
Sehinggalah matanya menatap seutas rantai leher yang terletak kemas.
"Hadiah perkahwinan untuk Aira ke, abang Nick? Thank you!"
Nick Aiden sekadar berdehem, lelaki itu beri respons acuh tak acuh.
"Jadi, maknanya abang Nick terima..."
"Tak ada maknanya."
Nick Aiden lekas mencelah. Lelaki itu masih mengelak dari menyambut lirikan mata adiknya. Nadine Aira tak lekang dengan senyuman. Apatah lagi setelah melihat wajah cemberut Nick Aiden. Abang sulungnya ini masih tak mahu terima kenyataan bahawa Aira sudah pun bernikah dengan Rayne.
Lamaran Rayne Arzhael tempoh hari juga dia lah yang paling menegahnya.
Namun, setelah dia dapat tahu Nadine Aira terima lamaran itu, Nick Aiden terpaksa angkat bendera putih. Mahu tak mahu, dia terpaksa akur jikalau itu kemahuan adiknya. Padahal kalau ikutkan hati, dia menolak keras keras keinginan Rayne melamar adiknya.
"Abang Nick terima ke, tak terima ke, kami dah bernikah pun."
Nick Aiden sekadar buat muka.
Dia iyakan sahaja.
Sehinggalah lelaki itu terlihat bangkit dari duduknya. Mata Nadine Aira ekori sahaja jejak langkah abangnya itu. Nick Aiden mara mendekati Rayne yang barusan muncul. Nadine Aira mengerutkan dahi sambil sambil dia menjadi pemerhati dari jauh.
Sekelip mata, suasana di ruangan itu berubah tegang. Seolah olah ada petir sabung menyabung sebaik sepasang mata milik dua orang lelaki itu bertemu. Nick Aiden tersenyum sinis.
Bukan main membuntang mata milik Nadine Aira sebaik Nick Aiden bertindak mencengkam kolar Rayne. Sebelum tubuh Rayne Arzhael ditolak ke dinding, dikunci pergerakannya. Nadine Aira tepuk dahi sendiri. Gadis itu sudah lali dengan perangai anak kecil Nick yang suka memberontak.
Alamatnya, gadis itu lekas angkat kaki dek dia tak mahu ikut campur.
"Nick..." Senyuman menyinis di bibir Rayne Arzhael bikin hatinya panas.
Tak semena lengan kekarnya semakin ditekan ke leher Rayne.
Rayne angkat kedua dua belah tangan tanda dia mengaku kalah.
"Kalau kau sakitkan hati adik aku,..."
"Dan, kau buat adik aku menangis, kau siap aku kerjakan."
Nick Aiden kepal erat jemarinya. Dia tayang buku lima aras mata Rayne.
"Aucun souci!"
Rayne angkat sebelah tangan lantas jemarinya dibawa ke kepala. Nick Aiden mendengus. Rayne memang jenis orang yang tak mahu kalah. Ada sahaja akal yang terlintas di fikirannya untuk menang dalam setiap perdebatan. Nick Aiden lepaskan kolar baju lelaki itu lantaran dia hayun langkahnya beredar pergi.
Rayne Arzhael tersenyum sumbing. Sambil matanya ekori lelaki itu.
Nick Aiden...
Lelaki itu tak boleh dibawa main.
Langgar bicaranya, binasa menanti.
TBC
*aucun souci is a casual/modern way of expressing no problem in French. It's great for informal conversations and is often used among friends.
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top