15. ๐‡๐„๐‘'๐’ ๐€๐‘๐™๐‡๐€๐„๐‹

SEJAK kembali lagi ke kediaman ini, Rayne kerap mengasingkan diri.

Hendak melihat mukanya juga cuma setiap kali lelaki itu minta pamit.

Nadine Aira tak pula bertanya tujuan lelaki itu kerap ke luar. Gadis ini sekadar mengiyakan. Dia seolah olah terlihat tidak peduli akan apa yang ingin dilakukan oleh Rayne disebalik pengetahuannya. Dia seperti sudah menetapkan satu garisan. Garisan itu tidak boleh dilampaui sesuka hati.

Sama ada garisan itu adalah miliknya atau milik Rayne Arzhael.

Dari hujung alis mata, kelibat Rayne terlihat menuruni anak tangga.

Lelaki itu menapak ke arahnya.

Sebelum suaminya itu datang dekat, gadis ini bangkit.

"Selesai urusan kau, jumpa aku."

Jeda sahaja bicaranya, gadis itu hayun langkah melewati Rayne Arzhael.

Barusan dia hendak membuka bicara, gadis itu terlebih dahulu beredar. Alamatnya, dia cuma mampu ekori jejak langkah isterinya dengan mata. Padahal dirinya belum sempat untuk meminta pamit. Tapi, mengenangkan bicara itu, Nadine Aira seperti sedia tahu akan niat Rayne mendatanginya.

Buat sejenak, dia kerling skrin telefon miliknya yang bercahaya.

Panggilan masuk dalam mod senyap itu ditatap buat sejenak.

Lantaran panggilan itu disambutnya.

"Aku datang sekarang."

*
*
*

Lebih kurang seharian suntuk lelaki ini berada di luar.

Masuk waktu senja, baru lah lelaki ini dalam perjalanan hendak pulang.

Sampai sahaja ke rumah, kepulangan lelaki ini disambut. Seorang pembantu rumah mendatangi dirinya yang barusan muncul di muka pintu.

"Tuan Arzhael, Puan dah menunggu."

Rayne mengangguk mengiyakan. Dia sudah dimaklumkan lebih awal bahawa gadis itu ingin menemuinya. Pembantu itu berjalan mendahului Rayne Arzhael ke suatu ruangan. Dia ekori sahaja jejak langkah pembantu itu tanpa sebarang soal lanjut.

Jikalau ini permintaan Nadine Aira, dia anggap tiada apa apa.

Tapi, untuk dia mengatakan dengan yakin bahawa dirinya tidak berjalan ke jurang maut, tidak juga.

Isterinya itu bukannya boleh senang senang dia tebak isi mindanya.

Kalau minda dah menguasai hatinya, dia anggap gadis itu bukan calang calang orang. Dia merbahaya. Sudah namanya minda mendahului hati, Nadine Aira baginya ialah 'musuh' yang paling bahaya. Orang seperti ini tidak boleh diajak bermain. Silap hari bulan, akan makan diri sendiri.

Sampai di hadapan pintu bilik itu, dia ditinggalkan bersendirian.

Rayne Arzhael ambil nafas sejenak.

Dia ketuk daun pintu.

Buat seketika, lelaki itu mendekatkan telinganya pada daun pintu.

Hening.

Dia tidak mendengar suara apa apa pun di sebalik pintu.

Sehinggalah dia tekad untuk memulas engsel pintu. Perlahan lahan, daun pintu ditolak sebelum lelaki ini bawa langkahnya menapak masuk. Sebelum dia sambung langkahannya, dia tutup rapat daun pintu. Ssak! Tak semena sepasang matanya terbeliak dek serangan mengejut itu.

Dari hujung alis mata, dia kerling ke sebelahnya. Buah dart terpacak tepat ke dinding, dekat dengan lehernya.

Dari kejauhan, matanya menatap ke arah sekujur tubuh gadis itu.

Matanya terlihat berkerut. Gadis itu seolah olah rasa kesal.

Barangkali kesal itu kerana bedikan yang barusan dilempar tak mengena.

Rayne Arzhael teguk liur.

Setapak demi setapak gadis itu hayun langkah sehingga kelibatnya tampil di hadapan suaminya ini. Rayne mematung di posisi. Sehinggalah gadis itu menghulur kepingan gambar kepadanya. Rayne sambut pemberian itu dengan wajah berkerut keliru.

Sebaik pemberian itu beralih tangan, Nadine Aira beredar semula ke meja.

Dia henyak punggung di atas kerusi dengan posisi kaki disilangkan.

Rayne Arzhael tilik gambar di tangan.

Tak semena lelaki itu mengetap bibir seolah olah barusan sedar dirinya seperti 'kena tangkap'. Rayne Arzhael ketepikan kepingan gambar di tangan dengan melemparnya ke atas meja. Lelaki itu kemudiannya atur langkah, menerpa ke arah gadis itu yang duduk di meja di tengah ruangan ini.

Meja panjang yang diduduki olehnya terletak di bawah lampu chandelier.

Pada atas meja, sudah terhidang satu persatu santapan makan malam.

Juga ada lilin terpacak di tengahnya.

Rayne hayun langkahnya sehingga dia akhirnya berdiri di hadapan gadis itu. Kemudian, kelibat lelaki itu terlihat duduk bertinggung sebelah lutut. Dia tundukkan wajahnya, merenung ke lantai dalam keadaan berlutut.

Nadine Aira jatuhkan pandangannya sehingga matanya melirik Rayne.

"You're not my bodyguard anymore."

"You're my husband,..."

"...aren't you?"

*
*
*

Nadine Aira bungkukkan tubuhnya.

Matanya menatap lelaki itu lantas dia hulurkan sebelah tangannya.

Rayne Arzhael angkat wajahnya. Dia sambut lirikan mata isterinya.

Huluran tangan gadis itu bikin Rayne mematung sejenak. Dan, perilaku suaminya yang seperti ini lah bikin dia kerap dibelenggu tanda tanya. Dia seperti melihat Rayne Arzhael dengan peribadi yang baharu. Rasa gerun dan hormat pada kefahamannya lain dari apa yang difahami oleh orang.

Bagi Rayne Arzhael, rasa hormat itu maknanya dia perlu abdikan diri.

Seolah olah dirinya itu telah dididik akan ajaran sedemikian.

Nadine Aira duduk di hadapan lelaki itu. Dia capai jemari Rayne yang sedari tadi menyentuh lantai. Rayne mematung, tubuhnya terpaku.

"Aku kahwin dengan kau bukan sebab nak minta kau kerja dengan aku."

"Aku isteri kau. Bukannya bos kau."

"Dan aku bukan Tuan Danial Haesar."

Sepasang pupil mata Rayne Arzhael membesar. Bicara itu seakan akan barusan membedik jiwanya. Sehingga bikin dirinya seperti tersedar dari lena dan kembali ke realiti. Nadine Aira usap wajah suaminya. Dia tatap sepasang mata redup lelaki itu. Pada mata itu, dia tebak, ada sesuatu yang disembunyikan oleh Rayne.

Dan, sesuatu itu jikalau boleh biarlah terkubur di dalam dirinya sahaja.

Tidak usah diceritakan kepada orang.

Lebih baik sesuatu itu cuma dirinya sahaja yang mengetahuinya.

Jikalau diceritakan pun, dia anggap tiada sesiapa akan peduli.

"Seburuk mana masa lalu kau, Rayne, aku harap kau jangan pendam."

"Apa apa pun yang berlaku pada kau dalam lima tahun ni, cuba untuk lepaskan. Takut lama lama, dia akan makan diri kau sendiri. Sejak akhir ni, kau macam bukan diri kau."

"Sampai aku tak pasti yang mana satu Rayne Arzhael yang sebenar."

Mata lelaki itu meredup. Seolah olah dirinya lagi menahan esakan.

Nadine Aira tatap wajah suaminya itu sehingga dia melihat sepasang mata Rayne itu berkaca. Bicara yang meniti di bibir gadis ini sebentar tadi seperti berjaya menyentuh hatinya, memaksa dirinya supaya tak lagi berpura pura. Tapi, memperlihatkan sisi seperti ini di hadapan isterinya seperti tak kena.

"We are creations."

"Creations like us humans have feeling and emotion, Rayne."

Sepasang mata suaminya itu perlahan lahan jelas terlihat berkaca.

Sehinggalah pada suatu saat, titis air mata tumpah ke cerun pipinya.

Matanya yang basah menatap lembut wajah isterinya yang tersenyum.

Senyuman yang terlukis dek dia rasa senang hati. Dia tahu Rayne itu orangnya seperti apa. Tapi, lelaki ini juga manusia. Pada satu titik, Rayne juga boleh tewas. Tewas itu bukan lah maksud lelaki ini lemah. Tapi, tewas itu tanda dirinya boleh bangkit lagi.

Dia mungkin belum mengenali lelaki ini sepenuhnya. Tapi, Nadine Aira ingin kenal Rayne Arzhael lebih lagi.

Jemarinya yang tadi mengusap kasih wajah suaminya kini menepuk nepuk bahu lelaki itu pula. Rayne yang duduk bertinggung di hadapannya itu terpaku di tempatnya. Air mata yang tumpah ke cerun pipi dia biarkan seolah olah dia tak lagi peduli.

Menangis.

Sampai hati kau akhirnya rasa puas.

Rayne Arzhael jatuhkan wajahnya ke bahu isterinya. Kepalanya dielus.

Gadis itu tenangkan lelaki ini tapi tak pula dia memujuk. Sebaliknya, gadis itu biarkan sahaja Rayne tumpahkan air mata. Biar apa yang memberat di lubuk hatinya itu mereda.

Dari hujung alis matanya yang basah, dia kerling raut wajah isterinya.

Bibir gadis itu bergerak gerak. Bicaraย  meniti di bibirnya sambil jemarinya menepuk nepuk belakang tubuh lelaki ini. Perlahan lahan lelaki dalam pelukannya itu ukir senyuman. Entah mengapa senyuman yang terlukis di bibirnya itu terlihat menyinis seolah olah ada sesuatu disembunyikan.

Perlahan lahan mata yang meredup tadinya itu juga berubah kosong.

"That's when he know, he's got power."

"He's got the devil by his side."

TBC

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: AzTruyen.Top